Ketahui mengapa FBS mengurangkan spread GBPCAD dan apa yang perlu dilakukan seterusnya!
Kekuatan Dolar atau Kelesuan Matawang Lain?
2022-06-27 • Dikemaskini
Nilai dolar AS terus meningkat, tetapi adakah ini kerana kekuatan dolar itu sendiri atau hanya kelesuan euro, yen Jepun, dan paun British?
Sejak dari permulaan tahun ini, indeks dolar AS telah meningkat 8.8%, dengan Rizab Persekutuan terus melawan inflasi selepas menaikkan kadar sebanyak tiga kali setakat ini. Maka, satu demi satu, bank-bank pusat utama memulakan pertarungan mereka untuk menjinakkan inflasi dan cuba mengimbangi pengetatan melulu Fed. Dari situ, dolar telah menyerap kekuatannya, tetapi adakah ia kekuatan yang hakiki, atau adakah ia disebabkan oleh kelesuan matawang lain?
Mengapa yen Jepun lemah?
Yen Jepun sentiasa menjadi tempat perlindungan untuk pelabur dan peniaga yang mahu mengelak risiko. Tetapi buat masa ini, ia tidak begitu, kerana Bank Jepun terus mengekalkan kadar hampir 0% sambil mengekalkan dasar pelonggaran ultra dan pembelian bon besar-besaran. Walaupun kebanyakan dunia sedang memerangi inflasi, Jepun telah bergelut dengan deflasi selama beberapa dekad.
Walau bagaimanapun, selepas gelombang kenaikan harga di seluruh dunia, inflasi di Jepun akhirnya melonjak melepasi sasaran 2%. Oleh itu, bukanlah suatu yang mengejutkan untuk melihat yen melemah berbanding dolar AS. Setakat ini, yen telah jatuh lebih daripada 17% aselepas dolar menembusi paras 136.50 buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun. Jika BoJ meneruskan dasar pelonggarannya, tekanan ke atas yen Jepun akan berterusan.
Mengapa Euro lemah?
Kesatuan Eropah mengalami inflasi yang sangat tinggi, mencecah 8.1%, paras yang tertinggi sepanjang zaman. Walau bagaimanapun, Bank Pusat Eropah tidak bertindak balas terhadap tekanan tersebut. Semua orang mengkritik ECB kerana membiarkan bank-bank pusat lain mendahuluinya. Apatah lagi, ECB berkeras untuk tidak menaikkan kadar atau menamatkan program pembelian bonnya.
Euro akan merasakan kerosakan yang paling banyak kerana tanda-tanda kemelesetan di Eropah terlihat dengan lebih cepat daripada di AS. Semua ini mendorong penurunan euro, semakin hampir setara dengan USD, selepas jatuh di bawah 1.05 buat kali pertama sejak 2016.
Bagaimanapun, euro mungkin mendapat sedikit sokongan selepas ECB mengesahkan hasratnya untuk menaikkan kadar pada mesyuarat bulan hadapan. Euro telah jatuh berbanding dolar sebanyak kira-kira 7.5% menjelang 2022.
Mengapa pound sterling lemah?
Pound Britain menderita dari kegagalan Bank of England mengawal inflasi. Setakat ini, BoE telah menaikkan kadar lima kali dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Tetapi semua kenaikan ini tidak berjaya meredakan inflasi di UK, yang mencapai paras tertinggi 40 tahun iaitu sebanyak 9.0%.
Dengan tekanan yang semakin meningkat ke atas ekonomi British dan data yang negatif, penurunan paun berbanding dolar terus melepasi 9% sejak awal tahun.
Mengapakah dolar AS kukuh?
Kitaran pengetatan Fed dan kenaikan kadar yang berterusan telah menyokong dolar. Pelabur asing juga menjual saham dan bon untuk menyimpan wang yang mereka terima dalam dolar AS.
Walau bagaimanapun, dolar mungkin akan merosot sedikit apabila bank-bank pusat lain bergegas untuk menaikkan kadar. Kebimbangan kemelesetan juga berkemungkinan akan mendorong Fed untuk menghentikan atau memperlahankan kenaikan kadar yang agresif untuk menyelamatkan ekonomi AS yang sudah lemah. Oleh itu, bukti kekuatan sebenar dolar akan terpamer apabila matawang-matawang lain menunjukkan taring mereka dan matawang AS kekal stabil.
Serupa
Kenaikan hara yang berlaku itu adalah sebelum mesyuarat FOMC di mana harga berjaya capai ketinggian 1…
Pengaruh dolar sebagai matawang rizab dunia telah merosot secara beransur-ansur. Adakah mungkin untuk euro menggantikannya? Kami juga tidak pasti tentang perkara itu.
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…