Kenapa harga minyak tidak mereda walau dengan semua usaha OPEC+?

Baca artikel ini di laman web FBS

Selepas beberapa bulan menerima tekanan dari Rumah Putih, Arab Saudi mengalah dan bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran bersama dengan ahli-ahli OPEC+ yang lain. Walau bagaimanapun, yang mengejutkan ialah harga tidak mereda dan terus tinggi.

OPEC+ memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran. Ahli-ahli pertubuhan ini bersetuju untuk meningkatkan sasaran pengeluaran keseluruhan mereka sebanyak 650,000 tong sehari pada bulan Julai dan Ogos. Kenaikan ini adalah satu percubaan untuk meredakan harga minyak yang membara yang mengancam pertumbuhan ekonomi global dan mendorong harga petrol AS ke paras yang tertinggi.

Kenapa harga minyak masih naik?

1. Sebaik sahaja China menamatkan lockdown dan membuka semula ekonominya sepenuhnya, permintaan untuk minyak akan meningkat, bermakna harga minyak akan meningkat semula.

2. Di AS, permintaan masih kukuh dengan permulaan musim pemanduan dan pelancongan di musim panas, walaupun harga petrol di paras tertinggi dalam rekod.

3. Permintaan meningkat manakala masalah bekalan dan pengeluaran berterusan. Kita menyaksikan tong-tong Rusia meninggalkan pasaran, OPEC sedang bergelut untuk mencapai kuota yang diperlukan, dan AS tidak dapat meningkatkan pengeluaran.

Bolehkah OPEC memenuhi kenaikan baru itu?

Negara-negara kecil OPEC+, khususnya, tidak dapat mencapai kuota pengeluaran yang dipersetujui pada beberapa bulan kebelakangan ini, menjadikan pengeluaran kumpulan itu hampir 2.6 juta tong sehari di bawah sasaran.

Masalahnya ialah apabila OPEC memotong pengeluaran selepas permintaan merudum kerana pandemik, pelaburan jatuh, dan penyelenggaraan prasarana juga turut terabai. Itu membuatkan pengeluaran lebih sukar ditingkatkan sejak dari era itu. Dan ya, OPEC+ memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran, tetapi kemungkinan tong-tong tersebut akan sampai ke pasaran adalah rendah.

OPEC+ mungkin akan berjaya meningkatkan pengeluaran hanya sebanyak 355,000 tong sehari dalam tempoh dua bulan yang akan datang. Itu akan meningkatkan tekanan ke atas harga, mendorongnya naik lebih tinggi. Menurut EIA, peningkatan yang sedikit ini tidak akan mencukupi untuk mengimbangi pemergian minyak Rusia meninggalkan pasaran sebanyak 3 juta tong sehari tidak lama lagi.

Berapa tinggi harga minyak perlu naik untuk mencetuskan kemelesetan?

Terdapat beberapa sebab untuk mempercayainya bahawa jika minyak mencapai paras $140 setong, banyak wilayah di dunia ini akan tercebur ke dalam kancah kemelesetan.

Akibatnya, kedua-dua Goldman Sachs dan Bank of America meramalkan harga minyak akan mencapai $140 setong dalam beberapa bulan akan datang. Lebih-lebih lagi, Menteri Tenaga UAE berkata bahawa harga minyak masih belum menghampiri kemuncaknya, dan pembukaan semula ekonomi China tidak lama lagi akan menambah lagi permintaan terhadap minyak.

Apakah pandangan kami terhadap harga minyak mentah?

Harga minyak dijangka reda sebaik sahaja pengeluaran meningkat dan ekonomi China dibuka semula. Dalam jangka panjang, harga akan jatuh ke paras yang lebih munasabah.

WTI menghadapi pembetulan kecil tetapi kekal di atas paras $120, dan harga boleh bergerak dalam pergerakan menaik menegak dan mereda sedikit sebelum menyambung semula kenaikan. Sasaran seterusnya adalah untuk menembusi paras tertinggi sejak awal 2022, melebihi $126.00 setong.

XTIUSDDaily.png

Jika anda ingin dagangkan minyak di FBS, ikuti langkah mudah ini:

  1. Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun aplikasi FBS Trader atau Metatrader 5.
  2. Buka akaun di FBS Trader atau akaun MT5 di Laman Peribadi anda.
  3. Mula berdagang!

Amira Mohey

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.