Hegemoni USD akan berakhir

Hegemoni USD akan berakhir

2023-09-26 • Dikemaskini

Pada 16 Mac, Rizab Persekutuan menganjurkan sidang media di mana ia mengumumkan beberapa fakta yang mengecewakan untuk ekonomi AS. FOMC menaikkan unjuran inflasi AS bagi tahun 2022 kepada 4.3% daripada 2.6% walaupun kadar utama dinaikkan. Selain dari itu, FED menurunkan unjuran KDNK AS untuk 2022 dengan mendadak kepada 2.8% daripada 4%.

Ahli politik AS dan Rumah Putih telah menyalahkan konflik Rusia - Ukraine serta isu rantaian bekalan sebagai punca kepada pertumbuhan inflasi ini. Walau bagaimanapun, ia tampak lebih seperti alasan untuk dasar monetari yang gagal, pertumbuhan harga yang melampau dan hutang kerajaan yang besar.

Apa yang sedang berlaku?

Dolar AS telah menjadi mata wang rizab sejak 1944. Tambahan lagi, sehingga hari ini pun kebanyakan pengiraan untuk urusniaga minyak masih dikira dalam dolar, yang menyokong matawang AS. Walau bagaimanapun, pada masa kini, pemimpin negara terbesar dan paling maju di dunia seperti China, Rusia, Arab Saudi, dan India sedang merangka satu sistem penjelasan pembayaran yang baharu, yang akan memencilkan dolar AS.

Arab Saudi mempertimbangkan untuk menggunakan yuan sebagai pengganti dolar AS untuk membayar sebahagian daripada minyak yang dibekalkan kerajaan itu kepada China. China membeli lebih daripada 25% minyak yang dieksport oleh Arab Saudi, dan kerajaan itu ialah pembekal minyak terbesar China. Pihak berkuasa Arab Saudi dan wakil syarikat-syarikat besar semakin tidak berpuas hati dengan dasar luar pentadbiran Presiden AS.

India dan Rusia juga mempertimbangkan untuk tidak lagi menggunakan dolar AS dalam proses pembayaran dan berpindah ke penyelesaian perdagangan dalam rubel dan rupee. Terdapat banyak pihak yang ingin menggunakan yuan China sebagai matawang asas. Mekanisme baharu itu akan membolehkan pengeksport India dibayar untuk barangan mereka di dalam mata wang tempatan dan bukannya dolar atau euro.

Inovasi di rantau Asia ini boleh mengurangkan permintaan terhadap dolar AS dengan ketara dan melemahkannya.

Unjuran untuk USD

FED terperangkap di antara inflasi yang sangat tinggi dan peningkatan hutang kerajaan AS. Ia mungkin akan menjejaskan USD dalam masa terdekat. Dunia mungkin kehilangan kepercayaan terhadap Rumah Putih dan beralih kepada matawang lain seperti Yuan China.

USD, carta mingguan

Rintangan: 99.3

Sokongan: 97

1.png

Indeks dolar AS (DXY) telah membentuk capahan bearish (bearish divergence) di rangka masa mingguan. Harga mungkin merosot ke paras 97 dalam masa beberapa minggu. Selain itu, sekiranya berlaku penembusan sempadan bawah, kita mungkin akan menyaksikan penurunan selanjutnya menuju 95.2.

GBPUSD, carta mingguan

Rintangan: 1.3190, 1.3370, 1.3520

Sokongan: 1.2950, 1.2740

2.png

Bank of England adalah bank pusat yang pertama menaikkan kadar utama. Pada 17 Mac, pembuat dasar itu mungkin akan menaikkan kadar untuk kali yang ketiga, sehingga 0.75. Dalam jangka panjang, langkah yang sedemikian mungkin akan memberikan kesan yang ketara ke atas GBP dan mendorongnya naik lebih tinggi berbanding matawang lain.

Carta telah membentuk pola bendera bullish (bullish flag). Pedagang boleh mempertimbangkan untuk membeli GBPUSD di sokongan 1.2950 atau selepas penembusan sempadan atas bendera.

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera