GBPJPY sedang sideways - analisis - 27-12-2018
Pasangan GBPJPY sekarang berada didalam keadaan sideway dan sedang membuat keputusan sama ada untuk naik dan menyentuh trendline diatas atau membuat penurunan kembali,Matawang JPY kembali mendapatkan momentum kekuatannya hari ini,Saya menjangkakan bahawa pasangan ini akan terus menurun dan akan cuba menyentuh kembali paras sokongan 139.553.Penurunan ini dilihat disokong oleh kekuatan tekanan dari EMA100 dan EMA200 yang sekarang berada diatas paras harga semasa.Pelanggaran EMA50 akan memberi petunjuk positif bahawa harga akan turun kembali.Mengingatkan anda bahawa,jika harga berjaya melanggar paras EMA100 diparas 140.685 maka harga akan naik dan mencari paras 141.509 yang sekarang ini diwakili oleh EMA200
julat dagangan : sokongan 139.553 rintangan 140.685
trend : bearish