Jualan Terbaik Nikkei Jepun, HK 50, S&P 500
Apa yang berlaku?
Pasaran saham terus jatuh lantaran dari kebimbangan para pelabur tentang peningkatan kos, isu rantaian bekalan, dan tekanan inflasi kerana ia boleh memperlahankan proses pemulihan ekonomi. Selain dari itu, sentimen pasaran juga ditekan oleh situasi pemaju hartanah China Evergrande Group yang dilanda krisis hutang. Dan yang terakhir, para pelabur sedang menanti Rizab Persekutuan memulakan langkah penirusan seawal bulan hadapan, yang mana hal tersebut akan menambahkan lagi aktiviti sell-off di pasaran saham.
Namun begitu, kita boleh melihat indeks saham sudah menghampiri paras sokongan yang kuat. JP 224 sudah mencecah purata bergerak 50 minggu pada 28,200, S&P 500 (US500) bergerak mendatar menghampiri purata bergerak 100 hari di 4350, manakala HK 50 Hong Kong mencapai paras terendah tahunan. Adakah ia akan melakukan penyongsangan dalam waktu tersekat?
Tinjauan teknikal
Jika kita buka carta mingguan S&P 500, kita boleh melihat bahawa indeks saham tersebut tidak berjaya menembusi garisan tengah Bollinger Bands banyak kali semenjak wabak Covid-19 pada bulan Februari-Mac 2020. Oleh itu, wujud kebarangkalian yang tinggi indeks saham tersebut akan menyongsang arah dalam waktu terdekat dan kembali ke aras-aras tertinggi baru-baru ini. Buat masa ini, kita perlu memerhatikan pergerakan harga dan menunggu signal bullish. Salah satu indikator yang boleh membantu anda untuk mendapatkan waktu terbaik untuk memasuki pasaran ialah MACD. Jika indikator MACD melonjak melepasi garisan signal, ia akan memberikan isyarat penyongsangan. Baca lebih lanjut mengenai MACD di dalam artikel kami.
Mari kita lihat carta harian S&P 500. Kita boleh melihat paras rintangan yang kuat pada 4400. Jika indeks saham tersebut berjaya menembusinya, ia boleh melonjak menuju ke purata bergerak 50 hari di 4440. Selepas menembusi MA 50 hari, indeks saham tersebut dijangka akan terus naik ke paras tertinggi sebelum ini di 4600. Aras sokongan berada di 4350 dan 4300.
HK 50 masih tersekat di antara 23,860 dan 24,550. Memandangkan indeks tersebut telah mencecah paras bawah saluran ini, ia berkemungkinan akan membuat lonjakan. Aras rintangan pertama terletak di 24,250. Jika HK 50 menembusi aras tersebut, ia berkemungkinan tinggi akan meneruskan pendakian menuju ke MA 50 tempoh di 24,550.