USDCHF: Harga semasa mencari harga terendah Ogos 2019 - 17-01-2020
Berdasarkan pemerhatian semasa, harga semasa di pasangan matawang USD/CHF pada hari ini di lihat telah pun membuat pelanggaran terhadap paras sokongan sebelum ini yang sekarang ini menjadi rintangan iaitu di paras 0.96735. Membuat pelanggaran pada paras ini memberi petunjuk kepada kita bahawa harga semasa akan cuba membuat penurunan selanjutnya. Dari sudut pemerhatian trend pula, harga semasa sekarang ini di lihat masih meneruskan trend Bearish yang dicadangkan semenjak minggu lalu. Oleh itu, saya akan cuba untuk mencadangkan bahawa penurunan akan terus berlaku dan sasaran utama kita untuk hari ini adalah pada paras sokongan kukuh di paras 0.95443 iaitu antara paras terendah pada bulan Ogos 2019.
Signal hari ini
Sell limit 0.96735
Sl: 0.97407
Tp: 0.95443