Nvidia Akan Laporkan Perolehan Pada 16 Februari

Baca artikel ini di laman web FBS

Apa yang akan terjadi?

Nvidia akan menyiarkan laporan perolehan mereka untuk suku keempat pada 16 Februari, selepas pasaran ditutup (23:00 GMT+2). Selain dari itu, pengurusan Nvidia akan mengadakan sesi webcast soal jawab secara live pada 00.30 MT, 17 Februari, untuk membincangkan tentang hasil bisnes dan kewangannya.

Mengapakah ia begitu penting?

Nvidia adalah pengeluar terulung unit pemprosesan grafik berkuasa tinggi (GPU). GPU digunakan di dalam sistem terkamir, telefon pintar, komputer peribadi, workstation, dan konsol permainan video. GPU moden sangat efisien dalam pemanipulasian grafik komputer dan pemprosesan grafik. Ada beberapa sebab mengapa laporan perolehan Nvidia dijangka akan mengatasi jangkaan pasaran:

Pertumbuhan populariti perlombongan

Hari ini, pelombong membentuk sebahagian besar dari permintaan untuk GPU. Seperti yang kita boleh lihat di skrin di bawah, momentum hash rate Ethereum global sedang meningkat, yang bermakna semakin banyak GPU digunakan. Jadi kita boleh membuat andaian bahawa Nvidia akan menunjukkan pulangan yang baik bagi Q4.

eth hashrate.png

Hash rate Etherum di peringkat global. Ethereum adalah koin №1 paling dilombong menggunakan GPU.

Metaverse

GPU juga digunakan untuk menerokai metaverse, menjadi pendorong baru sektor teknologi. Setakat ini, sudah terdapat lebih dari dari sepuluh projek global, dan lebih banyak akan muncul pada tahun 2022. Jelas sekali Nvidia meraih manfaat dari trend ini sebagai pembekal perkakasan yang terbesar untuk sektor ini.

AMD mengatasi jangkaan

Pesaing utama Nvidia, AMD, sudah pun menerbitkan laporan perolehan bagi Q4 2021 pada 2 Februari, dengan kelebihan 6.8% di atas jangkaan. Pada 3 Februari, sahamnya dibuka 10% lebih tinggi. Jika kita bandingkan laporan Nvidia dan AMD, kita akan dapati bahawa dua syarikat ini menunjukkan hasil yang sama sejak 2019.  

AMD vs Nvidia.png

Pada 25 Januari, Nvidia enggan membeli syarikat British bernama Arm dari SoftBank lantaran dari kegagalan mendapatkan kelulusan dari regulator untuk berurusniaga sebanyak $40 bilion. Justeru, tidak ada perbelanjaan yang signifikan yang menjejaskan laporan tersebut.

Berdasarkan fakta-fakta ini, kami mengandaikan bahawa laporan Nvidia akan mengejutkan para pelabur dan memberikan impak yang positif terhadap harga saham.

Analisis teknikal

Nvidia, carta harian

NVIDIADaily.png

Harga bergerak dalam saluran menurun sejak November 2021. Laporan perolehan yang akan datang adalah peluang yang terbaik untuk menembusi sempadan atas saluran ini dan meneruskan kemaraan ke atas. Laporan perolehan yang lebih baik dari jangkaan akan menghantar saham ini ke $270, persilangan di antara purata bergerak 50 dan 100 hari. Jika harga membolosi rintangan ini, kita akan menyaksikan lonjakan dengan sasaran di $285, $310, dan $333.

Sebaliknya, jika laporan perolehan mengecewakan pelabur, saham boleh jatuh ke sokongan $210.

Tidak tahu cara untuk berdagang saham? Berikut beberapa langkah mudah.

  1. Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun  app FBS Trader  atau  Metatrader 5. FBS membolehkan anda berdagang saham hanya menerusi perisian-perisian ini.
  2. Buka  akaun di  FBS Trader  atau   akaun MT5 di dalam  laman peribadi anda.
  3. Mula berdagang!

FBS Analyst Team

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.