Adakah Dolar AS Akan Hilang Dominasi Globalnya?

Adakah Dolar AS Akan Hilang Dominasi Globalnya?

2022-04-14 • Dikemaskini

Kredibiliti dolar AS dan sistem perbankannya bergantung pada fakta bahawa ia dianggap selamat dan berisiko rendah. Itulah sebabnya mengapa banyak negara di seluruh dunia menyimpan rizab mereka di bank-bank AS dan memiliki bon AS dalam kuantiti yang banyak. Walau bagaimanapun, jika kredibiliti dolar terhakis disebabkan onar politik, sistem kewangan dan monetari antarabangsa ini boleh mula meruntuh.

Tindakan AS dan sekutu Baratnya membekukan sebahagian besar rizab tukaran asing Rusia telah menimbulkan kebimbangan bahawa hegemoni dolar sedang digunakan sebagai senjata.

Mengapakah dolar AS terisiko?

  1. Penyalahgunaan dominasi dolar ini akan menjadi memakan diri dan menjejaskan matawang AS. Semakin AS mempersenjatakan dolar, lebih kuat kebimbangan masyarakat antarabangsa ia akan diancam dengan senjata yang sama pada masa hadapan. Ini akan mendorong ekonomi global untuk menilai semula kebergantungannya terhadap dolar apabila ia melibatkan rizab tukaran asing.
  2. Goldman Sachs telah memberi amaran bahawa dolar berhadapan dengan risiko yang boleh mengurangkan dominasi globalnya, menyatakan beberapa dari cabaran tersebut adalah serupa dengan apa yang dihadapi oleh pound British sebaik sebelum ia jatuh dari takhtanya. Pada suatu masa dahulu, sterling adalah matawang rizab yang terbesar di dunia.
  3. Sekatan brutal terhadap Rusia bersandarkan kepada kuasa dolar AS, matawang yang paling banyak digunakan dalam perdagangan, urus niaga kewangan dan rizab bank-bank pusat. Walau bagaimanapun, dengan menggunakan dolar sebagai senjata secara eksplisit, AS dan sekutunya berisiko mencetuskan tindak balas yang boleh menjejaskan dolar AS.
  4. Peratusan dolar dalam rizab bank-bank pusat telah menyusut sejak beberapa tahun lalu. Pada tahun 2001, dolar menyumbang kira-kira 70% dari rizab tukaran asing. Kini, ia hanya kira-kira 59%, menurut data IMF.

07c500c8-eb39-41ce-9b89-57d2054e9f8f.png

Tetapi, mengapa dolar tidak akan kehilangan dominasinya dalam masa terdekat?

Tiada alternatif atau pesaing sebenar. Dolar AS adalah matawang rizab yang terkuat di dunia. Kita boleh berhujah bahawa nilai dolar menyusut selepas pencetakan wang secara menggila sejak tiga tahun lalu dan inflasi yang panas. Kita boleh katakan bahawa keyakinan dunia terhadap AS sebagai rakan kerjasama yang kuat semakin merosot. Walau bagaimanapun, anda mesti mempunyai alternatif untuk menukar dolar. Menurut sejarah, matawang rizab membuka laluan kepada satu sama lain apabila ada matawang yang lebih menarik muncul. China - kuasa yang semakin meningkat hari ini - setakat ini tidak menunjukkan sebarang sebab untuk ekonomi global mempercayainya.

Bolehkah matawang lain menggantikan dolar?

Euro ialah alternatif utama kepada dolar, membentuk 20% dari rizab bank-bank pusat. Namun, kita harus awas dengan peralihan ke arah matawang yang lebih kecil seperti dolar Australia, won Korea, dan, terutama sekali, renminbi China.

Pada masa ini, indeks dolar masih bersedia untuk meningkat selepas menguji aras-aras dia atas 100. Di bahagian atas, sasaran besar seterusnya ialah 103.00. Kitaran pengetatan Fed yang agresif juga dijangka akan menyokong dolar dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Carta 1: Indeks Dolar semakin meningkat sejak bermulanya perang Rusia - Ukraine pada 24/02/2022, menyentuh paras-paras di atas 99.80.

usdollar-d1-fbs-inc-2.png

Carta 2: Sasaran indeks dolar yang seterusnya ialah 103, kali terakhir dilihat pada 2020.

6edb3875-7710-4c77-948c-55a48f6fa84f.png

Serupa

Berita terkini

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera