Indikator ADX: Cara Menggunakannya Untuk Analisis Trend Forex Yang Berkesan

Baca artikel ini di laman web FBS

Average Directional Index (Indeks Arah Purata), atau ADX, adalah indikator kekuatan trend. Pedagang trend ingin mencari trend yang kukuh dan membuka posisi searahnya dengannya. ADX membantu menilai seberapa kuat suatu trend itu.

Indikator tersebut adalah berdasarkan purata bergerak pengembangan julat harga untuk satu-satu tempoh masa yang ditetapkan.

Pengiraan ADX

ADX dikira dengan mengukur pengembangan julat dalam satu-satu tempoh masa yang ditetapkan. Indeks ini mengambil kira faktor seperti Plus Directional Movement (+DM), yang menunjukkan perbezaan antara dua paras tertinggi berturut-turut, dan Minus Directional Movement (-DM), yang menunjukkan perbezaan antara dua paras terendah berturut-turut.

Selain itu, anda memerlukan True Range (TR) untuk melakukan pengiraan. True Range ialah Paras Tertinggi tolak Paras Terendah semasa. Kemudian anda perlu melicinkan nilai ini: kurangkan hingar dengan menjadikan nombornya lebih sederhana. Anda boleh berbuat demikian dengan menjadikan nombor-nombor tersebut dalam urutan purata.

  1. Kira kedua-dua Directional Indicator (+DI dan -DI):
    • +DI = (+DM Terlicin / TR Terlicin) * 100
    • -DI = (-DM Terlicin / TR Terlicin) * 100
  2. Kira Directional Movement Index (DX):
    • DX = (abs(+DI - -DI) / (+DI + -DI)) * 100
  3. Akhir sekali, kira ADX. ADX ialah purata bergerak bagi DX. Tempoh yang digunakan untuk purata bergerak bergantung pada pilihan pedagang. Ia biasanya 14 tempoh.

Ingat bahawa ADX itu sendiri tidak menunjukkan arah trend, hanya kekuatan trend.

Cara untuk menggunakan Average Directional Index

Anda boleh menambah ADX pada carta dengan mengklik “Insert” – “Indicators” – “Trend” dan kemudian memilih “Average Directional Movement Index.”

Secara lalai, bilangan tempoh ditetapkan sebanyak ‘14’. Anda boleh menukar nombor ini jika anda mahu.

Membaca Indikator ADX

Secara automatik, indikator ini menampilkan tiga garis:

  1. Garisan ADX itu sendiri (garisan coklat tebal). Nilainya antara 0 hingga 100. Garisan ini mencatatkan kekuatan suatu trend tetapi tidak menunjukkan arahnya.
  2. Perbezaan antara dua tahap tertinggi berturut-turut ialah Plus Directional Movement Indicator (+DMI) (garisan hijau).
  3. Minus Directional Movement Indicator (-DMI) (garisan merah) ialah perbezaan antara dua paras terendah berturut-turut.

Garis ADX digunakan untuk menentukan sama ada aset sedang berada dalam trend atau tidak. Trend semasa dianggap kukuh apabila ADX melebihi 25, jadi adalah wajar untuk menggunakan strategi perdagangan trend. Begitu juga sebaliknya, apabila ADX berada di bawah 25, elakkan berdagang dengan trend dan memilih strategi perdagangan julat yang sesuai adalah lebih baik. Pada saat sedemikian, harga memasuki suatu julat.

Perlu disebut di sini bahawa ADX boleh digunakan untuk mengesahkan penembusan julat. Apabila ADX meningkat dari bawah 25 melepasi aras 25, harga tersebut cukup kuat untuk meneruskan momentum dalam arah penembusan. Walau bagaimanapun, kami menasihati anda untuk mencari pengesahan. Biasanya, ujian semula (retest) sudah memadai.

Nilai ADX

Ada banyak lagi gred-gred lain bagi nilai ADX. Anda boleh menyemaknya dalam jadual di bawah:

Nilai ADX

Kekuatan Trend

0-25

Trend Tidak Ada atau Lemah

25-50

Trend Kuat

50-75

Trend Amat Kuat

75-100

Trend Yang Paling Kuat

Secara keseluruhannya, apabila garis ADX mendaki ke atas, kekuatan trend meningkat, dan harga bergerak dalam arah trend. Apabila garisan menurun, kekuatan trend berkurangan, dan harga melalui pembetulan atau pengukuhan. Perhatikan bahawa garisan ADX yang semakin rendah tidak bermakna trend sedang menyongsang. Ia cuma bermakna trend semasa semakin melemah.

Tambahan lagi, jika anda perhatikan jujukan puncak-puncak ADX, anda akan mendapat maklumat tentang momentum trend. Jika terdapat satu siri puncak-puncak ADX yang semakin tinggi, momentum trend sedang meningkat. Ini akan memaklumkan pedagang bahawa beliau boleh membiarkan urusniaga perdagangan trendnya terus aktif dan mengumpulkan lebih banyak keuntungan. Satu siri puncak-puncak ADX yang semakin rendah bermakna momentum trend sedang merosot. Hati-hati; walaupun momentum melemah, trend mungkin masih berlanjutan. Namun, seorang pedagang mestilah lebih peka dan selektif tentang signal entri baharu dalam kes ini. Mungkin ia suatu langkah yang bijak untuk mengecilkan jarak rentian (stops) untuk posisi-posisi sedia ada atau memikirkan tentang ambilan untung secara separa (partial take profits).

Berdagang Dengan Signal ADX

+DMI and -DMI mentakrifkan arah pergerakan. Secara amnya, bulls mengatasi yang lain apabila +DMI lebih besar dari -DMI, sementara bears mempunyai kelebihan apabila -DMI lebih besar. Persilangan +DMI dan -DMI membentuk sebuah sistem perdagangan bila digabungkan bersama ADX.

Signal “Beli” muncul apabila +DMI menyilang -DMI dari bawah ke atas (ADX mestilah di atas 25). Renti Rugi biasanya dipasang pada paras terendah pada hari pembentukan signal. Signal beli kekal terpakai selagi mana paras terendah ini masih bertahan, walaupun +DMI menyilang ke bawah -DMI.

Dan sebaliknya, signal “Beli” muncul apabila -DMI bersilang di atas +DMI (ADX mestilah di atas 25). Paras tertinggi pada hari pembentukan signal menjadi renti rugi pertama.

Menggabungkan ADX dengan Indikator Lain

ADX ialah alat yang serba boleh. Ia boleh digabungkan dengan indikator lain untuk memperelokkan lagi strategi perdagangan:

  • Menggunakannya dengan purata bergerak boleh membantu mengesahkan kekuatan trend menerusi signal yang diberikan oleh persilangan purata bergerak. Jika ADX di atas 25, ia menyokong kesahihan suatu trend yang kukuh, memberi pengesahan selanjutnya untuk signal perdagangan.
  • Ia juga boleh digandingkan dengan Indeks Kekuatan Relatif (RSI). RSI menunjukkan keadaan terlebih beli atau terlebih jual, dan apabila digunakan dengan ADX, ia boleh memberikan gambaran sama ada suatu trend yang kukuh mungkin semakin hampir dengan penyongsangan, memberikan suatu aras yang berpotensi dijadikan calon titik keluar posisi untuk pedagang trend.
  • ADX dan Jalur Bollinger: Jalur Bollinger terdiri daripada jalur tengah, iaitu satu purata bergerak mudah (SMA), dan jalur atas dan bawah, yang merupakan sisihan piawai dari jalur tengah. Ia seperti spread bagi pergerakan harga. Apabila harga menyentuh jalur atas, dan ADX di atas 25, ia boleh menunjukkan trend menaik yang kukuh. Sebaliknya, jika harga menyentuh jalur paras terendah dengan ADX di atas 25, ia boleh mencadangkan trend menurun yang kukuh.
  • ADX dan MACD (Purata Bergerak Tumpuan Capahan): MACD ialah indikator momentum mengikut trend, dan ia sangat baik untuk mengenal pasti momentum harga jangka pendek. Apabila garis MACD menyilang ke sebelah atas garis signal, ia menjana signal bullish, manakala persilangan di bawah garis signal mencadangkan signal bearish. Dengan menggabungkan signal ini dengan bacaan ADX di atas 25, kekuatan trend ini boleh disahkan, dan meningkatkan kebolehpercayaan signal tersebut.

Kesimpulan

Indeks Arah Purata (ADX) ialah alat yang sangat berguna untuk para pedagang trend, dan ia menjadi lebih berkuasa apabila digabungkan dengan analisis aksi harga dan indikator teknikal lain. Sama ada pasaran saham, forex atau komoditi, ADX boleh memberikan pemahaman yang berharga bagi mana-mana pedagang.

Mula berdagang

2023-06-08 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.