GBPNZD memasuki zon rintangan kukuh - analisis - 03-05-2019
Pasangan GBPNZD hari ini dilihat telah pun memasuki zon kawasan rintangan kukuh yang berada disekitar paras 1.97170-1.98138.Saya akan terus memerhatikan pasangan ini buat masa ini kerana sebarang pergerakan agresif akan menentukan trend seterusnya untuk pasangan ini.Mengingatkan kepada anda bahawa,melanggar zon rintangan ini akan membawa harga ke arah rintangan seterusnya yang buat masa ini menjadi zon rintangan utama iaitu disekitar paras 2.03568.Sebaliknya jika hari ini paras ini gagal ditembusi maka saya menjangkakan bahawa harga semasa akan melakukan penurunan dan mendekati paras sokongan diapras 1.93677.Melanggar sokongan ini akan membawa hara mendekati sokongan seterusnya diparas 1.90427.Stokastik buat masa sekarang ini menunjukkan isyarat overbought yang menandakan akan ada gelombang penurunan akan berlaku.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.90427 dan rintangan 1.98138
trend : bearish