GBPJPY masih dalam trend menurun - analisis - 13-05-2019
Pasangan GBPJPY hari ini candle hari ini dalam keadaan gap yang kecil sekitar 17 pip dan sudah pun hampir membuat penutupan pada gap tersebut.Saya akan menunggu gap ditutup untuk melihat pergerakan harga sama ada akan melakukan pull back dan meneruskan penurunan atau akan melakukan penerusan trend menaik.Buat masa sekarang saya melihat tekanan ke atas harga semasa oleh kesemua moving average sangat kuat untuk menolak harga ke arah bawah.Jangkaan saya adalah harga akan membuat kenaikan dahulu kerana dilihat pada stokastik,harga semasa berkemungkinan menaik dahulu dan mencari overbought sebelum melakukan penerusan trend menurun.Antara penyebab kenaikan mungkin berlaku adalah kerana pada minggu lepas harga telah pun menutup GAP yang berlaku pada bulan februari tahun ini.Jadi kenaikan ke arah rintangan terdekat mungkin berlaku.Rintangan terdekat yang boleh disentuh oleh pasangan ini terletak pada paras 143.900.Sasaran utama kita adalah untuk harga terus melakukan penurunan ke arah sokongan utama diparas 141.313
julat dagangan harian untuk minggu ini adalah sokongan 143.900 dan rintangan 141.313
trend : bearish