Coinbase (#COIN) menyaksikan hasilnya meningkat kepada $773 juta pada Q1 2024, peningkatan 23% daripada suku sebelumnya dan melepasi jangkaan penganalisis.
Apakah yang dibawakan oleh 2022 untuk pasaran saham?
2023-02-07 • Dikemaskini
2021 tahun yang penuh kejutan untuk pasaran saham, terutamanya di AS. Ia menongkah semua jangkaan. Bila semua orang menunggu saham jatuh, tetapi ia malah mencatat rekod tertinggi dalam sejarah berulang kali, dan begitu juga sebaliknya.
Keadaan tidak akan jauh berbeza pada tahun 2022. Jadi sekarang mari kita lihat apa yang akan mempengaruhi pergerakan saham pada tahun hadapan
1. Jangkaan inflasi dan kenaikan kadar
Pasaran memahami pengajaran dari harga yang lebih tinggi dengan sekilas pandang pada 2021. Akibatnya, syarikat telah memilih untuk memindahkan bebas kos yang lebih tinggi (pengangkutan, bahan, buruh dan upah) kepada pengguna yang bersemangat untuk membelanjakan wang yang mereka jimatkan sepanjang tahun pandemik 2020. Akibatnya, syarikat memperoleh keuntungan yang tinggi pada tahun 2021, hasil daripada inflasi yang tinggi.
Tetapi semakin tinggi harga barangan dan perkhidmatan yang dikenakan kepada pengguna, semakin rendah permintaan, mengakibatkan keuntungan syarikat yang lebih lemah. Apabila ini berlaku, pasaran saham tidak akan gembira.
Jika tekanan inflasi berterusan atau meningkat pada separuh pertama 2022, keadaan boleh menjadi bermasalah. Saham ialah lindung nilai yang baik untuk melawan inflasi sehingga ke satu tahap tertentu jika ia meningkat antara 3% to 5%. Walau bagaimanapun, jika pertumbuhan harga berterusan melebihi 4%, ini akan mengatasi keuntungan yang diraih dan menjejaskan saham.
Selain itu, inflasi yang lebih panas akan mendorong bank pusat untuk mengetatkan dasar monetari dan menaikkan kadar faedah, sekali gus menjejaskan kecairan dan mengeluarkan dana daripada pasaran. Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell telah menyatakan bahawa mereka mungkin akan menaikkan kadar sebanyak tiga kali pada 2022.
Walau bagaimanapun, JPMorgan menjangkakan S&P 500 akan melonjak melebihi 5,000 pada separuh pertama 2022, potensi kenaikan 6% rdaripada tahap semasa.
2. China dan prosedur kawal selianya yang ketat
Beijing telah mengambil langkah yang ekstrim untuk mengekang keuntungan syarikat gergasi teknologi dan pendidikan China tahun ini dan mengenakan sekatan ke atas pemberian pinjaman kepada pemaju hartanah untuk mengurangkan kebergantungannya kepada sektor itu.
Saham China luar pesisir di Hong Kong adalah antara yang menunjukkan prestasi terburuk di dunia pada tahun 2021. Indeks MSCI China menghampiri paras terendah sejak 2006 berbanding saham global.
Banyak faktor yang menghancurkan pasaran kewangan China akan terus bersama kita pada 2022. Pelabur masih takut dengan dasar Parti Komunis yang sukar diduga, dengan jangkaan ia akan terus bertindak keras ke atas sektor teknologi, selepas Beijing meminta Didi Global menyahsenarai daripada Bursa Saham New York di Amerika Syarikat.
Di samping itu, perang perdagangan yang berterusan, perselisihan yang semakin meruncing di antara Beijing dan Washington, dan saling mengharamkan syarikat teknologi China dan Amerika oleh kedua-dua pihak. Akhir sekali, jangan lupa tentang krisis hartanah dan sektor perumahan China.
Halangan ini akan memberi kesan ke atas keuntungan korporat dan menjejaskan saham AS dan China dengan teruk, terutamanya dalam sektor teknologi.
3. Perkembangan COVID-19
Perkembangan wabak telah menjadi pemacu utama pasaran selama hampir dua tahun, menyebabkan pasaran jatuh pada 2020, kemudian mencetus kenaikan bersejarah dengan bantuan kempen vaksinasi yang membolehkan ekonomi dibuka semula pada 2021.
Dengan penemuan varian Delta dan Omicron, pasaran menyaksikan huru-hara kemeruapan pada indeks saham global.
Kebanyakan penganalisis menjangkakan virus itu akan menjadi sekadar kesan sampingan pada tahun akan datang apabila pasaran dan orang ramai sudah menyesuaikan diri untuk hidup dengannya.
4. Acara Black Swan
Tahun 2022 penuh dengan peristiwa yang boleh kita namakan sebagai peristiwa "black swan", peristiwa mendadak dengan kesan yang tidak dijangka pada pasaran kerana ia sukar untuk diramalkan.
Antara peristiwa ini: pilihanraya separuh penggal AS, pilihanraya presiden Perancis, ketegangan di Taiwan, krisis yang menghancurkan ekonomi Turki selepas kejatuhan bersejarah lira, dan kesesakan rantaian bekalan yang berterusan.
Pemanasan global dan peralihan kepada tenaga bersih adalah perkara lain yang mungkin perlu dipertimbangkan oleh pedagang. Di samping itu, harga karbon yang tinggi dan cukai alam sekitar ke atas syarikat yang menghasilkan pelepasan berbahaya akan meningkatkan kos pengeluaran untuk industri, yang boleh menjejaskan keuntungan sesetengah syarikat dan saham secara negatif.
Akhir sekali, jangan lupa bahawa penilaian saham yang tinggi mewujudkan pasaran yang rapuh, mudah dipengaruhi oleh peristiwa yang remeh. Inilah yang kita saksikan di pasaran saham. Nilai sesetengah saham telah menjadi keterlaluan dan tidak menggambarkan nilai yang sepatutnya. Ia seperti membentuk satu gelembung baru, yang boleh meletup kerana sebab-sebab yang disebutkan di atas. Jadi, apa yang akan berlaku jika lebih daripada satu sebab diatas digabungkan? Atau adakah saham akan terus bergerak menentang trend?
Serupa
Saham-saham AS telah menunjukkan prestasi setengah tahun pertama yang terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun kesan dari percubaan Fed untuk mengawal inflasi dan kebimbangan tentang kemelesetan.
Powell mahukan pendaratan yang lembut untuk inflasi, seperti yang dilakukan oleh Greenspan pada tahun 1994. Tetapi nampaknya dia akan menempuh satu pendaratan yang sukar.
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…