Osilator Awesome

Baca artikel ini di laman web FBS

Indikator yang dinamakan sebagai “Awesome Oscillator” tidak akan mengecewakan pedagang. Belajar cara-cara menggunakannya dengan betul!

Awesome Oscillator (AO) adalah satu lagi indikator yang dicipta oleh Bill Williams. Untuk menambahnya ke carta anda di MetaTrader, klik “Insert”, pilih “Indicators”, "Bill Williams" dan kemudian “Awesome Oscillator”.

Kerja utama Osilator Awesome adalah mengukur dinamik momentum. Lebih tepat lagi, ia membandingkan momentum untuk 5 candlestick terakhir dengan momentum 34 candlestick terakhir di rangka masa yang lebih besar. Nilai indikator Osilator Awesome dikira dengan mendapatkan perbezaan di antara purata bergerak bagi kedua-dua rangka masa yang terlibat. Purata Bergerak Ringkas (Sma, Simple Moving Averages) yang digunakan tidak dikira berdasarkan harga penutupan tetapi menggunakan nilai tengah setiap candlestick. 

Oleh kerana parameter indikator ini bersifat spesifik, anda tidak perlu isikan sebarang pilihan tetapan, anda boleh laras skema warna sahaja.

Cara-cara berdagang dengan Osilator Awesome

Osilator Awesome menyediakan beberapa jenis signal dengan membantu meramal penyongsangan dan pembetulan pada harga.

Pertama sekali, indikator ini berayun (fluctuates) di sekitar satu aras sifar. Jika ia meningkat di atas 0, signal adalah bullish. Jika jatuh di bawah 0, signal adalah bearish. 

Yang kedua, jika Osilator Awesome telah membentuk dua puncak (highs) di atas 0 dan lembah di antara keduanya juga berada di atas 0, ia signal bearish. Puncak kedua mestilah lebih rendah (lebih hampir dengan 0) berbanding puncak pertama dan haruslah diikuti oleh bar bearish merah. Begitu juga sebaliknya, jika Osilator Awesome telah membentuk dua lembah di bawah 0, dan puncak di antara mereka juga di bawah 0, ia signal bullish. Lembah kedua mestilah lebih tinggi (lebih hampir dengan 0) berbanding lembah yang pertama, dan haruslah diikuti oleh satu bar bullish hijau.

Signal ketiga dipanggil "piring" ("saucer"). Ia sebuah pola yang dibentuk oleh 3 bar indikator ini. Piring yang bullish terdiri dari bar merah, diikuti oleh sebatang lagi bar merah yang lebih kecil, dan diikuti seterusnya oleh satu bar hijau. Semua bar ini haruslah di atas 0. Piring yang bearish terdiri dari bar hijau, diikuti oleh bar hijau yang lebih kecil, dan seterusnya sebatang bar merah – semuanya haruslah berada di bawah 0.

Pengesahan

Osilator Awesome menghasilkan signal yang banyak. Namun seperti biasa, tidak semuanya boleh diguna. Signal bullish indikator ini bererti harga berkebarangkalian untuk naik tapi kebarangkalian itu bukanlah 100%. Justeru itu kami mencadangkan anda menggunakan perkakas analisis teknikal lain untuk digabungkan dengan Osilator Awesome dan mendesain satu sistem perdagangan yang baik.

Mula berdagang

2022-12-14 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.