GBPJPY dominan meneruskan trend bearish - analisis - 04-06-2019
Pasangan GBPJPY untuk hari ini dibuka masih dalam keadaan SELL selepas menutup candle harian pada pembukaan mingguan semalam dalam keadaan bullish.Saya masih menjangkakan bahawa trend bagi pasangan matawang ini masih dominan meneruskan trend penurunan harga semasa.Penurunan untuk hari ini disokong oleh kesemua MA yang sekarang ini berada diatas harga semasa dan menolak harga semasa ke arah bawah.Untuk hari ini saya menjangkakan harga semasa akan mendekati paras sokongan kukuh diparas 135.965.Mengingatkan kepada anda bahawa,menyentuh dan melanggar paras sokongan kukuh ini akan membawa harga untuk terus melawat paras sokongan utama diparas 132.262.Paras sokongan utama ini adalah paras terendah januari 2019.Sebaliknya jika harga semasa menyentuh dan gagal untuk melanggar paras sokongan kukuh tersebut maka,harga semasa akan cuba membuat retracement dan kenaikan ini akan membatalkan analisis penurunan kami sebelum ini.Kenaikan akan berlaku dan mendekati paras rintangan kukuh diparas 141.928 yang diwakili oleh MA50.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 132.262 dan rintangan 141.928