
Ketahui mengapa FBS mengurangkan spread GBPCAD dan apa yang perlu dilakukan seterusnya!
2022-12-15 • Dikemaskini
Permulaan tahun ini agak sulit bagi pasaran kripto, merosot lebih dari 20% ekoran dari pernyataan rizab Persekutuan yang hawkish. Akibatnya, permodalan pasaran kripto susut 45%, jatuh menjadi $1.64 trilion, yang terendah sejak Ogos 2021.
Altcoins jatuh lebih pantas daripada matawang kripto utama, menyumbang kepada peningkatan penguasaan pasaran BTC, yang kini sebanyak 42.3% berbanding 39.3% di pertengahan bulan Januari. Penguasaan pasaran 40% Bitcoin kelihatan seperti satu titik perubahan yang pernah mencetuskan pembetulan di pasaran crypto sebanyak dua kali sebelum ini.
Pembetulan belum berakhir
Umum sudah mengetahui bahawa pasaran kripto mempunyai korelasi positif yang kuat dengan pasaran saham AS. Fakta ini seharusnya memudarkan optimisme di kalangan pelabur kripto. Hari Selasa, 25 Januari 2022, kini secara rasmi, adalah permulaan yang paling teruk dalam sejarah S&P 500.
Sesetengah pedagang percaya dengan apa yang dinamakan Barometer Januari, iaitu kononnya prestasi pelaburan S&P 500 pada bulan Januari boleh memberikan ramalan tentang prestasinya untuk sepanjang tahun. Jika kepercayaan ini ternyata benar, pasaran kripto akan berhadapan dengan satu tahun yang sukar.
Sebab-sebab di sebalik tekanan ini
Sebab yang pertama ialah berita makroekonomi dari USA. Berdasarkan mesyuarat Januari Fed, regulator AS itu mungkin akan menaikkan kadar faedah lebih pantas dan lebih awal. Pasaran sudah memfaktorkan lima kenaikan kadar sehingga 1.5% ke dalam pengiraan harga mereka. Syarikat teknologi akan kekal menerima tekanan dengan trend pasaran ini, mengheret pasaran matawang kripto ke kancah pembetulan yang lebih mendalam.
Ketidakstabilan situasi kawalan selia matawang kripto di Rusia juga semakin menekan pasaran. Bank Pusat Rusia mengumumkan bahawa perdagangan dan perlombongan matawang kripto akan dilarang. Mujurlah, kemudian, Presiden Vladimir Putin menyertai perbincangan dan menawarkan untuk mengawal selia operasi matawang kripto dan bukannya menyekatnya.
Rusia adalah negara ketiga paling kadar hash perlombongan tinggi di dunia. Oleh itu, pasaran kripto sangat bergantung pada keputusan muktamad kerajaan Rusia.
Analisis teknikal
BTC/USD, carta mingguan
Capahan bearish (bearish divergence) muncul di carta mingguan Bitcoin. Pada masa ini, harga didagangkan di atas aras sokongan utama $30,000. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan Bitcoin tidak akan membolosi aras sokongan ini dalam masa terdekat. Sebaliknya, ia akan meningkat ke wilayah $43,000 - $47,000, membentuk perangkap bull, dan merudum ke bawah menuju $20,000 apabila Rizab Persekutuan meningkatkan kadar faedah.
ETH/USD, carta bulanan
Ethereum akan menjejaki "abang besarnya" dan susut kepada $1900 dahulu dan melantun dengan padu sehingga $2800 selepas itu. Kemudian, apabila harga menamatkan pola head-and-shoulders, ia akan turun ke paras $1100.
BNB/USD, carta mingguan
Koin Binance boleh turun ke julat sokongan $275-$300. Selepas itu, harga mungkin naik setinggi $500. Sama seperti Ethereum, BNB/USD mungkin akan membentuk pola head-and-shoulder dan jatuh ke paras $110 selepas itu.
Masa depan jangka masa terdekat pasaran kripto kelihatan agak suram. Mujurlah, pedagang FBS boleh berdagang kedua-dua belah arah, long dan short, dan meraih pendapatan tidak kira jika pasaran sedang bullish atau bearish.
Ketahui mengapa FBS mengurangkan spread GBPCAD dan apa yang perlu dilakukan seterusnya!
Coinbase (#COIN) menyaksikan hasilnya meningkat kepada $773 juta pada Q1 2024, peningkatan 23% daripada suku sebelumnya dan melepasi jangkaan penganalisis.
Artikel ini akan memperkenalkan kepada anda sesuatu strategi perdagangan yang tidak memerlukan volum, indikator teknikal dan pola harga. Segala-galanya yang anda perlukan ialah kepekaan terhadap aksi harga. Selamat datang ke tutorial tentang Imbalance (Ketidakseimbangan).
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!