Mengapa rali harga minyak di dalam bahaya?

Baca artikel ini di laman web FBS

Ya, harga minyak sedang terbakar menyala-nyala sekarang, dan, akibatnya, inflasi semakin memanas di seluruh dunia. Namun begitu, momentum kenaikan harga minyak sedang terancam. Di bawah kami telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh menyejukkan permintaan untuk komoditi tersebut.

1. Lockdown di China

Penurunan harga minyak telah semakin memesat sejak 25 April selepas Beijing menutup beberapa tempat awam dan meningkatkan ujian berskala massa untuk mengelakkan lockdown total, seperti yang berlaku di hab perniagaan global, Shanghai, sejak awal bulan ini. Penutupan terbaharu itu telah mengganggu kilang dan rantaian bekalan, menimbulkan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi di China, ekonomi kedua terbesar di dunia, selepas penularan yang terburuk dalam tempoh dua tahun. Ini akan membawa kepada kelembapan permintaan minyak kerana China adalah pengimport minyak yang terbesar di dunia. Lockdown ini mungkin akan mengurangkan permintaan minyak China sebanyak 1.1 juta tong sehari pada bulan April.

2. Bekalan masih ada

Sebarang unjuran defisit minyak pada suku ketiga adalah kecil dan boleh dipenuhi dengan peningkatan pengeluaran OPEC kerana pertumbuhan permintaan minyak terus menyusut dan pertumbuhan ekonomi global semakin melemah. Selain itu, pasaran tidak mengalami defisit secara total, malah masih mampu mencatat surplus kecil pada bulan April. Mengimbangi permintaan dan penawaran akan lebih sukar pada suku ketiga dan seterusnya, kerana penurunan permintaan di China dijangka bersifat sementara. Sebaliknya, penurunan dalam pengeluaran minyak Rusia akan berlanjutan lebih lama.

3. Julat perdagangan intrahari yang lebih rendah

Walaupun kemeruapan di pasaran tenaga kekal tinggi, terdapat tanda-tanda bahawa ia sedang merosot, dengan julat perdagangan intrahari juga semakin rendah. Minyak mentah Brent nampaknya berada di peringkat akhir gelombang ketiga sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Amplitud gelombang perdagangan semakin mengecil. Julat gelombang pertama ialah $43 setong, yang kedua ialah $23/bbl, dan yang ketiga ialah $14/bbl.

4. Inflasi akan mententeramkan harga tenaga

Dengan inflasi yang terus mengekang pertumbuhan ekonomi global, pasaran bimbang tentang kemungkinan terjadinya kemelesetan akibat harga tenaga yang tinggi dan perang Rusia-Ukraine. Peperangan dan kenaikan inflasi akan memusnahkan permintaan terhadap minyak. Apabila perbelanjaan pengguna menurun manakala pengeluaran dan permintaan rendah, harga tenaga akan jatuh. IMF menurunkan unjurannya untuk pertumbuhan ekonomi global hampir satu mata peratusan penuh.

Anda perlu mengingati faktor-faktor yang disenaraikan di atas dan memantau situasi. Secara amnya, bagaimanapun, bulls masih mempunyai kelebihan di pasaran minyak dan gas asli. Biarpun semua isyarat yang bercampur-campur ini boleh mengancam momentum bulls ia belum berdaya menghambatnya.

LOG MASUK

Amira Mohey

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.