Tinjauan Teknikal Besar-Besaran Matawang Kripto

Baca artikel ini di laman web FBS

Masa untuk matawang kripto telah tiba! Bitcoin sekali lagi tampak cukup menarik untuk dianalisis. Tetapi emas digital ini bukan satu-satunya yang harus dipantau. Di dalam artikel ini, kami ingin berikan anda beberapa idea kripto yang menarik untuk perdagangan jangka sederhana.

Bitcoin

Ya betul, gerakan-gerakan aneh Bitcoin telah tamat! Harga telah meroket melepasi garisan rintangan utama, dan kita telah mendapat momentum yang secukupnya untuk meneruskan uptrend. Rintangan di RSI juga telah dilepasi. Sekarang kami menjangkakan harga akan menguji semula $49 000 dan akan melambung lebih tinggi. Dalam jangka masa panjang, kami yakin kripto terulung ini akan memperbaharui paras tertinggi sepanjang masanya.

Carta harian BTC/USD

Rintangan: 55 000; 61 000; 65 000

Sokongan: 49 000; 45 000; 40 000

BTCUSDDaily.png

Carta Bitcoin melawan emas juga tampak menarik. Oleh kerana emas dan USD berkorelasi songsang, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk membeli pasangan BTC/XAU ketika dolar sangat kuat.

Carta H4 BTC/USD

Rintangan: 31.5; 33.5

Sokongan: 30.5; 29.0

BTCXAU.ccH4.png

Ethereum

Setelah bitcoin menyelesaikan pergerakan uptrendnya yang kuat dan membiarkan pasaran berehat seketika, penguasaan Bitcoin pasti akan jatuh, seperti yang acap terjadi sepanjang masa. Fenomena ini dikenali sebagai "altseason" kerana matawang-matawang kripto lain mula berkembang sendiri bebas dari pengaruh BTC. Ini peluang yang terbaik untuk melabur dalam projek lain yang fundamentalnya sangat kuat. Ethereum salah satu daripadanya.

Carta H4 ETH/BTC

Rintangan: 0.0665; 0.0676; 0.0698; 0.0715

Sokongan: 0.0640

ETHBTC.ccH4.png

Tetapi jika anda lebih menyukai perdagangan matawang kripto klasik (melawan dolar AS), maka ETH masih lagi suatu yang perlu anda perhatikan. Ethereum telah membentuk segitiga simetri, dan setelah mengalami sedikit pengukuhan, kami menjangkakan ia akan melambung tinggi. Sasaran jangka sederhana adalah $5200 dan $7400.

Carta harian ETH/USD

Rintangan: 4000; 4350; 4820; 5200

Sokongan: 3300; 2750; 1700

 ETHUSDDaily.png

Litecoin

LTC menunjukkan capahan (divergence) pada RSI, jadi tatkala Bitcoin membuat gerakannya, koin ini mungkin akan melakukan sedikit pembetulan. Litecoin semakin diterima penggunaannya (ia bermula dengan PayPal, yang menerima LTC sebagai kaedah pembayaran). Untuk jangka pendek, $230 dan $360 adalah sasaran yang utama.

Carta H4 LTC/USD

Rintangan: 195; 210; 230

Sokongan: 172; 160; 140

 LTCUSD.ccH4.png

LOG MASUK

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.