Netflix Akan Melaporkan Perolehan pada 19 Oktober

Baca artikel ini di laman web FBS

Apa yang akan berlaku?

Netflix inc., Perkhidmatan penstriman berasaskan langganan yang membolehkan ahli-ahlinya menonton rancangan TV dan filem tanpa iklan pada peranti yang disambungkan ke internet, akan menyiarkan laporan perolehan untuk Q3 pada 19 Oktober setelah pasaran saham ditutup (23:59 GMT+3). Penyiaran laporan itu akan diikuti dengan sidang video bersama para pelabur pada 01:00 GMT+3, 20 Oktober.

Apa yang boleh kita jangkakan?

Netflix mengalami aliran masuk pelanggan baru yang besar kerana larangan pergerakan pandemik, yang mendorong orang ramai menghabiskan lebih banyak masa di hadapan komputer riba dan peranti mudah alih mereka. Tetapi yang paling penting adalah untuk syarikat ini terus mengekalkan momentum keuntungan tersebut walaupun ekonomi global telah memasuki fasa pemulihan.

Untuk Q3 2021, Netflix meramalkan pertumbuhan 3.5 juta pelanggan dan pendapatan sebanyak $7.48B. Namun, gembar-gembur global seputar siri "Squid Game" mampu membantu Netflix mengatasi unjuran. Siri tv Korea itu berpotensi memangkin pertumbuhan di salah satu wilayah pertumbuhan yang paling pesat untuk Netflix, Asia Pasifik.

Netflix meramalkan bahawa "Squid Game" akan menghasilkan hampir $900 juta untuk syarikat itu, sementara kosnya hanya $21,4 juta sahaja. Sejak dilancarkan pada 17 September, siri ini telah ditonton oleh 111 juta akaun. Pendahulu sebelum ini, melodrama Bridgeton, meraih hanya 82 juta tontonan.

Sukar untuk membayangkan bagaimana penganalisis dan bahkan Netflix sendiri dapat meramalkan sejauh mana kejayaan rancangan TV ini. Itulah sebabnya mengapa ramalan pendapatan yang dibuat oleh pakar terlihat seolah-olah akan diatasi dengan mudah Q3 ini.

Analisis teknikal

Carta H4

NETFLIXH4.png

BERDAGANG SEKARANG

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.