Gas asli adalah tiang seri ekonomi Eropah.
Apakah yang boleh mendorong minyak turun di bawah $90 setong?
2022-08-12 • Dikemaskini
Dua tahun ini kita telah menyaksikan pergerakan harga minyak terbesar dalam tempoh 14 tahun. Rollercoaster ini telah membingungkan pasaran, para pelabur dan pedagang. Sebab utama dinamik sedemikian ialah ketegangan geopolitik dan peralihan ke arah tenaga bersih. Dalam dua tahun ini, minyak didagangkan semurah $19 setong - atau pada paras negatif jika anda melihat pada niaga hadapan WTI - dan ia meningkat kepada $139.
Kita tidak pernah melihat perubahan besar dalam harga minyak sejak krisis kewangan 2008 apabila minyak jatuh daripada $150 kepada kurang daripada $40. Kejatuhan itu disebabkan oleh kebimbangan terhadap kemelesetan ekonomi global, yang membawa kepada penurunan permintaan minyak seperti dalam keadaan ketika ini.
Sebab-sebab mengapa harga minyak meruap pada hari ini
- Pandemik COVID-19, sekatan yang dilakukan selepas itu, dan apa yang kita alami sekarang akibat daripada perkara tersebut.
- Peralihan ke arah tenaga bersih dan mengurangkan pelepasan berbahaya.;
- Kekurangan pelaburan kepada projek minyak yang baru oleh disebabkan kos yang tinggi dan permintaan yang rendah.
- Polisi OPEC+, pengurangan pengeluaran secara besar-besaran, dan cubaan penyaluran semula bekalan ini ke dalam pasaran.
- Dan yang terutama, ketidakpastian tindakan Rusia dan nasib minyak Rusia.
Hasilnya ialah peningkatan mendadak dalam inflasi di tengah-tengah permintaan yang lembap, pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan kebimbangan kemelesetan ekonomi yang semakin meningkat.
Dua sebab mengapa harga minyak jatuh di bawah $90
Harga minyak boleh jatuh ke paras $90 setong sekiranya pengguna minyak terbesar dunia terus bergelut dengan kadar inflasi yang tinggi dan juga pertumbuhan yang perlahan.
- Jika Amerika Syarikat terus berhadapan dengan inflasi yang tinggi, yang membawa kepada kelembapan pertumbuhan ekonomi dan penurunan permintaan dengan harga bahan api dan perkhidmatan yang lebih tinggi untuk pengguna, dan juga kebimbangan bahawa ekonomi AS akan memasuki fasa kemelesetan.
- Jika China tidak dapat mencari penyelesaian kepada masalah ekonominya dan sekatan berulang kali yang mengancam pengeluaran dan pertumbuhannya, yang seterusnya akan menjejaskan ekonomi global.
Minyak akan turun di bawah paras $90 dan akan kekal dalam julat ini untuk sementara waktu. Masalah ekonomi di dua ekonomi terbesar dunia itu akan menjejaskan permintaan minyak. Kesannya, sudah semestinya, akan dapat dilihat pada harga Brent dan WTI AS.
Perkara yang boleh melonjakkan harga minyak
Pada masa yang sama, permintaan terhadap minyak mungkin bertambah kerana harga gas asli yang mencatatkan rekod tertinggi, terutamanya di Eropah. Ini akan mendorong pengguna dan kilang-kilang untuk beralih kepada penjanaan bahan api minyak untuk mengharungi musim sejuk yang kejam akan datang. Selain dari itu, pengeluaran minyak tidak akan bertambah dan ia mungkin menghadapi masalah dalam waktu terdekat kerana permintaan terhadap minyak akan meningkat pada musim sejuk nanti.
Kebimbangan bekalan dijangka meningkat apabila musim sejuk sudah semakin hampir, kerana sekatan EU yang mengharamkan import laut bagi minyak mentah dan produk minyak Rusia akan berkuatkuasa pada 5 Disember. Peningkatan sederhana yang diluluskan oleh OPEC+ sebanyak 100,000 tong sehari pada bulan September tidak cukup untuk memenuhi permintaan yang meningkat.
Secara teknikal, Brent (XBRUSD) mungkin jatuh ke paras 80.00 sekiranya ia tembus di bawah $90 dan terus kekal di bawah paras tersebut.
Serupa
Selepas beberapa bulan menerima tekanan dari Rumah Putih, Arab Saudi mengalah dan bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran bersama dengan ahli-ahli OPEC+ yang lain.
Pada hari Khamis, 2 Jun, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Plus (OPEC+) telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 648,000 tong sehari (bpd) pada bulan Julai dan Ogos.
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…