Teori Bill Williams

Baca artikel ini di laman web FBS

Bill Williams adalah pedagang Amerika yang terkenal dengan pendekatan beliau berkenaan pasaran yang menggabungkan psikologi berdagang dan teori huru-hara (chaos theory). Williams telah membangunkan beberapa indikator teknikal (Accelerator/Decelerator Oscillator, Alligator, Awesome Oscillator, Fractals, Gator Oscillator, dan Market Facilitation Index). Anda boleh menemui indikator-indikator ini di dalam MetaTrader (klik "Insert", pilih "Indicators" dan kemudian "Bill Williams").

Bill Williams berpendapat analisis fundamental dan teknikal tidak memadai untuk berdagang dengan baik kerana ia tidak membolehkan para pedagang melihat pasaran sebenar yang bergelora, non-linear dan huru-hara.

Menurut Williams, pasaran mempunyai strukturnya sendiri. Untuk berjaya, seseorang pedagang perlu memahami struktur ini. Struktur pasaran mempunyai 5 dimensi:

  • - Fraktal (Fractals)
  • - Momentum
  • - Pecutan dan Nyah Pencutan (Acceleration/Deceleration)
  • - Zon
  • - Garisan Keseimbangan (Balance Line)

Williams mengatakan bahawa adalah perlu untuk memahami semua dimensi pasaran.

Pasaran mempunyai struktur fraktal. Ini bererti ia terbina dari bentuk-bentuk yang boleh dicerakinkan kepada salinan-salinan bentuk ini yang lebih kecil. Sebarang keputusan yang dibuat oleh seseorang pedagang adalah fraktal perilaku (behavioral fractal). Untuk berdagang dengan menguntungkan, seseorang itu perlu mengenal pasti fraktal perilaku ramai pedagang. Ini akan membolehkan pedagang tersebut mengunjurkan arah gerakan pasaran.

Para pedagang harus fikirkan tentang pasaran sebagai sesuatu yang negatif. Williams menakrifkan kehuru-haraan (chaos) sebagai satu aturan di darjah yang lebih tinggi yang ditadbir bukan oleh sebab dan akibat tetapi oleh kerawakan. Pasaran mematuhi hukum "jalan termudah" (path of least resistance) yang ditakrifkan oleh suatu struktur yang tersembunyi, sebagaimana aliran sungai bergantung kepada struktur di dasar sungai. Pedagang harus menerokai dan menemukan struktur pasaran dan berdagang sejajar dengannya.

Tambahan lagi, pedagang perlu mengetahui "struktur dasarnya sendiri", i.e. rutin dan tabiat harian yang menentukan pendekatan perdagangan beliau, tingkah laku, reaksi terhadap sebarang pergerakan di pasaran.

Sasaran seorang pedagang adalah untuk menggabungkan pengetahuan tentang struktur pasaran dengan pemahaman tentang dirinya sendiri. Bill Williams telah menamakan pendekatan beliau “profitunity”. Menurut pendapat beliau, adalah penting untuk seseorang itu berhenti dari meragui diri sendiri dan nikmati sahaja perdagangan beliau. Secara asasnya, Williams mencadangkan agar anda kekal tenang dan maju terus ke hadapan: berdagang, belajar, timba pengalaman, dan buat duit. Bersedialah untuk mengetahui cara-cara menggunakan indikator-indikator yang dibangunkan oleh Bill Williams untuk mengaut keuntungan!

Mula berdagang

2022-03-08 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.