S&P & Brent: Dua Bersaudara Akan Terus Mara
Mengapa bersaudara?
Sekiranya anda meletakkan carta minyak bersebelahan dengan carta S&P500, anda akan mendapati bahawa kedua-dua aset ini mempunyai korelasi yang kuat.
Ini berlaku kerana pertumbuhan harga minyak biasanya disebabkan oleh peningkatan permintaan, yang diprovokasi oleh kegiatan ekonomi yang tinggi. Situasi semasa agak berbeza, di mana pertumbuhan harga Brent yang melampau lebih banyak disebabkan oleh masalah rantaian bekalan dan bencana alam. Namun, nampaknya rally kenaikan global masih belum berakhir, dan pasaran bakal mengalami satu lagi gelombang pertumbuhan pada bulan November kelak.
Mengapa begitu yakin?
Carta bulanan Brent (XBR/USD)
Brent kelihatan sangat bullish di carta global. Dan jika bukan sekarang, bila akhirnya kenaikan ini pasti akan tetap berlaku jua? Situasi makroekonomi semasa kondusif untuk pelanjutan trend ini, kerana permintaan terhadap minyak akan terus meningkat bila ekonomi global memulih dari wabak.
Pada carta bulanan, Brent kini sedang menembusi pola "Baji Menurun" (Falling Wedge). Kami menjangkakan trend ini akan berterusan kerana kandil bulan September tampak signifikan. Selain itu, anda boleh saksikan bahawa capahan bullish (bullish divergence) telah terjadi di carta RSI.
S&P500 (US500)
Pembetulan semasa di pasaran saham telah dicetus oleh risiko kenaikan kadar utama. Kenaikan kadar boleh memberi kesan yang negatif terhadap pertumbuhan harga, tetapi tiada siapa yang tahu bila kadar tersebut akhirnya akan dinaikkan. Menurut maklumat terbaru, ia mungkin akan dilakukana pada tahun 2022, tetapi masih belum ada pengumuman tarikh yang tepat.
Tambahan lagi, pembetulan semasa turut disertai dengan pembelian balik berskala besar dari syarikat-syarikat, yang membeli saham mereka. Dan membeli saham di waktu harga sedang berada di paras yang paling tinggi tampak seperti suatu yang gila, bukan?
Akhir-akhir ini pada tahun 2021, syarikat-syarikat FAANG S&P500 menjadi pendorong utama di indeks paling utama AS ini. Menurut analisis saham Facebook FBS, kita berhadapan dengan gelombang pertumbuhan pasaran yang ke-5 bagi tahun 2021. Ia boleh berlaku semasa Rally Tahun Baru. Pada tahun lalu, S&P500 naik 11% di bulan November dan 4% di bulan Disember. Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini di dalam analisis historikal pasaran AS kami, November dan Disember adalah bulan yang paling makmur bagi indeks US500.
Analisis teknikal
XBR/USD, carta harian
XBR/USD sudah masuk ke zon overbought, menurut RSI. Baru-baru ini ia telah turun dari aras rintangan $80. Harga perlu mengesahkan penembusan paras tertinggi lokal sebelum ini, sebab itulah saya menjangkakan aras $77.3 akan diuji semula. Sekiranya harga menembusi aras ini, sokongan seterusnya akan berada di $75.
Selepas harga melakukan ujian semula, rally akan diteruskan dengan $85 sebagai sasaran.
US500, carta harian
Gelombang kedua pembetulan ini sudah bermula, dan menurut teori gelombang, saiznya harus sama dengan yang pertama. Dalam kes ini, sasaran untuk US500 adalah 4250.
Bagi jangka masa panjang, sasaran untuk US500 adalah 5300.
Anda boleh dagangkan indeks US500 di FBS. Selain dari itu, satu lagi pilihan yang bagus adalah untuk memperdagangkansaham-saaham FAANG, yang prestasinya biasanya lebih baik dari indeks utama AS tersebut.