Gartley

Baca artikel ini di laman web FBS

Pola Gartley adalah pola harmonik yang paling awal dikenal pasti. Ia dibangunkan oleh dan dinamakan sempena H.M. Gartley sendiri. Namun, Gartley tidak menyebut tentang nisbah Fibonacci untuk pola ini. Aras-aras Fibonacci ditambah kemudian oleh Scott Carney dan Larry Pesavento.

Pola-pola Gartley termasuklah pola asas ABCD patterm yang didahului oleh high dan low yang signifikan. Jadi, pola Gartley dibentuk oleh 4 swing harga. Pola Gartley yang bullish tampak serupa dengan huruf M, manakala yang bearish berbentuk W. Huruf-huruf untuk menandakan pola Gartley di carta adalah XABCD. Garisan XA haruslah garisan yang terpanjang pada pola ini.

Mari kita kaji pola Gartley bullish (pola yang bearish adalah imej songsang bagi yang bullish).

Semuanya bermula di titik X, yang boleh ditemui di rangkamasa (timeframe) yang lebih besar dan sebahagian dari trend yang lebih besar. Ia adalah low/high yang sangat menonjol dan terserlah kepada sesiapa yang meilhat carta tersebut. Harga kemudiannya membuat swing ke atas dari X ke A dan ia mengundur di titik A. Kaki XA menentukan had skop pola ini, dan kaki-kaki lainnya harus terbentuk di dalam zon di antara dua titik ini.

Pola dengan struktur seperti yang terpapar di gambar boleh dipanggil pola Gartley, jika ia menepati kehendak berikut:

  • Titik B adalah pada pengunduran (retracement) 61.8% XA. Ini adalah syarat paling penting.
  • Titik C boleh berada pada pengunduran 38.2%-88.6% AB.
  • Titik D boleh ditemui pada sambungan (extension) 127.2%-161.8% AB atau pada pengunduran 78.6% XA.

Cara berdagang

Titik D adalah pencetus untuk beli pada pola Gartley bullish. Sila maklum bahawa titik D adalah zon yang berpotensi berlakunya penyongsangan (reversal). Para pedagang akan memerlukan pengesahan penyongsangan sebenar di kawasan ini. Pengesahan ini boleh muncul berupa pola candlestick atau bacaan indikator teknikal.

Ambilan Untung dan Renti Rugi

Berikut adalah pilihan untuk pesanan Ambilan Untung (Take Profit, TP).

TP1: 61.8% CD

TP2: saiz XA yang diunjurkan dari D

Renti Rugi (Stop Loss, SL) boleh dipasang di bawah X untuk Gartley bullish (di atas X untuk Gartley bearish) atau menurut peraturan pengurusan risiko anda.

Sila maklum bahawa di dalam kehidupan sebenar, pola-pola yang anda temui di carta sering tidak menepati nisbah yang disenaraikan di atas secara 100% tepat. Kesannya lebih besar perbezaan antara pola Gartley buku teks dan pola yang anda mahu dagangkan, lebih tinggi risiko ralat yang perlu anda masukkan dalam pertimbangan.

Berikut adalah bagaimana rupa pola Gartley di carta. Titik B berada di sekitar pengunduran 61.8% XA. Titik C berada pada pengunduran 61.8% Ab. Titik D berada pada pengunduran 88.6% XA. Pola ini tidaklah tepat seperti di buku teks, tetapi ia cukup mirip.

Kesimpulan

Pola Gartley yang dikenal pasti dengan betul menawarkan peluang berdagang dengan kadar risiko yang rendah. Gartley, dalam banyak kes, terbentuk berhampiran dengan top/bottom suatu pasaran dan mendahului penyongsangan arah trend. Anda boleh temui dan dagangkan pola-pola Gartley pada semua rangkamasa.

Mula berdagang

2022-05-17 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.