Pola Carta
Pernahkah anda terasa seolah-olah alam cuba untuk berkomunikasi dengan anda dengan menghantar pelbagai petanda amaran? Adakalanya petanda-petanda dari sumber yang tidak diketahui ini membantu anda keluar dari masalah serius atau mengelak kerosakan yang tidak boleh diperbaiki ke atas harta benda anda. Tidak semua orang mempunyai kebolehan untuk merungkai pesanan-pesanan sulit yang sedang disampaikan oleh alam semesta kepadanya. Tidak semestinya ia disebabkan oleh sikap nihilistik dan anti-khurafat, tetapi oleh kerana wujudnya “tembok bahasa” yang menghalang di antara alam semesta dan dirinya. Setelah anda pelajari lingo alam semesta, anda akan lebih bersedia menghadapi perangkap-perangkap yang mungkin menanti di sepanjang perjalanan hidup anda.
Pasaran FX juga ada bahasanya sendiri. Para pedagang yang enggan mempelajarinya akan menderita dan menanggung kerugian kewangan kerana tidak mengenal isyarat-isyarat amaran. Salah satu dari unsur kunci dalam bahasa FX adalah pola carta (chart patterns). Di dalam tutorial berikut, anda akan mempelajarinya dan seterusnya terlindung dari malapetaka pengunduran trend yang tidak dijangka, breakout palsu dan turun naik harga yang melampau.
Pola Carta (Chart Pattern) adalah kombinasi garisan-garisan sokongan dan rintangan yang membantu menentukan sama ada trend akan berterusan atau mengundur. Hasilnya, wujudlah pola pengunduran dan penerusan.
Pola carta pengunduran
Head and Shoulders
Pola Head and Shoulder biasanya terbentuk di penghujung sebuah uptrend. Trend bullish dilihat sebagai satu tempoh di mana puncak lebih tinggi dari puncak sebelumnya dan jurang juga lebih tinggi dari jurang sebelumnya, manakala pola Head and Shoulder menunjukkan trend ini sedang melemah.
Pola ini terdiri daripada "kepala" (puncak kedua yang juga merupakan puncak tertinggi) dan 2 "bahu" (puncak pertama dan ketiga yang lebih rendah) serta satu "garis leher" (satu garisan yang menyambungkan titik terendah 2 jurang dan berfungsi sebagai aras sokongan). Garis leher (neckline) ini boleh jadi ianya melintang (horizontal) atau boleh juga condong (sloping up/down). Signal adalah lebih mantap bila ia condong ke bawah, berbanding jika ia ke atas.
Pola ini sahih bila harga jatuh di bawah garis leher selepas membentuk bahu kedua. Apabila ini sudah berlaku, downtrend seharusnya bermula bagi pasangan matawang itu. Maka, pesanan jual dibuat di bawah garis leher. Untuk menentukan sasaran, ukur jarak di antara titik tertinggi kepala dan garis leher. Jarak ini adalah anggaran seberapa jauh harga akan turun setelah ia membolosi garis leher.
Sila ambil perhatian, harga kerap kembali ke garis leher selepas bolos di peringkat permulaan (pergerakan "throwback"). Bagi kes seperti ini, garisan leher yang sebelum ini bersifat garisan sokongan, kini bertindak sebagai garisan rintangan.
Inverse Head and Shoulders
Pola Inverse Head and Shoulders adalah songsangan pola Head and Shoulders. Ia berlaku di penghujung downtrend dan menandakan perubahan kepada trend bullish.
Double Top
Double Top biasanya terbentuk di penghujung sebuah uptrend. Ia salah satu formasi yang paling lazim. Pola ini terbentuk dari dua puncak yang berturutan dengan ketinggian yang (hampir) sama, dengan satu jurang yang sederhana di antara keduanya. Garis lehernya dilukiskan secara melintang melintasi titik terendah jurang.
Pola ini dikira sahih bila harga menerobos ke bawah garisan leher setelah membentuk bahu kedua. Apabila ini sudah berlaku, downtrend seharusnya bermula bagi pasangan matawang itu. Maka, pesanan jual dibuat di bawah garis leher. Untuk menentukan sasaran, ukur jarak di antara titik puncak dan garis leher. Jarak ini adalah anggaran seberapa jauh harga akan turun setelah ia membolosi garis leher. Setelah penembusan berlaku, garis leher bertindak sebagai rintangan. Pergerakan throwback juga mungkin berlaku di sini.
Double Bottom
Double Bottom adalah songsangan kepada Double Top. Ia terjadi di penghujung sebuah downtrend dan menandakan perubahan kepada bullish.
Pola yang serupa tetapi dengan 3 puncak/jurang dipanggil Tripple Top/Bottom. Kaedah berdagangnya seharusnya sama.
Pola Carta Penerusan
Pola carta penerusan terbentuk apabila trend semasa berhenti sejenak dan pola ini menandakan ia akan diteruskan semula.
Segitiga
Pola Segitiga mudah dikenal pasti. Cara terbaik untuk menggunakannya adalah perdagangan breakout. Berdagang di dalam zon segitiga lebih berisiko dan memerlukan pengalaman.
Ada 3 jenis Pola Segitiga. Segitiga Mendongak (Ascending Triangle) dianggap sebagai pola bullish, Segitiga Menunduk (Descending Triangle) – sebuah pola bullish, sementara Segitiga Simetri (Symmetrical Triangle) – pola neutral.
Bagi kes Segitiga Simetri, kedua-dua bull dan bear tidak menguasai pasaran. Garisan sokongan condong ke atas, dan garisan rintangan condong ke bawah dengan sudut yang sama. Breakout boleh berlaku di mana-mana arah. Yang pasti, ia akhirnya akan terjadi jua. Walhasil, seseorang pedagang boleh meletakkan pesanan di atas puncak yang lebih rendah, dan di bawah jurang yang lebih tinggi. Bila salah satu pesanan tersebut aktif, batalkan yang satu lagi.
Segitiga Mendongak menunjukkan bahawa bulls sedang semakin kuat dan mengasak harga ke atas ke satu aras, sementara bears pula sedang melelah dan terpaksa merelakan harga membentuk jurang yang lebih tinggi. Garis rintangan secara relatifnya rata atau melintang (horizontal) dan garis sokongan pula condong ke atas. Dalam kebanyakan situasi, tetapi tidak setiap kali, harga akan menembuis garisan rintangan. Pasang pesanan masuk di atas garisan rintangan, dan di bawah jurang yang lebih tinggi.
Segitiga Menundukmenunjukkan bears sedang semakln kuat kerana ia berjaya menarik harga ke bawah ke satu aras, sementara bulls sedang melemah dan pasrah harga membentuk puncak-puncak yang lebih rendah. Garisan rintangan condong ke bawah, dan garisan sokongan secara relatifnya rata atau horizontal. Dalam kebanyakan kes, tetapi tidak setiap kalinya, harga akan memecahkan benteng sokongan. Pasang pesanan masuk di bawah garis sokongan dan di atas puncak-puncak yang lebih rendah.
Bendera dan Panji-Panji (Flags and pennants)
Bendera dan Panji-panji adalah pola penerusan jangka pendek, di mana pola-pola ini antara yang paling boleh dipercayai.
Pola-pola ini terbentuk apa bila ada pergerakan tajam harga diikuti oleh satu fasa pengukuhan. Sebuah bendera dibentuk oleh 2 garisan trend yang selari (sokongan dan rintangan) yang kecondongannya melawan trend sebelumnya. Sebuah panji-panji terdiri dari 2 garisan trend yang jaraknya pada mulanya adalah lebar tetapi semakin lama semakin menumpu ke satu titik, dan ia adalah satu Segitiga Simetri untuk jangka masa yang sangat pendek.
Sentiasa dagangkan Bendera dan Panji-panji dalam arah yang sama dengan trend sebelumnya, meletakkan pesanan di atas garisan rintangaan (untuk uptrend) atau di bawah garisan sokongan (untuk downtrend).
Baji (Wedges)
Baji serupa dalam banyak perkara dengan Segitiga. Bezanya Baji mempunyai kecondongan melawan trend sebelumnya.
Sebuah Baji Menaik dibentuk bila harga mengukuh di antara garis sokongan yang condong ke atas dan garisan rintangan. Jika Baji Menaik terbentuk selepas sebuah uptrend, ia biasanya pola pengunduran bearish. Jika ia terbentuk sewaktu downtrend, ia mengisyaratkan penerusan pergerakan bearish.
Baji Menurun terbentuk bila harga mengukuh di antara garis rintangan dan sokongan yang condong ke bawah. Jika Baji Menurun terbentuk selepas sebuah downtrend, ia biasanya pola pengunduran bullish. Jika ia terbentuk sewaktu sebuah uptrend, ia mengisyaratkan penerusan pergerakan menaik.
Segiempat (Rectangles)
Segiempat adalah panggilan untuk satu pola di mana penawaran dan permintaan kelihatan seimbang untuk suatu tempoh masa. Sesuatu pasangan matawang itu bergerak di dalam satu julat yang sempit, mencari sokongan di dasar Segiempat dan mencucuk-cucuk rintangan di atas. Harga akhirnya akan bolos keluar dari perambatan melintang ini. Biasanya breakout akan ke arah atas jika trend sebelumnya adalah bullish, dan ia akan breakout ke bawah jika didahului oleh trend bearish. Bagaimana pun, ada masanya Segitiga boleh menjadi pola pengunduran.
2023-05-25 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Fibonacci Fan
- Perluasan Fibonacci
- Cara Menggunakan Pengunduran Fibonacci
- Pola-pola candlestick penyongsangan
- Pola-pola candlestick penerusan
- Bagaimanakah cara menangani hingar pasaran?
- Cara-cara membuat ujian backtest strategi perdagangan
- Osilator Gator
- Market Facilitation Index
- Osilator Awesome
- Julat (Ranges)
- Alligator
- Teori Bill Williams
- Fraktal
- Menyngkap indikator Gann
- Bagaimanakah caranya membina strategi perdagangan anda sendiri?
- Pola-pola Candlestick
- Perdagangan Trend
- Perdagangan Bawa Ke Hadapan (Carry Trade)
- Perdagangan Swing
- Perdagangan Posisi (Position Trading)
- Perdagangan Harian (Day Trading)
- Scalping
- Apakah itu perkakas Fibonacci?
- Psikologi
- Cara mengenal pasti penyongsangan pasaran
- Candlestick Jepun
- Trend