Adakah minyak akan jatuh menjadi $60 atau naik sehingga $100 pada 2022?

Baca artikel ini di laman web FBS

Meramal harga minyak adalah kerja yang sukar walaupun dalam situasi yang terbaik. Namun, ia semakin sukar kerana COVID-19 dan variannya terus merencat rancangan pengguna dan mengganggu keseimbangan antara permintaan dan bekalan minyak. Di samping itu, kerajaan juga sedang berusaha untuk merungkai sistem tenaga global semasa dan beralih kepada tenaga bersih. Semua ini meletakkan harga minyak dan syarikat tenaga di dalam kabut ketidaktentuan.

Kami menjangkakan harga minyak mentah akan menyusut dalam beberapa bulan akan datang, kerana nampaknya bekalan akan mengatasi permintaan, dan kita akan berhadapan dengan lebihan bekalan yang membuatkan keadaan tidak menentu. Bagaimanapun, ini tidak bermakna pada 2022 minyak tidak akan meneruskan rali kenaikan yang sudah pun bermula sejak akhir tahun lalu.

Potensi kegagalan untuk memulihkan perjanjian nuklear Iran, jangkaan bahawa permintaan minyak akan kembali lebih tinggi semasa musim panas, dan ketidakupayaan OPEC+ mengotakan komitmen mereka untuk mengepam jumlah bekalan yang dipersetujui disebabkan oleh pengeluaran yang perlahan boleh mendorong harga minyak naik.

Harga akan mula seimbang semula pada suku pertama 2022. Menurut Agensi Maklumat Tenaga (EIA), harga purata minyak mentah Brent akan mencapai $70 setong pada 2022.

Ramalan harga minyak, bekalan dan permintaan

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) meramalkan bahawa bekalan minyak global akan mengatasi permintaan tahun ini.

Bekalan minyak global dijangka meningkat sebanyak 6.4 juta tong sehari pada 2022, berbanding 1.5 juta tong sehari pada 2021. Menurut IEA, permintaan global akan berkembang sebanyak 3.3 juta tong sehari pada 2022, berbanding 5.4 juta tong sehari pada 2021.

Menurut laporan agensi itu, suku pertama 2022 mungkin akan menyaksikan lebihan sebanyak 1.7 juta tong sehari dan meningkat kepada 2 juta tong sehari pada suku kedua 2022.

Lebihan ini boleh mendorong harga minyak menjadi lebih tenang sedikit dan kembali ke paras $70 setong dalam tempoh ini.

Adakah minyak akan kembali ke paras $60 setong?

Harga minyak mungkin berisiko turun menjadi $60 dalam beberapa bulan akan datang lantaran dari permintaan yang memperlahan akibat Omicron, dan impaknya terhadap ekonomi, pengeluaran, penerbangan dan perjalanan. Ini akan berlaku jika:

  1. OPEC+ memenuhi obligasi pengeluaran kolektif mereka.  
  2. Amerika Syarikat mengambil semula peranannya sebagai pengeluar yang berpengaruh, dan minyak syal AS kembali beraksi di pasaran. 
  3. Satu kemajuan besar tercapai dalam perjanjian nuklear Iran dengan pasukan Barat, dan minyak Iran kembali ke pasaran pada 2022.

Harga minyak mungkin jatuh menjadi $60 setong. Walau bagaimanapun, ia akan memberikan peluang yang terbaik untuk membeli kerana trend jangka panjang akan bullish. 

Mampukah minyak melonjak ke paras $100 setong pada tahun 2022?

Apabila ekonomi global dibuka semula, permintaan minyak mungkin akan mengatasi bekalan global. Bagaimanapun, ramalan lebihan bekalan pada suku pertama 2022 akan lenyap kerana OPEC dan sekutu bukan OPECnya yang diketuai oleh Rusia masih tidak dapat memenuhi pelan untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 400,000 BPD setiap bulan.

Lebihan bekalan akan bertukar menjadi bekalan yang sukar didapatkan apabila permintaan untuk bahan api minyak meningkat seiring dengan pemulihan ekonomi, dan musim memandu (driving season) akan bermula pada musim panas. Ini boleh mendorong harga naik menjadi $85-$90 setong pada 2022. Selain itu, OPEC+ dijangka mengekalkan cengkaman yang ketat ke atas pengeluaran, resipi yang terbaik untuk menaikkan harga.

Ketiadaan minyak Iran dalam pasaran, sementara kita menantikan kegagalan rundingan perjanjian nuklear Iran yang seterusnya, boleh membuka jalan untuk penembusan ke aras $100 setong, terutamanya jika inflasi dan peningkatan kos pengeluaran menular ke sektor perkhidmatan minyak.

Akhir sekali, sebagai rangkuman, kami menjangkakan minyak akan meneruskan ralinya, tetapi ia akan tenang sedikit, dan harga akan bermain di sekitar $73-$85 pada tahun ini. Bergantung kepada keadaan, minyak dijangka akan mengalami sedikit kemeruapan.

 LOG MASUK

Amira Mohey

Kongsi dengan rakan anda:

Serupa

Berita terkini

Pembukaan segera

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.