NZDJPY berusaha melanggar sokongan 70.692 - analisis - 14-06-2019
Pasangan NZDJPY hari ini dilihat cenderung melakukan penurunan bermula pagi tadi dengan keseluruhan penurunan untuk hari ini telah pun mencecah sekitar 45 pip.Buat masa sekarang ini saya melihat tekanan dari kesemua MA yang sekrang ini berada diatas dan menolak harga ke arah bawah membuatkan harga semasa lebih cenderung melakukan penurunan.Cuma jika anda dapat lihat pada carta di jangka masa empat jam,harga semasa sekarang ini sedang berusaha untuk melanggar rintangan kukuh yang berada pada kawasan sokongan 70.692.Paras sokongan ini nampaknya sangat kuat dan kukuh buat masa sekarang ini kerana pada ketika artikel ini ditulis candle baru telah pun terbentuk dan masih juga belum berjaya melanggar paras sokongan ini.Mengingatkan kepada anda bahawa,jika harga semasa mencuba semula menyentuh paras sokongan ini dan berjaya melanggarnya maka harga semasa akan membuat penurunan dan akan melawat sasaran utama kita pada minggu ini iaitu paras sokongan utama 70.233.Sebaliknya kegagalan melanggar paras sokongan ini akan menyebabkan harga semasa membuat kenaikan dan rintangan terdekat yang bakal dilawati oleh harga ialah pada paras 71.462 yang sekarang ini diwakili oleh MA100
julat dagangan untuk hari ini adalah sokongan 70.233 dan rintangan 71.462
trend : bearish