Mengapa S&P 500 meningkat naik pada tahun ini?
S&P 500 dan indeks-indeks saham lain telah meningkat naik sejak 12 bulan yang lalu biarpun berhadapan dengan kemelesetan global. Haruskah anda membelinya sekarang?
Wabak koronavirus telah mencapai hampir 5 juta kes. Sungguh pun begitu, ia hanya data rasmi, tiada siapa yang berani menyatakan apakah gambarannya yang sebenar. Tambahan lagi, tuntutan bantuan pengangguran telah merecup naik ke satu paras yang tidak pernah dicapai sebelum ini, aktiviti ekonomi telah jatuh ke paras terendah dalam sejarah. Senarai ini boleh dilanjutkan lagi, lagi dan lagi. Tetapi para pelabur tidak mengendahkan itu semua. Mengapa?
Langkah-langkah sokongan Fed
Sebab paling utama ialah betapa Fed telah melakukan semua usaha untuk mengurangkan kerosakan dari koronavirus. Ia memotong kadar faedah menjadi sifar, mencurahkan trilionan dolar menerusi pakej-pakej bantuan, membeli bon-bon korporat baik yang berpenilaian tinggi mahupun yang sampah. Walaupun setelah melakukan ini semua, Jerome Powell menegaskan bahawa masih ada banyak "peluru" yang boleh Fed gunakan jika perlu. Jadi, tidak ada keraguan bahwa ekonomi akan selamat tidak kira apa jua yang terjadi. Komen-komen tersebut, pasti sekali, telah mengangkat harga S&P 500 naik ke atas.
Virus akan lenyap tidak lama lagi
Kita sedang menuju ke pengakhiran pandemik koronavirus, selangkah demi selangkah. Ada banyak syarikat bioteknologi yang berkerja siang dan malam untuk mencipta vaksin yang diperlukan. Semalam kita telah mendapat keputusan yang baik dari salah satu syarikat tersebut – Moderna, Inc.! Selepas berita yang optimistik tersebut, harga saham telah naik.
Koronavirus tidak memberikan impak terhadap syarikat-syarikat S&P
Menurut Ned Davis Research, kira-kira 58% syarikat saham S&P tidak menerima impak yang signifikan dari koronavirus. Tambahan lagi, 5 syarikat terbesar seperti Microsoft, Apple, Amazon, Facebook, dan Alphabet berprestasi unggul tahun ini. Jadi S&P 500 telah meningkat justeru dari 5 syarikat ini.
Prognosis jangka panjang adalah bearish
Pada masa ini S&P menaik, tetapi kebanyakan penganalisis percaya bahawa tidak lama lagi S&P akan menyongsang. Oleh kerana lockdown dilonggarkan dan bisnes-bisnes kecil mula dibuka semula, kes koronavirus boleh meningkat semula. Tambahan lagi, musim laporan pendapatan Q2 akan membawa data paling buruk yang pernah disaksikan sebelum ini. Sentimen negatif akhirnya akan menekan saham-saham ke bawah.
Analisis teknikal
S&P telah meningkat sejak 23 Mac, kemudian harga membeku dan memasuki koridor mendatar. Ia mencecah 2950 dua kali dan bergelut untuk naik. Itulah sebabnya mengapa, ada kemungkinan yang besar harga akan jatuh tidak lama lagi ke 2784. Jika ia benar-benar jatuh, ia akan jatuh lebih jauh sehingga 2705. Sungguh pun begitu, jika ada faktor-faktor yang mengangkatnya lebih tinggi dari 3000, ia akan melonjak ke paras 3135.