Dua tahun ini, kita menyaksikan pergerakan harga minyak terbesar dalam tempoh 14 tahun, yang membingungkan pasaran, pelabur dan pedagang akibat ketegangan geopolitik dan peralihan ke tenaga bersih.
Minyak mampu capai $100; apakah maksudnya untuk pasaran dan inflasi?
2022-12-15 • Dikemaskini
Semakin ramai penganalisis yakin bahawa minyak Brent akan melepasi $100 setong. Sebahagian daripada mereka meramalkan bahawa aras $125 dan $150 akan dicapai dalam masa beberapa bulan. Memandangkan minyak salah satu komoditi yang paling banyak (jika bukan memang yang paling banyak) didagangkan di dunia, ia tidak boleh tidak akan memberi kesan kepada inflasi dan pasaran kewangan. Sekurang-kurangnya, begitulah fikiran orang ramai. Jadi sekuat manakah minyak akan menggerakkan pasaran, dan ke manakah arah pergerakan itu? Jom ketahui!
Korelasi antara minyak dan pasaran saham
Kenaikan harga minyak biasanya merendahkan jangkaan kadar pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan jangkaan inflasi dalam jangka masa pendek. Meredam prospek pertumbuhan ekonomi, dan seterusnya, mengurangkan jangkaan pendapatan syarikat, mengakibatkan harga saham melembap. Tetapi itu secara teori. Jadi mari kita lihat meter korelasi untuk mengetahui kebenarannya.
Di sini anda boleh melihat indeks S&P500 (US500, oren) berbanding XBR/USD (minyak Brent UK, biru). Selain itu, anda boleh temui meter korelasi di bahagian bawah skrin, alat untuk mengukur korelasi antara instrumen dan aset. Adalah jelas bahawa sejak ia menjunam pada Mac 2020, kedua-dua US500 dan XBR/USD mempunyai korelasi yang positif. Ia bertentangan dengan jangkaan pasaran mengenai pergerakan harga minyak dan saham dan menunjukkan bahawa harga minyak yang tinggi tidak setiap kalinya bermakna harga saham akan merosot.
Hakikat tentang minyak
Kami menggali world wide web dan mendapati bahawa penyelidik di Bank Rizab Persekutuan cawangan Cleveland mencerap pergerakan harga minyak dan harga pasaran saham, dan mereka telah mendapati bahawa korelasi antara harga minyak dan pasaran saham tidaklah kuat.
Juga, adalah lebih baik jika anda membezakan antara korelasi dan asbab. Minyak memang memberi kesan terhadap ekonomi AS, tetapi kesan ini berlaku secara dua hala. Di satu pihak, harga minyak yang tinggi mewujudkan lebih banyak pekerjaan dalam industri minyak dan meningkatkan pelaburan di sektor deposit minyak syal. Sebaliknya, harga minyak yang tinggi turut menjejaskan perniagaan dan pengguna dengan kos pengangkutan dan pembuatan yang lebih tinggi. Supaya lebih spesifik, kita boleh mengandaikan bahawa perubahan harga minyak menyebabkan pemindahan wang daripada syarikat yang menggunakan tenaga kepada pengeluar minyak dan begitu juga sebaliknya. Minyak tidak mendorong harga saham kerana faktor-faktor harga yang lain dalam ekonomi — seperti upah, kadar faedah, logam industri, plastik dan teknologi komputer — boleh mengimbangi perubahan kos tenaga.
Dengan kata lain, ekonomi terlalu kompleks untuk mewajarkan sangkaan bahawa satu komoditi mampu mendorong semua aktiviti perniagaan dengan cara yang boleh diramalkan.
Jadi sekarang apa yang harus kita jangkakan?
Secara teknikal, minyak berada dalam fasa pengukuhan. Penembusan aras $93.00 akan memicu senario bullish. Walau bagaimanapun, mengambil kira korelasi yang negatif dengan US500 pada masa ini, indeks itu mungkin akan merosot lebih jauh. Minyak mungkin akan bergerak lebih tinggi menuju aras rintangan $91.00 setong dalam jangka pendek.
Carta H4 XBR/USD
Rintangan: 91.00, 93.00, 95.00;
Sokongan: 88.00, 86.00, 81.00
Tidak tahu cara untuk dagangkan minyak? Berikut beberapa langkah mudah.
- Pertama sekali, pastikan anda telah memuat turun app FBS Trader atau Metatrader 5. FBS membolehkan anda berdagang saham hanya menerusi perisian-perisian ini.
- Buka akaun di FBS Trader atau akaun MT5 di dalam laman peribadi anda.
- Mula berdagang!
Serupa
Selepas beberapa bulan menerima tekanan dari Rumah Putih, Arab Saudi mengalah dan bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran bersama dengan ahli-ahli OPEC+ yang lain.
Pada hari Khamis, 2 Jun, Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Plus (OPEC+) telah bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran sebanyak 648,000 tong sehari (bpd) pada bulan Julai dan Ogos.
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…