Saham: Laporan pendapatan Q1'2021 akan diumum!
Apa yang akan menggerakkan pasaran pada 12-16 April?
Minggu ketiga bulan April dijangka akan agak tenang di Forex – dengan beberapa pengecualian. Bank Rizab New Zealand akan mengumumkan Kadar Tunai pada hari Rabu – yang boleh menganjak kadar NZD/USD dan pasangan NZD yang lain. Selain dari itu, jabatan buruh Australia akan mengumumkan Perubahan Penggajian dan Kadar Pengangguran – beberapa data yang optimis boleh mendorong AUD. Selain dari itu, tidak ada acara besar yang dirancang untuk minggu ini di Forex. Sementara itu, pasaran saham akan menyambut ketibaan musim pengumuman laporan pendapatan – masa yang dinanti-nantikan di pasaran saham. Landskap korporat AS mungkin akan mengalami pergolakan sehingga pertengahan bulan berikutnya. Justeru dari itu, pakai tali pinggang keledar anda, dan bersiap sedia untuk melihat saham anda bergerak di MT5 dan FBS Trader.
Ingat, anda boleh dagangkan saham di FBS Trader!
Idea perdagangan
JPMorgan dan Goldman Sachs
Penyiaran laporan: 14 April 12:30 dan 11:30 waktu MT masing-masing.
Dua bank utama ini akan menerbitkan pendapatan mereka pada hari Rabu sebelum pasaran AS dibuka. Kedua-duanya menunjukkan prestasi kewangan yang kukuh pada suku sebelum ini, dan pada kali ini pasaran menjangkakan prestasi yang setara atau lebih baik lagi pada kali ini. Kedua-dua saham ini sekarang berada sedikit lebih rendah dari rekod tertinggi yang dicapai baru-baru ini dan berkemungkinan mencatat rekod baru jika semuanya tampak optimis.
Bank of America dan Citigroup
Penyiaran laporan: 15 April 13:00 dan 14:00 waktu MT masing-masing.
Dua lagi bank terbesar AS, kedua-duanya sangat berbeza dari segi prestasi harga saham mereka. Walaupun BAC agak bullish akhir-akhir ini – mungkin, yang paling bullish di antara semua bank – dan sahamnya begitu sibuk mencatat rekod tertinggi sepanjang masa, Citigroup pula masih belum kembali ke paras pra-virus. Itulah sebabnya mengapa pengumuman laporan pendapatan ini penting bagi Citi untuk membentuk uptrend yang lebih kuat. Tapi itu akan terjadi hanya jika pelabur berpuas hati dengan apa yang mereka lihat pada hari Khamis nanti.
PepsiCo
Penyiaran laporan: 15 April, 12:15 waktu MT.
PepsiCo juga akan mengeluarkan laporan pendapatannya pada hari Khamis. Prestasi harga sahamnya sangat bergolak, dengan rintangan yang jelas terbentang di sekitar $145-147: ini adalah paras tertinggi sebelum virus, dan paras ini telah diacah hanya sekali sejak wabak melanda dunia.. Pada bulan Disember, harga saham telah bergerak naik dan malah naik sedikit lebih tinggi mengatasi paras tersebut tetapi kemudian menjunam ke $130 – satu lagi aras penting yang telah menyokong harga saham ini sejak bulan Mei. Pada masa ini, saham Pepsico sekali lagi berada sangat dekat dengan kawasan rintangan. Oleh itu, laporan pendapatan yang tinggi boleh mendorongnya ke paras tertinggi sepanjang masa.
General Electric
Penyiaran laporan: 27 April, 12:00 waktu MT.
Prestasi saham ini agak pelik: ia bergerak mendatar sehingga akhir tahun 2020 di mana ia tiba-tiba melambung dan didagangkan sedikit lebih tinggi dari aras tertinggi pra-wabak, iaitu aras yang penting pada tahun 2018. Kejayaannyaa mengatasi aras tersebut dan bergerak ke arah atas boleh memulakan satu uptrend strategik yang baru untuk General Electric yang telah berusaha keras melakukan penstrukturan semula susun atur kewangannya dan membuat para pelabur gembira.