Ketahui mengapa FBS mengurangkan spread GBPCAD dan apa yang perlu dilakukan seterusnya!
BOJ Tidak Mahu Membantu Yen
2022-12-15 • Dikemaskini
Sepanjang tahun lepas, yen telah bergerak lebih rendah berbanding dolar terutamanya kerana kekuatan USD secara keseluruhan. Tetapi masih ada banyak lagi kisah lain di sebalik kelemahan JPY, termasuk kemelesetan ekonomi global, keputusan dasar monetari, dan model deflasi Jepun. Berapa rendah lagi matawang ini boleh pergi, dan apa yang mendorong USDJPY? Ini apa yang kami tahu.
Kenapa Yen lemah?
Pertama sekali, USD telah naik lebih daripada setahun. Indeks dolar AS telah naik hampir 19% sejak Mei 2021, mendorong semua matawang lain lebih rendah melawannya. Dalam tempoh 16 bulan, indeks itu naik daripada 89.570 kepada 110.785. Sesetengah penganalisis masih percaya bahawa greenback akan melonjak lebih tinggi lagi ke paras tertinggi 20 tahun iaitu 120.500.
Ia akan membincangkan dasar monetari yang menjadi penyebab bagi kekuatan USD kemudian di dalam artikel ini. Apa yang penting adalah betapa tidak kira apa pun matawang yang kita bincangkan, kesemua matawang tersebut terjejas akibat kekuatan USD, dan JPY tidak terkecuali. Yen susut 34.5% dalam tempoh yang sama, bergerak daripada 107.63 kepada hampir 145.00 yen bagi setiap dolar AS.
Walau bagaimanapun, jika anda lihat carta EURJPY, yen hanya susut 8% dalam tempoh 16 bulan yang lalu, yang menunjukkan bahawa puncanya tidak terbatas kepada USD sahaja. JPY sendiri melemah dengan agak pantas. Oleh itu, sebab-sebab fundamental di sebalik pergerakan itu haruslah besar.
Sebab pertama ialah dasar monetari Jepun. Berbeza dengan Rizab Persekutuan AS, yang telah menaikkan kadar faedah dengan lebih agresif untuk mengawal inflasi, Bank of Japan (BoJ) telah memilih dasar yang lebih dovish dan longgar selepas mengalami deflasi selama bertahun-tahun.
Deflasi ialah penurunan harga barangan dan perkhidmatan secara umum.
Deflasi berlaku apabila kadar inflasi jatuh di bawah 0%.
Jepun lebih kerap menjadi negara deflasi. Sumber: tradingeconomics.com
Disebabkan oleh deflasi dan surplus akaun semasa Jepun, yen dianggap sebagai aset perlindungan (safe-haven asset). Matawang ini terutamanya selamat daripada pergerakan kemeruapan yang tidak dijangka dan menyediakan tempat untuk pelabur institusi meletakkan dana mereka. Walau bagaimanapun, terdapat sisi sebaliknya. Ekonomi deflasi sering kekurangan pertumbuhan kerana orang tidak mahu menghantar dana mereka dan lebih suka mengumpulkannya. Dan Jepun tidak terkecuali.
Perubahan KDNK di Jepun. Sumber: tradingeconomics.com
Sepanjang 25 tahun yang lalu, ekonomi Jepun telah berkembang secara purata 1.6% setahun. Keputusan ini adalah salah satu yang terburuk di dunia (Jepun berada di tangga ke-158 daripada 193 negara). Kerajaan cuba mengekalkan kadar inflasi yang rendah tetapi positif untuk mempercepatkan ekonomi. Sebagai contoh, Fed mensasarkan inflasi jangka panjang sebanyak 2%.
Kenaikan harga merangsang orang ramai untuk membelanjakan lebih banyak wang, meningkatkan ekonomi dan membuat semua orang lebih gembira. Sasaran akhir bank tersebut adalah untuk mencapai inflasi 2% (lebih tinggi sedikit dari 2.5% sekarang) untuk merangsang keuntungan korporat yang lebih tinggi dan keadaan pasaran buruh yang lebih baik, dan dengan itu menjana kitaran yang baik di mana upah dan harga meningkat secara lestari. Itulah sebabnya mengapa Bank of Japan tidak mahu menurunkan inflasi.
Selain itu, Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida sedang mempertimbangkan untuk mencetak lebih banyak wang untuk disuntik ke dalam sistem kewangan. Walaupun matlamat utama rangsangan adalah untuk melawan inflasi (seperti yang dikatakan oleh bank), mencetak wang adalah salah satu cara untuk mempercepatkan ekonomi.
Mencetak wang adalah langkah yang standard untuk membantu ekonomi pada masa kini, tetapi pada masa akan datang ia akan mengakibatkan inflasi yang lebih tinggi dan kemungkinan kemelesetan. Bagi saya, strategi ini telah gagal beberapa kali, dan kali ini tidak ada apa yang berbeza. Walau bagaimanapun, Jepun mungkin perlu melakukan yang terbaik untuk membantu rakyatnya pada masa kemelesetan berleluasa di seluruh dunia.
Apa yang akan berlaku dengan yen?
Gabenor BOJ Kuroda sedang membincangkan kemungkinan untuk campur tangan ke dalam harga JPY untuk menyokong matawang. Saya fikir campur tangan ini sama ada akan berbentuk langkah yang lemah atau jangka pendek. Oleh itu, camput tangan tersebut tidak akan mempengaruhi matawang secukupnya untuk menghentikannya daripada jatuh. Walau bagaimanapun, kita mungkin akan melihat pembetulan USDJPY ke garis sokongan 139.50. Selepas itu, saya menjangkakan pengukuhan dengan penerobosan palsu dalam kedua-dua arah.
Jika tidak ada apa yang berubah, langkah monetari daripada BoJ akan melemahkan yen lebih lanjut lagi, mendorong pasangan USDJPY ke rintangan 150.00. Ia mungkin berlaku dalam tempoh beberapa minggu akan datang, jadi saya menganggap ini perdagangan jangka sederhana yang patut dicuba. Walau bagaimanapun, paras 150.00 adalah garisan rintangan yang kukuh. BoJ MUNGKIN akan mengambil langkah-langkah yang lebih serius untuk menghentikan penyusutan yen. Oleh itu, pengukuhan berkemungkinan akan berlaku pada rintangan 150.00, dengan kemungkinan berlakunya perubahan trend.
Carta harian USDJPY
Perlawanan: 145.00, 150.00
Sokongan: 139.50, 133.00, 125.00
Kami akan melihat dengan lebih mendalam ke dalam ekonomi Jepun. Langgan Saluran Telegram @FBSAnalytics, di mana saya ada menyiarkan lebih banyak idea perdagangan harian!
Serupa
Kenaikan hara yang berlaku itu adalah sebelum mesyuarat FOMC di mana harga berjaya capai ketinggian 1…
Minggu hadapan akan sarat dengan pelbagai berita. Penggunaan di Amerika Syarikat dan Kanada, pasaran hartanah di Amerika Syarikat, dan inflasi di EU. Apa yang perlu dijangkakan, dan bagaimana ini akan mempengaruhi pasaran?
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…