Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Berdagang Minyak
Apa yang mempengaruhi harga minyak?
Minyak merupakan salah satu aset terpenting, yang mana melambangkan situasi ekonomi dunia. Seperti harga kebanyakan aset-aset lain, harga minyak bergantung kepada nisbah penawaran kepada permintaan. Semasa tempoh peningkatan ekonomi, negara-negara akan menaikkan kadar permintaan yang mana itu akan menjadikan harga minyak meningkat. Sebaliknya, apabila keadaan ekonomi memasuki fasa kemelesetan, permintaan menurun dan harga juga sama.
Bagaimana cara dagangkan minyak mentah secara online?
Terdapat dua cara untuk berdagang minyak mentah secara online. Anda boleh dagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) atau niaga hadapan. CFDs menunjukkan harga dalam masa-nyata, niaga hadapan pula meramalkan perubahan harga masa hadapan. Niaga hadapan adalah instrumen yang paling meruwap dan berisiko kerana ia boleh dimanipulasi oleh pedagang yang mempunyai modal yang besar. Ketika kejatuhan pada bulan Mac 2020, niaga hadapan Brent telah didagangkan di bawah paras $0, manakala CFDs cuma mencecah $17. Itulah sebabnya kami percaya bahawa berdagang perbezaan kontrak adalah kurang berisiko.
Anda boleh berdagang perbezaan kontrak minyak dan tenaga di FBS. Pelajari spesifikasi kontrak dan buat pilihan terbaik untuk strategi perdagangan anda!
Bila waktu yang sesuai untuk berdagang minyak?
Harga minyak dipengaruhi oleh Organisasi Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), itulah sebabnya mesyuarat dan kenyataan daripada organisasi ini memberikan impak yang besar kepada pergerakan harga minyak. Kenyataan mereka akan meningkatkan harga minyak dengan meruwap, tetapi selain dari itu, ia akan menentukan trend masa hadapan. Itulah sebabnya kenapa pilihan terbaik untuk berdagang minyak adalah menunggu mesyuarat atau kenyataan OPEC ini dan mengikut trend.
Selain dari itu, data lain yang penting adalah data inventori minyak mentah AS kerana kebiasaanya data tersebut akan mempengaruhi harga minyak dan Amerika Syarikat merupakan pengeksport terbesar minyak mentah. Simpanan yang banyak bermaksud penggunaan minyak yang berkurangan, dan merupakan petanda pertama ekonomi yang tidak berkembang. Sebaliknya, data simpanan yang lebih rendah daripada jangkaan akan menunjukkan para pedagang penggunaan yang meningkat sebelum ini dan pengisian yang berpatutan adalah diperlukan. Dalam kes ini, pertambahan pembelian akan meningkatkan harga minyak.
Strategi perdagangan minyak mentah hari ini
OPEC+ menyatakan mereka sudah “mengesahkan pelan pelarasan pengeluarannya”, yang merujuk kepada keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini untuk menambah 400,000 tong sehari kepada pasaran untuk bulan November. Pemulihan permintaan minyak global daripada pandemik coronavirus adalah lebih cepat daripada jangkaan, manakala penawaran global terkesan oleh gangguan taufan dan pelaburan yang rendah. Selagi dua faktor ini kekal tidak berubah maka harga minyak akan meningkat secara berterusan.
Carta Brent 4H
Harga Brent bergerak di dalam saluran menaik. Capahan bearish terjadi pada carta RSI, itulah sebabnya jangkakan pembetulan yang kecil ke aras sokongan $79.8. Selepas itu, harga boleh menyongsang dan menuju ke $86.3, di mana terletaknya high tahun 2018. Untuk menembusi paras ini, pembeli memerlukan berita yang sangat kuat, yang akan bertindak sebagai signal membeli. Tanpanya, harga akan ditolak dari aras $86.3 dan pembetulan yang ketara bakal berlaku.