GBPNZD terperangkap dalam zon penurunan harga - analisis - 23-05-2019
Pasangan GBPNZD hari ini dilihat sudah pun melakukan penurunan cuma buat masa sekarang harga semasa sedang terperangkap diantara MA200 dari atas yang membentuk satu rintangan dan sokongan dibawah disekitar paras 1.94616 yang menghalang harga dari membuat penerusan trend menurun.Buat masa sekarang saya akan terus memerhatikan pergerakan bagi pasangan ini sebelum membuat keputusan.Mengingatkan kepada anda bahawa melanggar paras sokongan yang disebutkan akan menyebabkan harga turun dan mendekati paras sokongan kukuh yang berada diparas 1.93589.Paras ini adalah harga terendah pada bulan april 2019.Sebaliknya jika harga gagal melanggar sokongan yang disebutkan maka harga akan cuba menguji MA200 dan jika harga berjaya melanggar paras tersebut maka harga akan membuat kenaikan dan harus melalui beberapa rintangan terkumpul iaitu disekitar paras 1.95721 dan 1.96563 yang masing-masing harga ini diwakili oleh MA100 dan MA50.Jadi sila perhatikan pergerakan harga untuk jam yang seterusnya untuk menentukan pergerakan harga yang seterusnya.
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 1.953589 dan rintangan 1.95721
trend : neutral