Gas asli adalah tiang seri ekonomi Eropah.
Mengapa rali harga minyak di dalam bahaya?
2022-06-24 • Dikemaskini
Ya, harga minyak sedang terbakar menyala-nyala sekarang, dan, akibatnya, inflasi semakin memanas di seluruh dunia. Namun begitu, momentum kenaikan harga minyak sedang terancam. Di bawah kami telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh menyejukkan permintaan untuk komoditi tersebut.
1. Lockdown di China
Penurunan harga minyak telah semakin memesat sejak 25 April selepas Beijing menutup beberapa tempat awam dan meningkatkan ujian berskala massa untuk mengelakkan lockdown total, seperti yang berlaku di hab perniagaan global, Shanghai, sejak awal bulan ini. Penutupan terbaharu itu telah mengganggu kilang dan rantaian bekalan, menimbulkan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi di China, ekonomi kedua terbesar di dunia, selepas penularan yang terburuk dalam tempoh dua tahun. Ini akan membawa kepada kelembapan permintaan minyak kerana China adalah pengimport minyak yang terbesar di dunia. Lockdown ini mungkin akan mengurangkan permintaan minyak China sebanyak 1.1 juta tong sehari pada bulan April.
2. Bekalan masih ada
Sebarang unjuran defisit minyak pada suku ketiga adalah kecil dan boleh dipenuhi dengan peningkatan pengeluaran OPEC kerana pertumbuhan permintaan minyak terus menyusut dan pertumbuhan ekonomi global semakin melemah. Selain itu, pasaran tidak mengalami defisit secara total, malah masih mampu mencatat surplus kecil pada bulan April. Mengimbangi permintaan dan penawaran akan lebih sukar pada suku ketiga dan seterusnya, kerana penurunan permintaan di China dijangka bersifat sementara. Sebaliknya, penurunan dalam pengeluaran minyak Rusia akan berlanjutan lebih lama.
3. Julat perdagangan intrahari yang lebih rendah
Walaupun kemeruapan di pasaran tenaga kekal tinggi, terdapat tanda-tanda bahawa ia sedang merosot, dengan julat perdagangan intrahari juga semakin rendah. Minyak mentah Brent nampaknya berada di peringkat akhir gelombang ketiga sejak pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. Amplitud gelombang perdagangan semakin mengecil. Julat gelombang pertama ialah $43 setong, yang kedua ialah $23/bbl, dan yang ketiga ialah $14/bbl.
4. Inflasi akan mententeramkan harga tenaga
Dengan inflasi yang terus mengekang pertumbuhan ekonomi global, pasaran bimbang tentang kemungkinan terjadinya kemelesetan akibat harga tenaga yang tinggi dan perang Rusia-Ukraine. Peperangan dan kenaikan inflasi akan memusnahkan permintaan terhadap minyak. Apabila perbelanjaan pengguna menurun manakala pengeluaran dan permintaan rendah, harga tenaga akan jatuh. IMF menurunkan unjurannya untuk pertumbuhan ekonomi global hampir satu mata peratusan penuh.
Anda perlu mengingati faktor-faktor yang disenaraikan di atas dan memantau situasi. Secara amnya, bagaimanapun, bulls masih mempunyai kelebihan di pasaran minyak dan gas asli. Biarpun semua isyarat yang bercampur-campur ini boleh mengancam momentum bulls ia belum berdaya menghambatnya.
Serupa
Dua tahun ini, kita menyaksikan pergerakan harga minyak terbesar dalam tempoh 14 tahun, yang membingungkan pasaran, pelabur dan pedagang akibat ketegangan geopolitik dan peralihan ke tenaga bersih.
Selepas beberapa bulan menerima tekanan dari Rumah Putih, Arab Saudi mengalah dan bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran bersama dengan ahli-ahli OPEC+ yang lain.
Berita terkini
Fed mengumumkan pada hari Rabu bahawa ia membiarkan kadar dasar tidak berubah pada 5…
Jepun melangkah lebih dekat kepada campur tangan mata wang dengan amaran terkuatnya apabila yen merosot ke paras paling lemah dalam kira-kira 34 tahun berbanding dolar…
Sentimen pasaran yang memulih pada pembukaan dagangan awal minggu semalam telah menukar semula haluan pergerakan USD…