Candlestick Jepun
Carta candlestick ialah salah satu dari jenis-jenis carta yang digunakan di pasaran kewangan. Ia muncul di Jepun dua kurun lalu dan sejak dari itu telah menawan hati para pedagang di seluruh dunia. Candlestick Jepun boleh memberitahu banyak perkara tentang kelakuan peserta-peserta pasaran. Carta candlestick itu sendiri berfungsi sebagai alat analisis yang ampuh dan berkuasa.
Struktur sebatang candlestick
Candlestick menunjukkan dinamik harga sewaktu suatu tempoh. Jika anda sedang meilhat pada rangka masa mingguan, setiap sebatang candlestick mewakili perubahan harga bagi tempoh 1 minggu. Jika anda sedang berada di M5, setiap candlestick mewakili aksi harga selama 5 minit.
Candlestick terdiri dari satu tubuh (kawasan di antara harga pembukaan dan penutupan) serta satu bayang atas dan satu bayang bawah (garisan vertikal di atas dan bawah tubuh "sebenar") yang juga dipanggil sebagai "sumbu" dan "ekor". Sumbu-sumbu menunjukkan harga tertinggi dan terendah sepanjang tempoh hayat suatu candlestick.
Jika harga meningkat pada tempoh berkenaan, candlestick biasanya berwarna putih atau hijau. Dalam kes ini, harga pembukaan adalah di bahagian bawah tubuh dan harga penutupan berada di atas.
Jika harga jatuh pada tempoh berkenaan, candlestick biasanya berwarna hitam atau merah. Dalam kes ini, harga pembukaan berada di atas tubuh, dan harga penutupan di bawah.
Jenis-jenis candlestick
Pada gambarajah di atas, anda boleh lihat beberapa candlestick biasa. Namun bentuk dan saiz candlestick boleh berbeza dengan amat ketara dan ia memberitahu kita banyak perkara tentang aksi harga.
Sebagai contoh, lebih panjang tubuh candlestick, lebih kuat trend yang sedang berlangsung. Candlestick yang pendek-pendek, sebaliknya, menandakan pergerakan harga yang sedikit dan memberitahu pengukuhan sedang berlaku.
Candlestick yang mempunyai tubuh yang sangat kecil (harga pembukaan dan penutupan hampir sama) dipanggil "doji". Secara amnya, ia petanda ketidaktentuan pasaran kerana kedua-dua bulls dan bears tidak berjaya membuat harga tutup di kawasan masing-masing. Bila bersendirian, doji dianggap neutral. Bagaimana pun, jika doji terbentuk selepas suatu siri candle bullish dengan tubuh yang panjang, ia menandakan pembeli sudah kepenatan dan lemah dan harga mungkin akan berputar ke bawah. Jika doji terbentuk selepas suatu siri kandil bearish yang tubuhnya panjang-panjang, ini bermakna penjual-penjual sudah kepenantan dan harga mungkin akan berputar ke atas.
Berikut adalah contoh candlestick doji yang menjurus kepada penyongsangan bearish:
Ada beberapa jenis doji.
Doji berkaki panjang mempunyai bayang atas dan bawah yang hampir sama panjang dan mencerminkan betapa kuatnya keraguan mengenai harga di pasaran. Dragonfly Doji (Doji Pepatung) ialah pola penyongsangan bullish yang signifikan yang biasanya terjadi di penghujung downtrend. Gravestone Doji (Doji Batu Nisan) adalah pola penyongsangan bearish yang signifikan yang biasanya muncul di puncak uptrend. Four Price Doji (Doji Empat Harga) sangat jarang berlaku dan menyatakan bahawa para pedagang benar-benar tidak pasti tentang arah gerakan pasaran.Candlestick dengan bayang yang pendek-pendek menandakan kebanyakan aksi perdagangan terkekang di antara harga pembukaan dan penutupan. Candlestick yang bayangnya panjang-panjang menunjukkan bahawa harga jauh mengatasi harga pembukaan dan penutupan.Candlestick yang mempunyai bayang atas yang panjang dan bayang bawah yang pendek menandakan para pembeli mendominasi sesi, tetapi di penghujung tempoh para penjual berjaya menarik harga ke bawah dari aras-aras tinggi.
Candlestick dengan bayang bawah yang panjang dan bayang atas yang pendek menandakan bahawa para penjual mendominasi sesi, tetapi di penghujung tempoh golongan pembeli berjaya mengangkat harga lebih tinggi.Candlestick yang mempunyai bayang yang panjang di atas dan bawah dan tubuh yang kecil dipanggil “Spinning Tops” (Gasing Berpusing). Spinning Tops adalah tanda betapa pasaran tidak dapat membuat keputusan: kedua-dua bulls dan bears aktif, tetapi tiada di antara mereka yang dapat mempertahankan penguasaan. Selepas kemaraan yang panjang atau candlestick bullish yang panjang, Spinning Top menandakan kelemahan di pihak bulls dan ada potensi perubahan atau gangguan pada trend. Selepas penurunan yang berterusan lama atau candlestick bearish yang panjang, spinning top menandakan kelemahan di kalangan bears dan ada potensi perubahan atau gangguan kepada trend.
Candlestik tanpa bayang atas dan bawah dipanggil “Marubozu”. Marubozu bullish terbentuk bila harga pembukaan sama dengna harga minimum, dan harga penutupan sama dengan harga maksimum dan ini menunjukkan bahawa para pembeli mengawal aksi harga sewaktu sepanjang tempoh. Bearish Marubozu terbentuk bila harga pembukaan sama dengan harga maksimum dan harga penutupan sama dengan harga minimum dan ini menunjukkan aksi harga dikawal oleh penjual.
Walaupun candlestick secara tunggal agak informatif, kombinasi beberapa candlestick yang dipangil sebagai pola candlestick boleh memberikan lebih banyak wawasan tentang pasaran. Anda boleh pelajari lebih lanjut tentang pola candlestick di artikel seterusnya.
Mula berdagang2022-04-14 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Fibonacci Fan
- Perluasan Fibonacci
- Cara Menggunakan Pengunduran Fibonacci
- Pola-pola candlestick penyongsangan
- Pola-pola candlestick penerusan
- Bagaimanakah cara menangani hingar pasaran?
- Cara-cara membuat ujian backtest strategi perdagangan
- Osilator Gator
- Market Facilitation Index
- Osilator Awesome
- Julat (Ranges)
- Alligator
- Teori Bill Williams
- Fraktal
- Pola Carta
- Menyngkap indikator Gann
- Bagaimanakah caranya membina strategi perdagangan anda sendiri?
- Pola-pola Candlestick
- Perdagangan Trend
- Perdagangan Bawa Ke Hadapan (Carry Trade)
- Perdagangan Swing
- Perdagangan Posisi (Position Trading)
- Perdagangan Harian (Day Trading)
- Scalping
- Apakah itu perkakas Fibonacci?
- Psikologi
- Cara mengenal pasti penyongsangan pasaran
- Trend