Bilakah Pasaran Bear Saham AS Mencapai Titik Terendahnya?

Baca artikel ini di laman web FBS

Ekonomi tersebut sedang berada di ambang kemelesetan, tejejas akibat inflasi dan kadar faedah yang tinggi. Ia merendahkan nilai gaji, melemahkan keyakinan pengguna, dan boleh mendorong syarikat membuang pekerja. Dengan semua ketegangan ini, saham merudum dan menjadi pasaran yang bearish.

Saham-saham AS telah menunjukkan prestasi setengah tahun pertama yang terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun kesan dari percubaan Fed untuk mengawal inflasi dan kebimbangan tentang kemelesetan. Jadi bagaimana seterusnya untuk saham AS? Bolehkah mereka pulih pada separuh kedua 2022?

S&P 500 mengakhiri separuh pertama 2022 dengan teruk, merosot lebih daripada 20.6%. Wall Street belum pernah mengalami permulaan yang sebegini menyakitkan sejak 1970, apabila pasaran saham menyaksikan penjualan besar-besaran dalam satu kemelesetan yang mengakhiri tempoh pengembangan ekonomi yang terpanjang, setakat ini, dalam sejarah Amerika.

Nasdaq Composite yang sarat dengan syarikat berteknologi tinggi telah susut hampir 30% sejak 2022. Penurunan mendadak saham AS telah menghapuskan lebih daripada $9 trilion daripada nilai pasaran sejak akhir 2021, menurut data Bloomberg untuk Indeks S&P 500.

S&P500.png

Mengapakah saham AS memasuki pasaran bear?

1. Inflasi adalah tema tahun ini, dan kesannya yang parah telah menjejaskan segala-galanya.

2. Fed terlalu berdegil dan telah terlewat untuk bertindak balas terhadap kenaikan inflasi walaupun terdapat tanda-tanda awal bahawa kenaikan harga bukan sementara dan akan berterusan.

3. Suasana dan mood yang suram dan negatif kini menguasai pasaran, dengan kebarangkalian kemelesetan yang semakin tinggi di AS dan Eropah.

4. Bergantung kepada bank pusat untuk memudahkan dasar monetari untuk menyokong pertumbuhan ekonomi, ketidakupayaan mereka untuk mengetatkan dan menaikkan kadar pada masa yang sesuai, dan kegagalan mereka mengawal inflasi.

5. Beberapa siri kenaikan kadar berlaku dengan sangat pantas dan kuat sehingga pasaran jadi bingung.

6. Fed berkeras untuk terus menaikkan kadar untuk melawan inflasi biar pun wujud risiko ekonomi, walaupun ia membawa kepada kemelesetan.

Apa yang menanti pasaran saham pada separuh kedua 2022?

Saham telah bergelut sejak ia terjerumus ke dalam pasaran yang bearish pada bulan Jun. Sejarah menunjukkan bahawa kadar kejatuhan pasaran yang pantas tahun ini mungkin sebenarnya suatu petanda yang positif , di mana saham bersedia untuk melantun semula jika ekonomi berjaya mengelak pelembapan atau kemelesetan yang mendadak.

Berita baiknya ialah pasaran bull baru-baru ini hanya mengambil masa selama 161 hari untuk bergerak dari puncaknya kepada penurunan 20%, berbanding purata 245 hari dalam semua pasaran bear yang terdahulu.

Jika Fed mampu mengelak kemelesetan seperti yang ia lakukan dalam krisis dot-com (2000-2002) dan krisis global (2008-2009), pasaran bear ini mungkin akan menemui dasarnya tidak lama lagi. Bagaimana pasaran bear ini berakhir akan bergantung pada kadar penurunan inflasi, yang akan menentukan berapa lama Fed akan terus menaikkan kadar dan bila ia akan berhenti.

Apakah prospek untuk indeks S&P 500?

Jika Fed berjaya mengawal inflasi dalam beberapa bulan akan datang, pasaran akan menstabil dan tenang. Jika Fed gagal, pasaran bear ini hanyalah satu permulaan.

Dengan senario pendaratan yang lembut (soft landing) dan musim perolehan yang stabil, kami menjangkakan S&P 500 akan menamatkan tahun ini di sekitar 3900-4200. Jika keuntungan korporat merosot dalam dua suku seterusnya dan ekonomi memasuki kemelesetan, S&P 500 berkemungkinan akan jatuh di bawah paras 3300.

LOG MASUK

Amira Mohey

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.