Emas berkelakuan rawak. Benarkah begitu?
Berita terkini:
- Emas tembus ke bawah $1800 dengan $1700 sebagai sasaran yang mampu dicapai.
- Hasil bon 10 tahun Perbendaharaan AS meningkat, mendorong permintaan terhadap dolar AS.
- Fed merancang untuk memulakan penirusan bon tahun ini.
- Kadar inflasi AS sudah mencecah 5.4% pada bulan Jun dan Julai 2021.
Analisis pergerakan emas secara retrospektif
Analisis fundamental harga emas harus dimulakan dengan penjelasan mengenai fitrah emas. Pada masa lalu, terdapat apa yang disebut sebagai Piawai Emas (Gold Standard). Ini adalah sistem di mana hampir semua negara menetapkan nilai matawang mereka berdasarkan sejumlah emas yang telah ditentukan atau menambat harga matawang mereka dengan matawang negara yang mengamalkan piawai emas. Juga, bekalan emas tidak banyak meningkat seiring dengan peredaran masa. Oleh itu, ketika jumlah wang meningkat (inflasi meningkat), untuk membeli sejumlah emas yang sama, kita memerlukan jumlah matawang yang lebih banyak. Oleh kerana krisis ekonomi biasanya datang dengan inflasi yang tinggi, emas telah menjadi aset perlindungan bagi setiap negara.
Tetapi tidak ada yang kekal selama-lamanya, dan pada bulan Ogos 1971, Presiden Nixon dari Amerika Syarikat telah memansuhkan kebolehtukaran langsung dolar AS dengan emas. Sejak saat itu, emas telah menjadi aset yang lebih bebas, tetapi tidak banyak yang berubah tentang peraturan yang berkuat kuasa. Permintaan terhadap emas masih tinggi lantaran kerana beberapa faktor: emas tahan terhadap kakisan, mudah diproses, sukar ditiru, dan kelihatan cantik (faktor terakhir ini adalah subjektif).
Dari sudut ini, kami mempunyai beberapa pertimbangan mengenai pergerakan harga emas, mari kita lihat satu persatu:
- Hasil bon perbendaharaan AS meningkatkan permintaan terhadap USD.
- Apabila USD meningkat, emas (XAU) menjunam (ini berlaku sejak dari zaman Piawai Emas dan masih kekal begini walaupun setelah apa yang terjadi).
- Penawaran emas tidak meningkat secepat permintaan, oleh itu, dalam jangka masa panjang emas akan terus meningkat.
Apa yang mempengaruhi harga sekarang?
Mari kita lihat kembali beberapa peristiwa ekonomi dan periksa sama ada ia mempengaruhi harga XAU atau tidak:
- 31 Mac 2021: Data ADP NFP AS lebih buruk daripada yang dijangkakan (517K berbanding 552K; positif untuk emas, negatif untuk matawang). Emas telah melambung tinggi selama 6 jam berikutnya dan telah meningkat 2%.
- 16 Jun 2021: Kadar dana persekutuan kekal pada tahap yang sama (0.25%), dan itu positif untuk matawang. Juga, ada niat untuk menaikkan kadar di masa depan. Emas telah menjunam 3% dalam tempoh 3 jam.
- 6 Ogos 2021: data NFP AS positif (943K sebenar berbanding jangkaan 870K). Emas telah "flash crash" sebanyak 6.2% dalam tempoh kurang dari setengah hari.
- 12 Ogos 2021: PPI AS lebih tinggi daripada jangkaan, dan ini positif untuk matawang dan negatif untuk emas. XAU telah susut sebanyak 0.5% dan kemudian meningkat 0.75% pada hari tersebut.
- 1 September 2021: OPEC+ mempertimbangkan semula peningkatan pengeluaran minyak sebanyak 400 000 tong sehari. Data ADP NFP negatif (330K sebenar berbanding jangkaan 695K). Harga emas tetap sama.
- 3 September 2021: NFP AS tiga kali lebih teruk daripada yang dijangkakan (235K berbanding 720K). XAU telah meningkat 1.15% dalam tempoh 3 jam berikutnya, tetapi sepanjang 3 hari berikutnya, emas telah jatuh lebih dari 2%.
Kesimpulannya, data ini, walaupun peristiwa dan hasilnya sama (31 Mac dan 1 September), emas boleh menunjukkan tingkah laku yang sama sekali berbeza. Selain itu, kita boleh menjangkakan bahawa emas akan meningkat apabila data buruk bagi USD dan begitu juga sebaliknya. Ini dapat dibuktikan dengan melihat carta indeks XAU/USD dan dolar AS, atau dengan melihat carta korelasi.
Carta harian XAU/USD (di atas) dan carta harian indeks dolar AS (di bawah)
Carta korelasi USD dan emas (tempoh 10 tahun)
Seperti yang anda boleh lihat pada carta, pada kebanyakan masa emas dan dolar menunjukkan korelasi songsang. Ini bermakna bahawa ketika dolar mencatat kenaikan baru, emas berada di bawah tekanan dan begitu juga sebaliknya.
Apa yang boleh dijangkakan daripada emas?
Setakat ini (13 September 2021) pemulihan ekonomi tidak secepat yang diinginkan oleh semua dan sementara penirusan telah ditangguhkan, lagi dan lagi, permintaan untuk dolar AS tetap ada dan emas tidak berada dalam keadaan yang baik. Anda mungkin berfikir: "Tunggu, jika ekonomi dalam keadaan buruk, baik untuk emas, bukan?" Ya, biasanya pada masa yang tidak menentu emas menunjukkan hasil yang lebih baik daripada aset lain, seperti saham dan matawang. Tetapi ini tidak bermaksud bahawa emas sama sekali tidak jatuh
Dari sudut analisis teknikal, emas juga tampak bearish.
Carta mingguan XAU/USD
Sokongan: 1750.0; 1685.0
Rintangan: 1840.0; 1900.0
Emas adalah instrumen yang sempurna untuk menyimpan wang anda dengan selamat kerana ia cenderung untuk mempertahankan kuasa membeli dan menyelamatkan anda dari kemeruapan aset lain, tetapi oleh kerana pasaran global cenderung meningkat pada skala waktu yang lebih besar, emas tidak akan memberikan anda keuntungan yang banyak.