Pasangan Matawang Dalam Perdagangan Forex
Mari kita mulakan dengan asas: Forex, atau FX, adalah pasaran pertukaran asing, di mana anda berjual-beli matawang.
Setiap matawang biasanya diringkaskan menjadi singkatan yang mengandungi tiga huruf. Secara amnya, ini bagi membantu pedagang untuk mengenali matawang ini tanpa menghafal namanya, dua huruf pertama mewakili nama negara, dan yang ketiga ialah nama matawang. Sebagai contoh, USD bermaksud dolar Amerika Syarikat, GBP adalah pound Great Britain, dsb.
Ketika anda mula-mula belajar mengenai perdagangan Forex, anda akan melihat bahawa matawang didagangkan secara berpasangan: EURUSD, AUDCHF, NZDJPY, dsb. Semasa membuat pesanan untuk Forex, anda membeli matawang yang pertama (asas) dan menjual matawang kedua (sebutharga). Sebagai contoh, jika anda memilih pasangan EURUSD untuk dibeli, ini bermaksud anda membeli euro dan menjual dolar.
Apakah itu matawang asas dan matawang sebutharga?
Matawang asas dan matawang sebutharga adalah komponen-komponen pada pasangan matawang FX – tidak lebih daripada itu! Pasangan matawang Forex mempunyai struktur yang sangat ringkas: yang pertama adalah matawang asas, dan yang kedua adalah matawang sebutharga, juga dikenali sebagai matawang lawan. Harga yang anda lihat di pasaran adalah nilai matawang asas Forex semasa berbanding dengan nilai matawang sebutharga. Contohnya, jika kadar EURUSD di sekitar 1.22, nilai satu euro bersamaan dengan ~1.22 dolar AS ($1 dan 22¢).
Dalam mana-mana pasangan, satu matawang akan lebih kuat berbanding matawang yang satu lagi. Walau bagaimanapun, kekuatan matawang adalah tidak tetap dan boleh berubah atas sebab-sebab tertentu, perubahan biasanya berlaku disebabkan oleh peristiwa kewangan penting di rantau tersebut. Inilah sebabnya mengapa membandingkan matawang dan menilainya secara relatif antara satu sama lain adalah munasabah.
Jenis-jenis pasangan: major, silang, dan eksotik
Pasangan matawang major
Pasangan Forex yang paling popular, juga dikenali sebagai major atau pasangan matawang major, yang membentuk sebahagian besar daripada volum perdagangan di pasaran:
Seperti yang anda boleh lihat, semua pasangan matawang major Forex mengandungi USD dan satu matawang lain yang popular. Secara total, pasangan major membentuk sekitar 75% dari semua urusniaga – dan itulah sebabnya mengapa ia dinamakan major. Major adalah matawang yang paling banyak didagangkan lantaran kecairannya yang tinggi dan kemeruapannya yang sederhana. Hasilnya, spread pada pasangan matawang major perdagangan forex adalah lebih rendah berbanding pada pasangan silang atau eksotik, menjadikannya pasangan matawang perdagangan yang terbaik.
Pasangan matawang silang
Pasangan matawang popular yang terdiri daripada matawang major selain daripada dolar AS biasanya dipanggil pasangan silang atau "cross pairs". Walau bagaimanapun, pasangan ini masih mengandungi beberapa matawang yang paling banyak didagangkan, seperti EUR, GBP, AUD, CAD, NZD, CHF dan JPY:
- AUDCAD
- AUDCHF
- AUDJPY
- AUDNZD
- CADCHF
- CADJPY
- CHFJPY
- EURAUD
- EURCAD
- EURCHF
- EURGBP
- EURJPY
- EURNZD
- GBPAUD
- GBPCAD
- GBPCHF
- GBPJPY
- GBPNZD
- NZDCAD
- NZDCHF
- NZDJPY
Semasa berdagang matawang ini, ia akan ditukarkan ke dolar Amerika yang bermaksud pedagang sebenarnya membuat dua transaksi dan boleh menghadapi kerugian. Biar pun USD masih lagi sangat popular di pasaran, kepopularan perdagangan Forex menjadikan perdagangan pasangan silang lebih lazim dan lebih memudahkan.
Pasangan matawang eksotik
Satu lagi kategori pasangan matawang FX adalah pasangan eksotik. Secara umumnya, satu matawang yang digunakan di sini adalah yang popular seperti USD, dan yang satu lagi – matawang yang agak langka (jarang-jarang didagangkan), biasanya matawang ekonomi yang sedang membangun atau sedang berkembang. FBS menawarkan 10 pasangan matawang eksotik untuk didagangkan:
Kepentingan jenis pasangan matawang
Kategori-kategori ini biasanya menggambarkan kecairan dan kemeruapan harga suatu pasangan matawang.
Kecairan dan kemeruapan adalah dua faktor utama yang dipengaruhi oleh jenis pasangan matawang.
- Kecairan menunjukkan seberapa tinggi minat para pedagang lain terhadap suatu pasangan. Pasangan yang lebih popular (cth., pasangan major) mempunyai kecairan yang lebih tinggi. Hasilnya, anda boleh membeli dan menjual EURUSD dalam kuantiti yang besar dengan mudah tanpa risiko gelinciran (slippage).
- Kemeruapan adalah julat harga dalam satu jangka waktu tertentu (hari, minggu, bulan, dll.), dan ia menunjukkan tahap kestabilan harga suatu matawang. Ia bergantung pada jumlah pesanan untuk matawang berkenaan di pasaran, kesejahteraan ekonomi di rantau yang terlibat, dan peristiwa makroekonomi yang tertentu.
Matawang yang berkecairan lebih rendah mempunyai kemeruapan yang lebih tinggi , dan begitu juga sebaliknya. Biasanya, semakin rendah populariti pasangan matawang tersebut, semakin tinggi kemeruapannya. Kemeruapan yang tinggi boleh mendatangkan risiko kepada para pedagang, walaupun ia cenderung membawakan keuntungan yang lebih besar: semuanya bergantung pada gaya perdagangan anda dan strategi yang anda gunakan.
Untuk menjadi pedagang yang lebih baik, anda harus sentiasa sedar akan aspek-aspek ini.
Kesimpulan
Pedagang perlu membuat analisis tentang tingkah laku pasangan matawang major dan jenis matawang lain (silang, eksotik). Ini boleh membantu pedagang untuk memahami matawang yang manakah yang akan menjadi yang terkuat dan yang mana akan menjadi yang terlemah dalam suatu jangka masa. Berdasarkan maklumat ini, pedagang boleh membangunkan strategi perdagangan dengan betul.
Tambahan lagi, oleh kerana matawang major kurang meruap dan mempunyai kecairan yang lebih tinggi, matawang ini lebih sesuai untuk pedagang harian dan scalper. Sebaliknya, matawang silang dan eksotik sangat ideal untuk pedagang swing lantaran kemeruapannya yang tinggi.
Mula berdagang2023-11-06 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Bagaimana Cara Untuk Mula Trade Forex?
- Cara Membuat Duit Dengan Forex
- Kalendar Ekonomi: Cara Membaca dan Menggunakannya
- Bagaimana cara membuka dan menutup pesanan dalam MetaTrader?
- Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Mula Berdagang Forex
- Akaun Demo Forex
- Saiz posisi tahap risiko
- Leveraj Dan Margin: Bagaimana Anda Boleh Manfaatkannya Dalam Perdagangan Forex?
- Apakah Itu Rollover Dan Swap Serta Bagaimana Cara Menggunakannya Bila Berdagang?
- Jenis-Jenis Pesanan Perdagangan: Pasaran, Limit, Stop, Trailing Stop, Stop-Limit
- Bilakah Waktu Operasi Pasaran Forex?
- Spread Bid-Ask
- Mengira keuntungan
- Apakah itu Lot, Poin, dan Leveraj
- Bagaimana cara berdagang?
- Apakah Perisian Yang Anda Perlukan Untuk Berdagang?
- Kelebihan dan Risiko Berdagang Forex
- Apakah itu Perdagangan Forex?