Pola-pola candlestick penerusan

Baca artikel ini di laman web FBS

Di bawah, anda boleh temui gambarajah dan penjelasan bagi pola-pola candlestick penerusan yang paling lazim.

Penerusan suatu uptrend

Upside Tasuki Gap. Candle bullish terbentuk selepas senggang ke atas (gap up) dari candlestick putih sebelumnya. Candlestick berikutnya buka lebih rendah dan tutup lebih rendah dari candlestick yang sebelumnya. 

Jika senggang ini tidak ditutup, bulls telah mengekalkan penguasaan dan kita mungkin boleh membuat pesanan beli atau membesarkan posisi long yang sedia ada. Jika senggang ini ditutup, momentum bullish telah berakhir.

Upside Gap Three Method. Pola ini sangat serupa dengan Upside Tasuki Gap. Pola ini terbentuk di pasaran yang sedang trending dengan kuat. Ketika dalam suatu uptrend, ada senggang terbentuk antara 2 candlestick bullish.

Hari terakhir buka dalam julat tubuh candlestick bullish tertinggi dan tutup di dalam julat tubuh candlestick bullish terendah, menutup senggang (gap) di antara dua candlestick.

Rising Three Methods. Selepas candlestick putih yang panjang, ada sejujuk candlestick bearish yang kecil. Jumlah yang optimum bagi candlestick pengunduran (pullback candles) adalah 3, walaupun 2, 4, atau 5 candlestick pembetulan (correction candles) juga boleh dicerap. Adalah penting untuk candlestick bearish ini tidak tutup lebih bawah daripada harga pembukaan bagi candlestick bullish pertama yang besar itu. 

Bayang mereka juga tidak harus melepasi ke bawah harga pembukaan candlestick bullish. Harga buka candlestick terakhir formasi ini harus di dalam julat tubuh candlestick pengunduran bearish sebelumnya dan tutup di atas candlestick bullish besar yang pertama. Jika anda sudah biasa dengan pola carta, anda akan sedar bahawa pola ini tampak sangat mirip dengan bendera bullish (bullish flag). Logik di sebalik dua pola ini sama: pasaran membuat pembetulan harga ke bawah selepas kemaraan yang kuat, tetapi kemudiannya pembeli bersedia untuk terus menolak harga lebih tinggi kembali.

Mat Hold. Selepas candlestick bullish yang besar, ada senggang ke atas (gap up) yang diikuti dengan sejujuk candle bearish yang kecil. Candlestick yang kedua atau ketiga masuk ke dalam julat tubuh candlestick bullish yang besar tadi. Candlestick terakhir pola ini membentuk senggang ke atas dan ia meneruskan pergerakan ke atas untuk tutup di atas dari julat harga mana-mana candlestick yang mendahuluinya tadi. Ini petunjuk yang baik untuk menambah posisi bullish. 

Sewaktu tempoh pembetulan, tidak seperti “Rising Three Methods”, harga kekal dekat dengan bahagian atas julat candlestick bullish pertama. Pola candlestick “Mat Hold” adalah pola penerusan yang lebih kuat dari “Rising Three Methods”.

Three Line Strike. Selepas 3 candlestick bullish yang kuat dan tutup semakin tinggi dari yang sebelumnya (progressively higher) dan menandakan uptrend akan berterusan (apa yang dipanggil “3 White Soldiers”) ada candlestick “strike” yang besar yang mana ia dibuka lebih tinggi tetapi kemudiannya mengundur (pulls back) untuk tutup di bawah dari harga pembukaan candlestick bullish pertama. 

Pastikan bahawa saiz 3 candlestick pertama sekurang-kurangnya saiz purata. Jika mereka itu kecil-kecil atau doji, pola ini tidak boleh diandalkan. Secara keseluruhannya, pola “Three Line Strike” bermaksud candlestick strike adalah pembetulan sementara dan selepas itu trend akan menyambung arah pergerakan 3 candlestick pertama.

Pola “Three line strike” bearish adalah imej cermin versi bullish. Ia terdiri daripada tiga candlestick bearish yang kuat, dan candlestick tersebut yang kemudian tutup semakin rendah berbanding yang sebelumnya (closes progressively lower), dan diikuti oleh satu candlestick “strike” bullish. Candlestick strike harus dibuka lebih rendah dari harga penutupan dari harga penutupan candlestick ketiga dan tutup di atas dari harga buka candlestick pertama.

Separating Lines. Pola ini harus berlaku sewaktu suatu uptrend. Ia terdiri daripada satu candlestick bearish yang panjang, diikuti oleh satu candlestick bullish yang panjang yang dibuka pada aras yang sama dengan pembukaan candlestick bearish (ada senggang di situ yang dapat dilihat di rangkamasa yang lebih kecil). Candlestick bullish mestilah tidak mempunyai sumbu/bayang bawah. Walaupun mereka berkongsi harga pembukaan yang sama, kedua-dua candlestick ini terpisah kerana mereka bergerak dalam arah yang berlainan. 

 

Pola ini bermakna walaupun para penjual mampu mengawal pasaran, ia hanya untuk tempoh yang pendek dan kemudian para pembeli menjadi lebih kuat dari sebelumnya. Lebih panjang candlestick pada pola “Separating lines” bullish, lebih tinggi keandalan pola ini. Namun, adalah lebih selamat untuk sentiasa menunggu pengesahan dalam bentuk satu lagi candlestick bullish selepas pola ini. 

Penerusan suatu downtrend

Downside Tasuki Gap. Cari senggang ke bawah di antara dua candlestick bearish. Candlestick berikutnya harus buka lebih tinggi dan tutup lebih tinggi dari yang sebelumnya.

Jika senggang ini tidak ditutup, bears dapat mengekalkan kawalan. Ini bermakna ia masa yang baik untuk membuka atau membesarkan posisi short. Jika senggang ini ditutup, maka momentum bearish telah berakhir. 

On Neck. Candlestick bearish pertama buka dengan senggang ke bawah dan mempunyai tubuh yang panjang. Candlestick kedua bullish dan mencapai hanya harga terendah hari sebelumnya, bukan harga penutupannya.

Pola ini bererti walaupun bulls cuba untuk merampas penguasaan, mereka gagal untuk menolak harga cukup tinggi, jadi downtrend berterusan selepas pembetulan bullish (bullish correction) yang singkat.

In Neck. Pola ini serupa dengan pola "On Neck" kecuali ia tutup di harga penutupan atau hanya sedikit di atas harga penutupan hari sebelumnya. Pola "In Neck" menandakan bahawa ada sedikit pembelian ke atas penawaran short (short covering), tetapi trend tidak berubah dan kekal bearish. 

Thrusting. Pola ini tampak seperti pola “On neck” dan “In neck”, kecuali candlestick bullish ditutup hampir, tetapi sedikit di bawah pertengahan tubuh hitam candlestick sebelumnya.

Falling Three Method. Selepas suatu candlestick bearish yang panjang, ada sejujuk 2-5 candlestick bullish yang kecil. Penting untuk dipastikan bahawa semua candlestick bullish ini tidak tutup di atas dari harga pembukaan candlestick bearish yang besar. Bayang mereka juga tidak boleh lebih dari harga pembukaan candlestick bearish. Candlestick terakhir formasi ini mesti buka di dalam julat tubuh candelstick bullish yang terakhir dan tutup di bawah harga penutupan candlestick bearish besar yang pertama.

Mula berdagang

2023-05-08 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.