Cara Membuat Duit Dengan Forex
Memandangkan perdagangan dalam talian telah menjadi salah satu cara menjana pendapatan tambahan yang paling popular dan mudah diakses, berjuta-juta orang menceburi pasaran kewangan untuk menjana wang dengan Forex. Bahagian berikut akan menunjukkan kepada anda cara menjana wang dengan perdagangan Forex untuk golongan pemula.
Bolehkah anda menjana wang di Forex? Baca artikel ini untuk mengetahuinya.
Forex: tempat untuk menjana wang
Forex – atau Pertukaran Matawang Asing - adalah pasaran untuk membeli dan menjual matawang dari negara-negara yang berbeza antara satu sama lain. Ia salah satu pasaran kewangan global yang terbesar untuk memperdagangkan pelbagai matawang.
Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari, lima hari seminggu. Ini bermakna bahawa sesiapa sahaja di seluruh dunia boleh mengakses perdagangan matawang – mereka boleh membeli dan menjual matawang pada bila-bila masa pada hari bekerja.
Di pasaran elektronik pada era ini, anda tidak perlu hadir secara fizikal di bursa matawang. Jual-beli matawang sesebuah negara melawan matawang negara lain berlaku dalam talian. Pedagang membuka posisi matawang tertentu menjangkakan harga akan naik atau turun bergantung pada situasi pasaran. Pedagang boleh menghasilkan keuntungan daripada pergerakan harga ini.
Tidak ada cara untuk memperdagangkan matawang secara unilateral. Perdagangan adalah satu proses yang relatif – apabila ada yang membeli, pastilah ada juga yang menjual. Disebabkan perbezaan antara transaksi ini, sesetengah pedagang mendapat manfaat, dan yang lain kerugian wang.
Salah satu aspek yang paling penting dalam pasaran Forex ialah ia beroperasi sebagai satu struktur yang terdesentralisasi (terpencar). Dalam erti kata lain, tiada lokasi fizikal di mana pelabur pergi untuk berdagang matawang.
Peserta pasaran berada di seluruh dunia. Mereka menggunakan Internet untuk menyemak sebut harga bagi pelbagai pasangan matawang berbeza dari lokasi yang berbeza. Pusat-pusat kewangan global terbesar membentuk pasaran Pertukaran Matawang Asing terbesar. London, New York, Singapura, Tokyo, Frankfurt, Hong Kong, dan Sydney adalah bandar-bandar yang menjadi lokasi pusat-pusat ini.
Mereka yang ingin berdagang Forex tidak boleh mula memperdagangkan pasangan matawang sebenar dengan begitu sahaja kerana pasaran-pasaran ini adalah untuk pemain-pemain besar: bank, kerajaan, dan institusi kewangan. Untuk mengakses pasaran matawang, pedagang memilih broker Forex yang menghubungkan mereka dengan aliran antarabangsa.
Cara menjana wang dalam perdagangan matawang Forex
Mari kita lihat dengan lebih dekat cara untuk menjana wang di Forex. Di bawah ini anda akan menemui beberapa contoh menjana keuntungan berkaitan Forex, masing-masing disesuaikan dengan matlamat, kemahiran, pengalaman dan kecenderungan yang berbeza.
Pasangan matawang
Berspekulasi mengenai pergerakan pasangan matawang adalah cara asas untuk menghasilkan wang dalam Forex. Sebagai pedagang Forex, anda boleh membeli pasangan matawang jika anda percaya nilai matawang asas akan meningkat berbanding matawang sebut harga atau menjual pasangan matawang jika anda percaya matawang asas akan susut nilai. Dengan meramalkan pergerakan ini dengan betul, anda boleh meraih keuntungan daripada perubahan harga.
Carry trade
Satu lagi cara yang popular untuk menjana wang dalam Forex adalah melalui carry trade. Ini melibatkan peminjaman matawang yang mempunyai kadar faedah yang rendah dan melabur dalam matawang dengan hasil yang lebih tinggi untuk membuat keuntungan daripada perbezaan kadar faedah. Pedagang boleh membuat keuntungan daripada perbezaan antara kadar faedah dan peningkatan modal.
Membina reputasi
Apabila anda menguasai perdagangan dan belajar untuk membina strategi yang berkesan, anda boleh membangunkan reputasi anda sebagai pedagang yang boleh dipercayai. Anda boleh mempromosikan strategi perdagangan anda, menulis kursus pendidikan, mengoperasikan blog berkaitan Forex atau saluran YouTube, atau menyampaikan webinar.
Perdagangan automatik
Sesetengah pedagang menggunakan sistem perdagangan automatik atau robot untuk melaksanakan perdagangan berdasarkan algoritma dan strategi yang telah ditetapkan. Sistem ini boleh membantu pedagang menjana wang dengan memanfaatkan peluang pasaran pada setiap masa tanpa dipengaruhi emosi atau kesilapan manusia.
Program affiliate
Beroperasi sebagai affiliate atau duta jenama untuk broker Forex adalah contoh yang baik bagaimana anda boleh menjana wang dalam Forex tanpa perlu berdagang. Anda boleh membina kerjaya dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan berkaitan Forex daripada broker pilihan anda. Setiap syarikat broker mempunyai program affiliate untuk sesiapa sahaja yang ingin bekerjasama. Jadi, mungkin inilah yang anda cari jika anda berfikir bahawa perdagangan itu sendiri tidak menepati kecederungan anda.
Tip Pengurusan Risiko
Sekarang anda tahu cara menjana wang di Forex. Walau bagaimanapun, pengurusan risiko adalah penting untuk dipertimbangkan sebelum menceburi pasaran FX. Jadi, apa yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan kerugian dalam perdagangan Forex?
Berikut adalah beberapa tip penting yang boleh digunakan untuk strategi pengurusan risiko yang berkesan:
Menggunakan pesanan renti rugi (stop-loss)
Sentiasa gunakan pesanan renti rugi untuk mengehadkan potensi kerugian pada urusniaga anda. Tetapkan aras renti rugi berdasarkan toleransi risiko dan strategi perdagangan anda untuk melindungi modal anda daripada penyusutan yang ketara.
Pensaizan posisi yang betul
Tentukan saiz posisi yang sesuai untuk setiap perdagangan berdasarkan saiz akaun anda, toleransi risiko, dan aras renti rugi. Elakkan risiko lebih daripada 1-2% daripada modal perdagangan anda pada mana-mana urusniaga untuk mengelakkan kerugian yang besar.
Kepelbagaian portfolio
Elakkan daripada terlalu tertumpu pada satu pasangan matawang atau pasaran tunggal. Mempelbagaikan urusniaga anda merentasi pasangan matawang yang berbeza boleh membantu menyebarkan risiko dan mengurangkan kesan daripada pergerakan pasaran yang tidak diingini terhadap portfolio keseluruhan anda.
Menggunakan leveraj dengan bijak
Walaupun leveraj boleh menggandakan keuntungan, ia juga meningkatkan risiko kerugian dengan ketara. Berhati-hati apabila menggunakan leveraj, dan elakkan daripada menggunakan leveraj secara berlebihan untuk posisi anda. Pertimbangkan untuk menggunakan nisbah leveraj yang lebih rendah untuk meminimumkan dedahan risiko.
Mengawal emosi
Membuat keputusan secara emosi boleh menyebabkan tindakan-tindakan impulsif dan pengurusan risiko yang lemah dalam perdagangan. Kekal berdisiplin, berpegang pada pelan perdagangan anda, dan elakkan daripada membuat keputusan berdasarkan ketakutan, ketamakan, atau emosi.
Memantau berita dan peristiwa pasaran
Dapatkan maklumat terkini mengenai indikator ekonomi, peristiwa geopolitik, dan berita pasaran yang boleh memberi kesan kepada harga matawang. Bersedia untuk menghadapi kemunculan kemeruapan di pasaran dan sesuaikan strategi pengurusan risiko anda dengan sewajarnya.
Pelarasan pengurusan risiko
Nilaikan strategi pengurusan risiko anda secara berterusan dan sesuaikannya mengikut keperluan berdasarkan keadaan pasaran yang berubah-ubah, prestasi perdagangan, dan toleransi risiko. Semak perdagangan anda secara berkala untuk belajar daripada kejayaan dan kegagalan.
Pengurusan wang yang betul
Membangunkan pelan pengurusan wang yang kukuh termasuk menetapkan sasaran keuntungan yang realistik, mengekalkan nisbah risiko berbanding ganjaran yang positif, dan mematuhi peraturan perdagangan anda secara konsisten.
Kesimpulan
Bolehkah anda menjana wang dengan Forex? Jawapan ringkasnya ialah ya, anda boleh. Forex adalah tempat untuk pelbagai peluang kewangan di mana anda boleh memanfaatkan kemahiran trading, pengaturcaraan, atau pengetahuan pemasaran anda. Anda boleh menjana pendapatan dengan berdagang, membangunkan strategi dan menjualnya, pengaturcaraan perisian perdagangan, atau mempromosikan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan pasaran.
Walau bagaimanapun, apabila berdagang sebagai aktiviti yang berisiko, selain daripada mempelajari teknik dan strategi perdagangan, anda mesti menguasai pengurusan risiko untuk mengurangkan potensi kerugian dan berdagang dengan hasil yang terbaik.
Ketahui lebih lanjut tentang Forex dengan FBS. Kami menyediakan kursus pendidikan percuma, tutorial video, webinar, dan artikel untuk memberi anda pemahaman yang mendalam tentang perdagangan FX.
Soalan Lazim
Bolehkah seorang pemula/novis menjana wang dalam forex?
Jawapan kepada “Bolehkah saya menjana wang dengan berdagang Forex sebagai seorang pemula?” adalah ya. Pemula boleh menjana wang dalam perdagangan Forex, tetapi ia memerlukan gabungan pendidikan, amalan, disiplin, dan pengurusan risiko yang berkesan. Dengan mempelajari asas-asas pasaran Forex, berlatih dengan akaun demo, membangunkan pelan perdagangan, bermula dengan modal yang kecil, melaksanakan teknik pengurusan risiko, sentiasa dimaklumkan tentang trend pasaran, dan belajar dari kesilapan, pemula boleh meningkatkan peluang mereka untuk berjaya dalam perdagangan Forex dan berpotensi menjana wang dari masa ke masa.
Bolehkah saya menjana banyak wang daripada perdagangan forex?
Walaupun anda boleh menjana banyak wang daripada perdagangan Forex, adalah penting untuk memahami bahawa ia bukan skim cepat kaya. Kejayaan dalam perdagangan Forex memerlukan pendidikan, latihan, disiplin, dan pengurusan risiko yang berkesan. Turut penting untuk mempunyai jangkaan yang realistik dan bersedia untuk melabur masa dan usaha dalam mempelajari dan meningkatkan kemahiran perdagangan anda. Walaupun sesetengah pedagang mampu mendapat keuntungan yang besar, yang lain mungkin mengalami kerugian.
Apa yang perlu dipelajari oleh pemula dalam Forex?
Setiap pedagang pemula mesti mempelajari alat dan kemahiran untuk memahami cara menjana wang di Forex dan menggunakan pengetahuan ini dengan berkesan. Bidang utama yang perlu dipelajari oleh pemula dalam perdagangan Forex termasuk: asas perdagangan Forex, analisis fundamental, analisis teknikal, pengurusan risiko, strategi perdagangan, dan psikologi perdagangan.
Berapa banyak wang yang saya perlukan untuk memulakan Forex?
Wang yang diperlukan untuk memulakan perdagangan Forex bergantung pada syarat-syarat perdagangan yang ditawarkan oleh broker. Secara tradisinya, perdagangan Forex dianggap agak berpatutan, tetapi adalah lebih baik untuk mencari broker dengan syarat deposit yang paling menarik, seperti deposit minimum $5 atau $10. Satu lagi perkara yang perlu dicari dalam bakal broker anda ialah saiz leveraj, yang boleh membantu anda meningkatkan potensi perdagangan anda di peringkat awal.
Mula berdagang2024-04-09 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Bagaimana Cara Untuk Mula Trade Forex?
- Kalendar Ekonomi: Cara Membaca dan Menggunakannya
- Bagaimana cara membuka dan menutup pesanan dalam MetaTrader?
- Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Mula Berdagang Forex
- Akaun Demo Forex
- Saiz posisi tahap risiko
- Leveraj Dan Margin: Bagaimana Anda Boleh Manfaatkannya Dalam Perdagangan Forex?
- Apakah Itu Rollover Dan Swap Serta Bagaimana Cara Menggunakannya Bila Berdagang?
- Jenis-Jenis Pesanan Perdagangan: Pasaran, Limit, Stop, Trailing Stop, Stop-Limit
- Bilakah Waktu Operasi Pasaran Forex?
- Spread Bid-Ask
- Mengira keuntungan
- Apakah itu Lot, Poin, dan Leveraj
- Bagaimana cara berdagang?
- Pasangan Matawang Dalam Perdagangan Forex
- Apakah Perisian Yang Anda Perlukan Untuk Berdagang?
- Kelebihan dan Risiko Berdagang Forex
- Apakah itu Perdagangan Forex?