
Coinbase (#COIN) menyaksikan hasilnya meningkat kepada $773 juta pada Q1 2024, peningkatan 23% daripada suku sebelumnya dan melepasi jangkaan penganalisis.
2022-02-28 • Dikemaskini
Kejatuhan mendadak dan kemeruapan tinggi semasa peristiwa geopilitik berlaku bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam pasaran. Reaksi semasa dan pantas terhadap peristiwa ini kebiasaanya paling dramatik. Berita baiknya ialah impak tersebut hanya bersifat sementara, kebiasaanya untuk tiga bulan sahaja. Walaupun peningkatan konflik antara Rusia dan Ukraine membawa padah yang besar, kebenarannya ialah saham boleh menangani konflik geopolitik ini. Pada hari ini kita dapat menyaksikan pembetulan harga yang bermakna di dalam pasaran setelah prestasi yang sangat baik pada tahun 2021. Isu geopolitikal sebegini akan memberikan peluang membeli yang baik untuk para pelabur jangka masa panjang.
Menurut ramai penganalisis, kita kini berada di pertengahan trend bullish berstruktur yang mana berkemungkinan besar berterusan untuk beberapa tahun akan datang, dan pembetulan harga merupakan salah satu bahagian di dalam kembara tersebut. Sejarah telah membuktikan bahawa selepas 12 bulan daripada peristiwa seperti krisis hari ini, pasaran akan membuat pergerakan menaik. Prestasi pasaran selepas peristiwa geopolitik atau sejarah utama sejak Perang Dunia II adalah lebih kukuh daripada sebelumnya. Malah kebanyakan penutupan pasaran pada akhir tahun berakhir dengan keuntungan.
Namun, ini tidak bermaksud Wall Street tidak akan menghadapi tekanan daripada naik turun dan kemeruapan yang liar dalam jangka masa pendek.
Dari sesi perdagangan hari Khamis dan kejatuhan tajamnya, penyongsangan Wall Street sangat liar. Saham-saham AS telah memadamkan kerugian yang besar dan telah ditutup dengan keuntungan. Indeks-indeks utama menunjukkan kebangkitan semula daripada kejatuhan mendadak semasa sesi perdagangan hari Jumaat. Dow Jones memadamkan kerugian besarnya yang lebih daripada 800 mata. Indeks Dow Jones Industrial Average melonjak sebanyak 815 mata, atau 2.5%, merekodkan hari terbaiknya sejak penghujung tahun 2020, selepas mengalami kejatuhan sebanyak 859 mata pada hari Khamis lepas. S&P 500 meningkat 1.9%, selepas mengalami kejatuhan melebihi 2.6%. Indeks Komposit Nasdaq melonjak 1.1%.
Ini mengapa saham-saham AS berdaya tahan dan fleksibel:
Hasilnya, pasaran global akan kekal tidak stabil menjelang beberapa minggu akan datang. Memandangkan kita akan menyaksikan kemeruapan jangka pendek, ketidaktentuan ini akan memberikan peluang pelaburan terbaik sekiranya kemelesetan tidak terjadi. Justeru, para pedagang boleh cuba memanfaatkan peluang pembetulan harga ini dan membuat urusniaga jangka panjang.
Tidak tahu cara untuk berdagang saham? Berikut beberapa langkah mudah.
Coinbase (#COIN) menyaksikan hasilnya meningkat kepada $773 juta pada Q1 2024, peningkatan 23% daripada suku sebelumnya dan melepasi jangkaan penganalisis.
Saham-saham AS telah menunjukkan prestasi setengah tahun pertama yang terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun kesan dari percubaan Fed untuk mengawal inflasi dan kebimbangan tentang kemelesetan.
Powell mahukan pendaratan yang lembut untuk inflasi, seperti yang dilakukan oleh Greenspan pada tahun 1994. Tetapi nampaknya dia akan menempuh satu pendaratan yang sukar.
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…
FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.
Permohonan anda telah diterima
Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat
Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam
Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat
Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi
Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!