Mengapakah pasaran AS pulih?

Baca artikel ini di laman web FBS

Kejatuhan mendadak dan kemeruapan tinggi semasa peristiwa geopilitik berlaku bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam pasaran. Reaksi semasa dan pantas terhadap peristiwa ini kebiasaanya paling dramatik. Berita baiknya ialah impak tersebut hanya bersifat sementara, kebiasaanya untuk tiga bulan sahaja. Walaupun peningkatan konflik antara Rusia dan Ukraine membawa padah yang besar, kebenarannya ialah saham boleh menangani konflik geopolitik ini. Pada hari ini kita dapat menyaksikan pembetulan harga yang bermakna di dalam pasaran setelah prestasi yang sangat baik pada tahun 2021. Isu geopolitikal sebegini akan memberikan peluang membeli yang baik untuk para pelabur jangka masa panjang.

Menurut ramai penganalisis, kita kini berada di pertengahan trend bullish berstruktur yang mana berkemungkinan besar berterusan untuk beberapa tahun akan datang, dan pembetulan harga merupakan salah satu bahagian di dalam kembara tersebut. Sejarah telah membuktikan bahawa selepas 12 bulan daripada peristiwa seperti krisis hari ini, pasaran akan membuat pergerakan menaik. Prestasi pasaran selepas peristiwa geopolitik atau sejarah utama sejak Perang Dunia II adalah lebih kukuh daripada sebelumnya. Malah kebanyakan penutupan pasaran pada akhir tahun berakhir dengan keuntungan.

Namun, ini tidak bermaksud Wall Street tidak akan menghadapi tekanan daripada naik turun dan kemeruapan yang liar dalam jangka masa pendek.

Mengapakah saham AS melantun semula selepas konflik ketenteraan di antara Rusia dan Ukraine?

Dari sesi perdagangan hari Khamis dan kejatuhan tajamnya, penyongsangan Wall Street sangat liar. Saham-saham AS telah memadamkan kerugian yang besar dan telah ditutup dengan keuntungan. Indeks-indeks utama menunjukkan kebangkitan semula daripada kejatuhan mendadak semasa sesi perdagangan hari Jumaat. Dow Jones memadamkan kerugian besarnya yang lebih daripada 800 mata. Indeks Dow Jones Industrial Average melonjak sebanyak 815 mata, atau 2.5%, merekodkan hari terbaiknya sejak penghujung tahun 2020, selepas mengalami kejatuhan sebanyak 859 mata pada hari Khamis lepas.  S&P 500 meningkat 1.9%, selepas mengalami kejatuhan melebihi 2.6%. Indeks Komposit Nasdaq melonjak 1.1%.

US500H1.png

Ini mengapa saham-saham AS berdaya tahan dan fleksibel:

  1. Pasaran telah bersedia untuk serangan Rusia ke atas Ukraine selepas berita telah memberi amaran kepada mereka berkenaan konflik yang bakal berlaku ini. Amaran ini hadir setiap hari sejak beberapa minggu yang lepas.
  2. Jadi tiada kejutan apabila ia berlaku, cuma kita tidak begitu jelas bagaimana konflik ini akan dimainkan, yang telah menjurus kepada gelombang sell-off yang kuat.
  3. Para pelabur tidak mengendahkan berita Rusia-Ukraine selepas mereka telah diberi jaminan bahawa ia tidak akan bertukar menjadi perang skala besar dan Amerika Syarikat dan Eropah hanya akan mengenakan sekatan. Setelah perkara yang samar-samar diketahui kebenarannya, para pelabur sedang menanti peluang pembelian yang terbaik.
  4. Jangkaan berlakunya rundingan di antara pihak yang terlibat.

Hasilnya, pasaran global akan kekal tidak stabil menjelang beberapa minggu akan datang. Memandangkan kita akan menyaksikan kemeruapan jangka pendek, ketidaktentuan ini akan memberikan peluang pelaburan terbaik sekiranya kemelesetan tidak terjadi. Justeru, para pedagang boleh cuba memanfaatkan peluang pembetulan harga ini dan membuat urusniaga jangka panjang.

Tidak tahu cara untuk berdagang saham? Berikut beberapa langkah mudah.

  1. Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun  app FBS Trader  atau  Metatrader 5. FBS membolehkan anda berdagang saham hanya menerusi perisian-perisian ini.
  2. Buka  akaun di  FBS Trader  atau   akaun MT5 di dalam  laman peribadi anda.
  3. Mula berdagang!

Amira Mohey

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.