Ketahui mengapa FBS mengurangkan spread GBPCAD dan apa yang perlu dilakukan seterusnya!
Tinjauan teknikal dan idea untuk pasangan-pasangan Forex
2022-02-07 • Dikemaskini
Apa yang sedang berlaku?
Sesetengah pedagang suka analisis fundamental, termasuklah berita, acara makroekonomi, dan penyata kewangan. Yang lain pula lebih gemar “berdagang dengan carta”. Mereka menganggap carta harga sudah merangkumi segalanya yang mereka perlu ketahui. Jika anda menganggap diri anda sebagai seorang pedagang teknikal, artikel ini untuk anda! Kami telah meninjau beberapa pasangan Forex yang berpotensi besar supaya anda tidak perlu lagi melakukannya.
EUR/USD
Euro telah membolosi sebuah saluran menaik dan kini cuba untuk jatuh lebih jauh. Dolar sedang menguat, jadi kita boleh jangkakan penurunan ke aras 1.18. Kemungkinan untuk kenaikan euro agak tipis dan hanya akan menunda kejatuhan yang tak boleh dielakkan lagi.
Carta H1 EUR/USD
Sokongan: 1.1818; 1.1800
Rintangan: 1.8550; 1.1900
GBP/USD
Kami lebih yakin dengan pergerakan greenback bila kami melihat pada carta pound British. Segitiga menurun yang elok lagi tepat rupanya sedang terbentuk, harga sudah mulai termanifestasi sejajar dengan capahan (divergence) pada RSI dan kami tidak melihat sebarang petanda-petanda akan berlaku penyongsangn arah. Sambungan Fibonacci (Fibonacci extension) membantu kami mengunjurkan sasaran untuk pergerakan ini. Oh, alang-alang, kami juga ada video tentang alat-alat Fibonacci, jemput tinjau dan tonton!
Carta harian GBP/USD
Sokongan: 1.3400; 1.3300; 1.3150
Rintangan: 1.3857; 1.4000
GBP/JPY
Pasangan inni lebih bearish dari GBP/USD, jadi saya mempertimbangkan untuk menjual pound di setiap pasangan. Segitiga menurun sedang terbentuk selama hampir 5 bulan dan RSI juga sudah bersedia untuk dipecahkan ke arah bawah. Sasaran ada di carta dan di bawah teks ini.
Carta harian GBP/JPY
Sokongan: 149.0; 146.5; 144.0
Rintangan: 152.3; 153.0; 155.0
EUR/CAD
Euro berjaya mengatasi purata bergerak 50 dan 100 di carta harian dan kini satu-satunya rintangan yang serius dalam trajektorinya ke bulan adalah MA 200. Kawasan ini pasti dilintasi, hanya cepat atau lambat sahaja.
Carta harian EUR/CAD
Sokongan: 1.4850; 1.4615
Rintangan: 1.5030; 1.5230; 1.5300; 1.5400
NZD/CAD
Peningkatan kekuatan dolar New Zealand secara teknikal agak jelas terlihat jika kita tinjau pasangan NZD/CAD. Pada carta harian, penembusan purata bergerak 200 sudah lengkap dan selepas sedikit pullback (yang boleh terjadi, berdasarkan RSI) harga akan meroket ke aras-aras yang kami serlahkan.
Carta harian NZD/CAD
Sokongan: 0.8900; 0.8840; 0.8790
Rintangan: 0.9030; 0.9100; 0.9220
Serupa
Kenaikan hara yang berlaku itu adalah sebelum mesyuarat FOMC di mana harga berjaya capai ketinggian 1…
Pengaruh dolar sebagai matawang rizab dunia telah merosot secara beransur-ansur. Adakah mungkin untuk euro menggantikannya? Kami juga tidak pasti tentang perkara itu.
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…