Akaun Demo Forex

Baca artikel ini di laman web FBS

Cara terbaik untuk belajar perkara baru adalah dalam persekitaran yang selamat. Ini juga benar untuk belajar cara berdagang. Kebanyakan broker menawarkan akaun demo, yang membolehkan anda menguji pasaran Forex tanpa wang sama sekali. Mari kita bincangkan semua peluang yang boleh kita dapat bila menggunakan akaun demo.

Apa itu akaun demo Forex?

Akaun demo Forex adalah akaun perdagangan maya di mana anda boleh berdagang dengan dana maya. Ia tersambung ke platform perdagangan nyata (live) jadi ia masih menerima data pasaran sebenar dalam masa nyata. Kebanyakan broker Forex menawarkan akaun demo semasa pendaftaran.

Menggunakan akaun demo bermakna anda boleh menguji ciri-ciri yang ada tanpa mempertaruhkan wang sebenar. Bila anda sudah biasa dengan keperluan asas dan berasa anda boleh menggunakan akaun demo dengan yakin di MT4 atau MT5, anda sudah bersedia untuk beralih ke perdagangan dengan wang sebenar.

Bagaimana cara membuka akaun perdagangan demo?

Membuka akaun demo adalah satu proses yang mudah. Akaun demo adalah percuma untuk dibuka dan sedia untuk digunakan dengan cepat.

  • Kebanyakan broker akan meminta anda memberikan maklumat asas, termasuk nama penuh, tarikh lahir dan alamat emel anda. Di FBS.com anda perlu mengesahkan emel, dan, selepas itu, anda akan menerima kata laluan. Anda boleh mengubahnya pada bila-bila masa.

  • Selepas emel anda disahkan, anda boleh memilih jenis akaun dan di platform mana anda akan berdagang. Anda tidak boleh menggunakan platform yang berbeza dengan satu akaun demo.

Akhirnya, pendaftaran selesai! Simpan maklumat yang ditunjukkan. Apabila akaun anda sudah dicipta, anda sudah bersedia untuk berdagang!

Buka akaun Demo FBS

Jika anda ingin mencuba FBS Trader, anda boleh membuka akaun demo secara terus di dalam aplikasi. Oleh itu, menggunakan akaun demo membolehkan anda benar-benar berdagang di pasaran Forex tanpa membuat deposit sebenar.

Mengapa pedagang baru perlu mencuba akaun demo Forex?

Pedagang pemula boleh menggunakan akaun demo untuk bereksperimen dengan berdagang di pelbagai pasaran, berdagang pada masa yang berbeza setiap hari dan mencari strategi perdagangan yang berkesan.

Menggunakan akaun demo tidak membolehkan anda berdagang dengan wang sebenar. Walau bagaimanapun, ia mengemulasi pengalaman perdagangan Forex, membolehkan anda belajar cara menggunakan ciri-ciri dan fungsi platform.

Anda akan diperuntukkan sejumlah besar wang maya untuk berdagang. Sebagai pedagang pemula, anda harus menyasarkan untuk membuat sekurang-kurangnya 50 urusniaga demo sebelum berdagang dengan wang sebenar.

Mengulang proses ini beberapa kali memastikan bahawa anda tahu bagaimana untuk membuka dan menutup perdagangan dengan cepat, membolehkan anda menjadi mahir dalam membuat pesanan.

Pada gambar-gambar di bawah, anda boleh melihat antara muka di dalam FBS Trader. Anda boleh memilih aset untuk didagangkan daripada senarai. Selepas mengklik pada aset di bawah, akan ada dua butang: Buy dan Sell. Apabila anda sudah selesaikan analisis anda, buka pesanan dengan sewajarnya. Sebelum pembukaan urusniaga perdagangan, anda boleh menetapkan Renti Rugi dan Ambilan Untung yang lebih disukai. Menutup pesanan juga sangat mudah. Klik «Orders», kemudian sejurus selepas pesanan anda dibuka anda akan melihat satu simbol silang. Klik di atasnya, dan urusniaga perdagangan anda tamat! Tahniah!

Bagaimana untuk meraih manfaat dengan akaun demo?

Jika anda boleh mematuhi beberapa peraturan, akaun demo boleh menjadi alat yang benar-benar berguna untuk berlatih.

Pilih amaun wang yang sama dengan yang anda akan depositkan ke akaun sebenar. Cuba bayangkan bahawa wang yang anda ada pada akaun demo adalah nyata (sebenar) dan keuntungan dan kerugian juga nyata. Ingat bahawa jika anda gagal mendapatkan keuntungan di akaun demo, anda tidak akan dapat melakukannya di akaun sebenar, jadi cuba belajar perdagangan Forex dan berevolusi semasa menggunakan akaun demo.

Pengenalan kepada Platform Perdagangan

Setiap platform perdagangan sedikit berbeza jadi pedagang yang paling berpengalaman pun boleh mendapat manfaat daripada menggunakan akaun demo sebelum berdagang wang sebenar di platform pilihan mereka. Sebagai contoh, mereka mungkin mahu menggunakan akaun demo untuk menguji strategi atau memasuki pasaran baru.

Memperbaiki Faktor Psikologi

Ramai pedagang mendapati sukar untuk mengawal emosi mereka apabila mereka untung atau rugi dalam perdagangan. Matlamat utama anda adalah untuk menguruskan tindak balas emosi anda dengan cara yang menggalakkan keberuntungan. Keupayaan untuk menangani reaksi psikologi semula jadi, seperti berharap, takut, atau tamak, dapat membezakan pedagang yang berjaya dengan pedagang yang gagal.

Pengujian strategi perdagangan

Cara yang terbaik untuk belajar cara berdagang adalah dengan menguji strategi perdagangan yang telah wujud dan akaun demo adalah yang terbaik untuk itu. Anda boleh cuba berdagang dengan pelbagai strategi sehingga anda menemui strategi yang sesuai untuk anda.

Cipta pelan perdagangan

Terdapat banyak strategi perdagangan Forex yang berbeza untuk dipilih. Sesetengahnya sesuai untuk pemula manakala yang lain lebih sesuai untuk pedagang berpengalaman. Keutamaan anda adalah untuk memilih strategi yang sesuai dengan gaya perdagangan individu anda dan membolehkan anda menyesuaikan aktiviti perdagangan anda dengan gaya hidup anda.

Adakan jurnal perdagangan

Hanya sekadar berdagang tidak cukup untuk pembelajaran yang berkesan. Apabila anda menggunakan akaun demo, kami mengesyorkan agar anda mengadakan jurnal perdagangan dan menganalisis pesanan selepas anda selesai berdagang. Pendekatan ini membantu anda untuk mengesan semua kesilapan dan mencipta strategi yang sesuai untuk anda.

Berdagang seolah-olah ia sebenar

Akaun demo membolehkan anda belajar tentang mekanisme perdagangan Forex dan menguji kemahiran dan proses perdagangan anda dengan SIFAR risiko. Jika anda baru dalam perdagangan atau perdagangan matawang, adalah idea yang baik untuk mengetahui sama ada anda menyukai perdagangan Forex sebelum membuat sebarang komitmen kewangan. Perdagangan forex sangat sengit dan memerlukan komitmen dan masa. Selepas mengetahui lebih lanjut mengenai perdagangan Forex dan berlatih di akaun demo, anda mungkin memutuskan bahawa ia tidak sesuai dengan personaliti anda atau gaya hidup anda.

Pro dan kontra perdagangan demo

Akaun demo memberikan anda cara yang sempurna untuk melatih kemahiran perdagangan anda tanpa membazirkan wang sebenar. Ia mungkin kedengaran mengasyikkan, tapi ada beberapa kelemahan untuk dipertimbangkan.

Pertama, akaun demo menawarkan jumlah wang yang lebih besar daripada yang akan digunakan oleh pedagang semasa perdagangan sebenar, kerana pedagang boleh memilih sebarang jumlah wang untuk berlatih. Walau bagaimanapun, orang sering memilih lebih daripada yang mereka benar-benar akan dagangkan dalam kehidupan sebenar. Mereka mengambil wang tambahan untuk mengimbangi kesilapan mereka, tetapi di akaun sebenar (live accounts), pedagang tidak akan mempunyai begitu banyak wang untuk kesilapan-kesilapan mereka. Selain itu, dengan modal yang besar, seorang pedagang tidak akan dapat memahami kerugian sebenar kerana mereka boleh menampungnya semula dengan lebih mudah dengan modal yang besar.

Kedua, perdagangan akaun demo tidak melibatkan emosi sebenar. Tiada rasa takut apabila anda tidak akan rugi apa-apa. Ketakutan mempengaruhi tingkah laku pedagang dan tidak ramai pedagang boleh mengawal emosi mereka. Akibatnya, tidak masuk akal untuk mengasah kemahiran anda apabila anda tidak tahu bagaimana kelakuan anda dalam situasi di mana anda berada di bawah tekanan yang besar.

Kesimpulan

Dengan bantuan akaun demo, anda akan dapat berlatih dengan data sebenar, tetapi tanpa sebarang risiko kerugian wang sebenar. Dengan cara ini anda akan dapat mempelajari semua yang anda perlukan untuk menjadi Profesional Forex dengan lebih cepat. Untuk mencuba akaun ini, pilih Demo setelah mendaftarkan akaun di FBS.

Mula berdagang

2023-08-14 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.