USD/CAD terus membuat pendakian - 07-02-2020

Baca artikel ini di laman web FBS

USDCADH4.png

Berdasarkan pemerhatian terkini, harga semasa pada pasangan matawang USDCAD pada hari ini menunjukkan penerusan atau lanjutan kenaikan terus berlaku semenjak awal tahun 2020. Jika anda lihat pada carta, harga semasa di lihat bergerak dalam satu corak yang di kenali sebagai "Bullish Flag". Corak ini membawa maksud trend semasa masih lagi berada di dalam zon Bullish yang sangat kuat. Namun begitu, harga semasa sekarang ini di lihat sedang mendekati harga tertinggi November 2019 iaitu di sekitar paras 1.33242. Saya menjangkakan bahawa harga semasa akan menyentuh paras rintangan ini dan akan cuba membuat pelanggaran terhadap paras rintangan tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan harga semasa akan cuba membuat penurunan ke arah bawah dan akan mencari sokongan terdekat yang sekarang ini di wakili oleh EMA50 di sekitar paras 1.32399. Sebaliknya, jika harga semasa berjaya membuat pelanggaran terhadap paras rintangna tersebut, maka harga semasa akan membuat lanjutan kenaikan kedua dan akan cuba mensasarkan paras rintangan seterusnya yang berada di paras 1.33451 iaitu paras tertinggi 3 Oktober 2019.

Signal untuk hari ini

Sell limit 1.33242

Sl: 1.33451

Tp: 1.32399

Sifu Kaza

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.