Emas tidak menyelamatkan pelabur daripada inflasi

Emas tidak menyelamatkan pelabur daripada inflasi

2022-10-17 • Dikemaskini

Pada hari Khamis, 15 September, XAUUSD kehilangan sokongan utamanya, yang mengehadkan penurunannya sejak April 2020. Penurunan itu berlaku di tengah-tengah jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan yang lebih agresif lantaran dari inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan.

 

Kenapa emas jatuh?

Pelabur menganggap emas sebagai lindung nilai terhadap inflasi. Kenaikan inflasi atau jangkaan inflasi meningkatkan minat pelabur untuk membeli emas dan menaikkan harganya. Sebaliknya, disinflasi atau penurunan jangkaan inflasi memberikan kesan yang sebaliknya.

1.png

Emas dan jangkaan inflasi. Sumber: Chicagofed

Walau bagaimanapun, kita boleh lihat bahawa sejak tahun 2000-an, harga emas telah meningkat manakala jangkaan inflasi pada waktu itu terus rendah. Ia disebabkan oleh dasar kewangan Fed, dan dasar itulah yang telah membuatkan Rizab Persekutuan mencetak USD untuk menyokong ekonomi. Akibatnya, jumlah USD dalam peredaran meningkat secara parabolik, mendorong harga emas ke paras tertinggi baru.

2.png

USD dalam peredaran. Sumber: FRED

Selain itu, emas sensitif kepada kadar faedah sebenar jangka panjang yang dijangka. Oleh kerana logam adalah aset jangka panjang yang tahan lama, harganya mempunyai hubungan songsang yang kuat dengan kadar faedah sebenar jangka panjang. Kenaikan kadar sebenar yang dijangka akan mendorong penurunan harga emas.

Oleh itu, kenaikan kadar bank pusat dan dasar monetari pengetatan kuantitatif (QT) Fed menjadikan emas sebagai salah satu aset yang paling tidak popular di kalangan pelabur besar. Memegang logam tidak memberikan sebarang dividen atau pembayaran, manakala dana lindung nilai yang besar perlu menunjukkan keuntungan kepada pelabur. Oleh itu, "smart money" lebih menyukai bon kerajaan jangka pendek berbanding emas, kerana hasil bon melonjak ke paras tertinggi 15 tahun.

3.png

Hasil Bon Kerajaan AS 3 bulan. Sumber: Tradingview

 

Apa yang boleh dijangkakan?

Walaupun konsensus yang tercapai adalah kenaikan 75 mata asas pada 21 September, beberapa ahli Fed telah meminta kenaikan sebanyak 100 mata asas. Pasaran emas mencerminkan prospek sedemikian. Oleh itu, kenaikan kadar sebenar sebanyak 75 bps boleh menjadi kejutan yang positif untuk logam kuning tersebut.

XAUUSD, carta mingguan

4.png

Selepas penembusan, aras sokongan utama untuk XAUUSD adalah 1530.00, aras yang mendatar dari Mei 2012, dan 1435.00, aras Fibonacci 161.80. Julat antara 1680 dan 1705 bertindak sebagai rintangan yang besar untuk harga sejak penembusan.

Dalam jangka pendek, harga mungkin akan naik di dalam julat rintangan untuk mengesahkan penembusan. Walau bagaimanapun, saya menjangkakan penurunan yang besar ke arah aras sokongan dalam jangka masa sederhana.

Langgan Saluran Telegram FBS Analytics, di mana saya ada menyiarkan lebih banyak idea perdagangan harian!                                       

BERDAGANG SEKARANG

Serupa

Fed Berpura-pura Mengawal Pasaran
Fed Berpura-pura Mengawal Pasaran

Pada 4 Mei, Rizab Persekutuan AS mendedahkan kadar dana persekutuan untuk dua bulan yang akan datang. Walaupun kenaikan 50 mata asas itu sudah dijangka secara meluas, masa depan masih tidak begitu jelas.

Adakah Syarat-syarat untuk Trend Menaik Emas Dipenuhi?
Adakah Syarat-syarat untuk Trend Menaik Emas Dipenuhi?

Selain daripada tekanan inflasi, semua faktor lain bertindak sebagai penghalang kepada emas selepas mencapai paras $2000 pada bulan Ogos 2020. Tetapi inflasi bersama dengan kelembapan ekonomi global adalah faktor yang menjadikan emas bersinar dengan lebih cerah.

Emas Menghitung Hari
Emas Menghitung Hari

Emas salah satu aset perdagangan yang paling popular di dunia, dengan sejarah yang amat panjang dan permodalan pasaran yang luar biasa besar sebanyak $11 trilion.

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera