Emas berkelakuan rawak. Benarkah begitu?

Emas berkelakuan rawak. Benarkah begitu?

2022-11-23 • Dikemaskini

Berita terkini:

  • Emas tembus ke bawah $1800 dengan $1700 sebagai sasaran yang mampu dicapai.
  • Hasil bon 10 tahun Perbendaharaan AS meningkat, mendorong permintaan terhadap dolar AS.
  • Fed merancang untuk memulakan penirusan bon tahun ini.
  • Kadar inflasi AS sudah mencecah 5.4% pada bulan Jun dan Julai 2021.

Analisis pergerakan emas secara retrospektif

Analisis fundamental harga emas harus dimulakan dengan penjelasan mengenai fitrah emas. Pada masa lalu, terdapat apa yang disebut sebagai Piawai Emas (Gold Standard). Ini adalah sistem di mana hampir semua negara menetapkan nilai matawang mereka berdasarkan sejumlah emas yang telah ditentukan atau menambat harga matawang mereka dengan matawang negara yang mengamalkan piawai emas. Juga, bekalan emas tidak banyak meningkat seiring dengan peredaran masa. Oleh itu, ketika jumlah wang meningkat (inflasi meningkat), untuk membeli sejumlah emas yang sama, kita memerlukan jumlah matawang yang lebih banyak. Oleh kerana krisis ekonomi biasanya datang dengan inflasi yang tinggi, emas telah menjadi aset perlindungan bagi setiap negara.

Tetapi tidak ada yang kekal selama-lamanya, dan pada bulan Ogos 1971, Presiden Nixon dari Amerika Syarikat telah memansuhkan kebolehtukaran langsung dolar AS dengan emas. Sejak saat itu, emas telah menjadi aset yang lebih bebas, tetapi tidak banyak yang berubah tentang peraturan yang berkuat kuasa. Permintaan terhadap emas masih tinggi lantaran kerana beberapa faktor: emas tahan terhadap kakisan, mudah diproses, sukar ditiru, dan kelihatan cantik (faktor terakhir ini adalah subjektif).

Dari sudut ini, kami mempunyai beberapa pertimbangan mengenai pergerakan harga emas, mari kita lihat satu persatu:

  1. Hasil bon perbendaharaan AS meningkatkan permintaan terhadap USD.
  2. Apabila USD meningkat, emas (XAU) menjunam (ini berlaku sejak dari zaman Piawai Emas dan masih kekal begini walaupun setelah apa yang terjadi).
  3. Penawaran emas tidak meningkat secepat permintaan, oleh itu, dalam jangka masa panjang emas akan terus meningkat.

Apa yang mempengaruhi harga sekarang?

Mari kita lihat kembali beberapa peristiwa ekonomi dan periksa sama ada ia mempengaruhi harga XAU atau tidak:

  • 31 Mac 2021: Data ADP NFP AS lebih buruk daripada yang dijangkakan (517K berbanding 552K; positif untuk emas, negatif untuk matawang). Emas telah melambung tinggi selama 6 jam berikutnya dan telah meningkat 2%.
  • 16 Jun 2021: Kadar dana persekutuan kekal pada tahap yang sama (0.25%), dan itu positif untuk matawang. Juga, ada niat untuk menaikkan kadar di masa depan. Emas telah menjunam 3% dalam tempoh 3 jam.
  • 6 Ogos 2021: data NFP AS positif (943K sebenar berbanding jangkaan 870K). Emas telah "flash crash" sebanyak 6.2% dalam tempoh kurang dari setengah hari.
  • 12 Ogos 2021: PPI AS lebih tinggi daripada jangkaan, dan ini positif untuk matawang dan negatif untuk emas. XAU telah susut sebanyak 0.5% dan kemudian meningkat 0.75% pada hari tersebut.
  • 1 September 2021: OPEC+ mempertimbangkan semula peningkatan pengeluaran minyak sebanyak 400 000 tong sehari. Data ADP NFP negatif (330K sebenar berbanding jangkaan 695K). Harga emas tetap sama.
  • 3 September 2021: NFP AS tiga kali lebih teruk daripada yang dijangkakan (235K berbanding 720K). XAU telah meningkat 1.15% dalam tempoh 3 jam berikutnya, tetapi sepanjang 3 hari berikutnya, emas telah jatuh lebih dari 2%.

Kesimpulannya, data ini, walaupun peristiwa dan hasilnya sama (31 Mac dan 1 September), emas boleh menunjukkan tingkah laku yang sama sekali berbeza. Selain itu, kita boleh menjangkakan bahawa emas akan meningkat apabila data buruk bagi USD dan begitu juga sebaliknya. Ini dapat dibuktikan dengan melihat carta indeks XAU/USD dan dolar AS, atau dengan melihat carta korelasi.

Carta harian XAU/USD (di atas) dan carta harian indeks dolar AS (di bawah)

gold and USD MT5.jpg

Carta korelasi USD dan emas (tempoh 10 tahun)

gold and USD.jpg

Seperti yang anda boleh lihat pada carta, pada kebanyakan masa emas dan dolar menunjukkan korelasi songsang. Ini bermakna bahawa ketika dolar mencatat kenaikan baru, emas berada di bawah tekanan dan begitu juga sebaliknya.

Apa yang boleh dijangkakan daripada emas?

Setakat ini (13 September 2021) pemulihan ekonomi tidak secepat yang diinginkan oleh semua dan sementara penirusan telah ditangguhkan, lagi dan lagi, permintaan untuk dolar AS tetap ada dan emas tidak berada dalam keadaan yang baik. Anda mungkin berfikir: "Tunggu, jika ekonomi dalam keadaan buruk, baik untuk emas, bukan?" Ya, biasanya pada masa yang tidak menentu emas menunjukkan hasil yang lebih baik daripada aset lain, seperti saham dan matawang. Tetapi ini tidak bermaksud bahawa emas sama sekali tidak jatuh

Dari sudut analisis teknikal, emas juga tampak bearish.

Carta mingguan XAU/USD

Sokongan: 1750.0; 1685.0

Rintangan: 1840.0; 1900.0

XAUUSDWeekly.png

Emas adalah instrumen yang sempurna untuk menyimpan wang anda dengan selamat kerana ia cenderung untuk mempertahankan kuasa membeli dan menyelamatkan anda dari kemeruapan aset lain, tetapi oleh kerana pasaran global cenderung meningkat pada skala waktu yang lebih besar, emas tidak akan memberikan anda keuntungan yang banyak.

LOG MASUK

Serupa

Fed Berpura-pura Mengawal Pasaran
Fed Berpura-pura Mengawal Pasaran

Pada 4 Mei, Rizab Persekutuan AS mendedahkan kadar dana persekutuan untuk dua bulan yang akan datang. Walaupun kenaikan 50 mata asas itu sudah dijangka secara meluas, masa depan masih tidak begitu jelas.

Adakah Syarat-syarat untuk Trend Menaik Emas Dipenuhi?
Adakah Syarat-syarat untuk Trend Menaik Emas Dipenuhi?

Selain daripada tekanan inflasi, semua faktor lain bertindak sebagai penghalang kepada emas selepas mencapai paras $2000 pada bulan Ogos 2020. Tetapi inflasi bersama dengan kelembapan ekonomi global adalah faktor yang menjadikan emas bersinar dengan lebih cerah.

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera