Pola Leading Diagonal

Baca artikel ini di laman web FBS

Seperti yang kita sudah maklum, gelombang ke-empat untuk mana-mana impuls tidak boleh bertindih dengan titik penghujung gelombang pertama. Namun, adakalanya pertindihan berlaku bila kita menjangkakan gelombang impuls. Ini tidak bermakna kita harus teurs mengira suatu impuls dengan pertindihan antara gelombang satu dan empat hanya kerana ada pola gelombang Elliott yang cocok dengan situasi ini.

Diagonals (Pepenjuru)

Jika anda menjangkakan gelombang satu atau lima akan terbentuk sebagai impuls, tetapi anda lihat di carta satu pergerakan harga 5 gelombang dengan pertindihan antara gelombang satu dan empat, dalam kebanyakan kes akan ada waktu di mana terdapat leading diagonal atau ending diagonal. Apakah perbezaan antara dua pola ini?

Itu mudah sahaja. Leading diagonal boleh terbentuk pada gelombang 1 suatu impuls atau gelombang A suatu zigzag. Dalam ayat yang lebih mudah, leading diagonal adalah permulaan suatu impuls atau zigzag.

Pada masa yang sama, ending diagonal boleh terbentuk pada gelombang 5 atau C. Di dalam artikel ini ktia akan mengkaji lebih banyak tentang leading diagonal.

Peraturan utama untuk leading diagonal

 - Pola ini boleh dipecahkan kepada 5 gelombang.

- Gelombang 2 tidak pernah berakhir melepasi dari titik permulaan gelombang 1.

- Gelombang 3 sentiasa menembusi titik pengakhiran gelombang 1.

- Gelombang 4 biasanya menembusi dan melepasi titik pengakhiran gelombang 1.

- Gelombang 5 dalam kebanyakan kes, menembusi titik pengakhiran gelombang 3.

- Gelombang 3 tidak boleh jadi yang terpendek.

- Gelombang 2 tidak boleh jadi segitiga atau struktur "triple three".

- Gelombang 1, 3 dan 5 boleh terbentuk seperti impuls atau zigzag.

Struktur gelombang motif

Seperti yang anda dapat lihat dari peraturan di atas, gelombang motif suatu leading diagonal boleh berbentuk impuls atau zigzag. Zigzag adalah lebih lazim, tetapi impuls boleh muncul di gelombang 1, 3 dan 5. Dalam perkataan lain, struktur leading diagonal biasanya 3-3-3-3-3, tetapi kita juga boleh menemui pola ini dengan bentuk berlainan iaitu 5-3-5-3-5, yang mempunyai bentuk yang sama seperti impuls.

Jenis model

Ada dua jenis leading diagonal: mengecut (contracting) dan mengembang (expanding). Dalam kebanyakan kes, gelombang pertama leading diagonal mengecut adalah yang paling panjang dan gelombang ketiga yang muncul selepasnya lebih kecil dari gelombang pertama. Gelombang ketiga pula, lebih kecil dari gelombang satu dan tiga. Namun, adakalanya kita boleh berhadapan dengan leading diagonal mengecut dengan gelombang ketiga yang paling panjang.

Setiap gelombang motif leading diagonal mengembang adalah lebih panjang dari yang sebelumnya. Jadi gelombang ketiga pola ini leibh panjang dari gelombang pertama dan gelombang kelima leibh panjang dari gelombang ketiga. Leading diagonal mengembang dianggap lebih berisiko berbanding yang mengecut.

Di carta di bawah, anda boleh lihat pola dengan struktur 3-3-3-3-3, jadi semua gelombang terbentuk sebagai zigzag.

Carta berikutnya menampilkan leading diagonal dengan bentuk seperti 5-3-5-3-5, jadi gelombang motif (1, 3 dan 5) adalah impuls dan gelombang pembetulan (2 dan 4) adalah zigzag.

Contoh sebenar

Seperti yang anda boleh lihat di carta di bawah, ada 3 leading diagonal. Pertama sekali, leading diagonal mengembang ternyata hanyalah gelombang (a) satu lagi leading diagonal di gelombang 1.

Gelombang-gelombang motif leading diagonal pada gelombang 1 terdiri dari dua zigzag dan satu double zigzag pada gelombang ((iii)). Jadi kini anda tahu bahawa kadang-kadang adalah mungkin untuk menemui sesuatu yang lebih kompleks dari zigzag di tempat gelombang motif suatu leading diagonal.

Satu lagi leading diagonal mengecut lain pada gelombang ((a)) telah menyiapkan gelombang 2, yang terbentuk sebagai zigzag.

Jadi contoh ini, menunjukkan dengan baik sekali bahawa leading diagonal boleh berada di permulaan gelombang impuls baru (seperti pola pada gelombang 1) atau ia boleh jadi juga langkah pertama menuju pembetulan (lihat gelombang ((a)) 2). Tambahan lagi, kita boleh menemui leading diagonal di dalam leading diagonal (lihat gelombang (a) pada ((i)).

Pengesahan

Jika leading diagonal terdiri dari zigzag, kita harus tunggu untuk pengesahan. Mengapa? Hanya kerana sekiranya kita menemui pergerakan harga 5-gelombang, yang boleh dipecahkan kepada 5 zigzag, kemudian kita juga boleh melabelkan bahagian ini pada carta sebagai pembetulan dengan cara yang berlainan, bergantung kepada situasi.

Jadi adalah penting untuk kita tunggu pengesahan sebelum membuat sebarang tindakan berdagang. Jika kita melihat pembetulan selepas leading diagonal, dan sebuah gelombang impuls terbentuk selepas itu dalam arah gelombang ketiga (atau gelombang C) yang dijangkakan, maka pola yang tiba sebelum ini tadi boleh dianggap sebagai sah.

Contoh-contoh leading diagonals mengembang

Ada leading diagonal mengembang pada carta berikut. Seperti yang anda boleh lihat, gelombang ((v)) belum mencapai bahagian atas pola tersebut. Pergerakan seperti ini agak kerap berlaku, jadi jangan jangkakan penaman diagonal mengembang berdekatan dengan bahagian atasnya.

 

Namun, adakalanya, gelombang kelima boleh menembusi garisan dari gelombang satu dan tiga. Ini sangat jarang berlaku, jadi ia memerlukan sedikit masa untuk mencari contoh bagi situasi begini. Biasanya, ini berlaku ketika berita atau peristiwa politik sedang berlangsung. Leading diagonal mengembang yang anda boleh lihat di bawah terbentuk sewaktu mesyuarat panjang kerajaan British tentang rundingan Brexit.

Leading diagonal dengan impuls di dalamnya

Seperti yang disebutkan di atas, gelombang satu, tiga dan lima suatu leading diagonal boleh juga berupa impuls. Hanya lihat pada carta di bawah. Ada leading diagonal pada gelombang a, dan gelombang motifnya kelihatan seperti impuls.

Kita akan mengkaji ending diagonal di artikel berikutnya, tetapi anda boleh lihat perbezaan utama antara kedua-dua pola. Leading diagonal memulakan pergerakan harga, sementara ending diagonal menamatkannya. Tambahan lagi, adalah mungkin juga untuk mempunyai ending diagonal pada gelombang kelima suatu leading diagonal. Jika pola ini terbentuk dengan impuls pada gelombang motif (lihat carta di atas).

Kesimpulan

Leading diagonal adalah permulaan suatu impuls atau zigzag. Pola ini boleh terbentuk dalam dua jenis: 3-3-3-3-3 (lebih lazim) atau 5-3-5-3-5. Pembetulan berlaku sebaik selepas ending diagonal atau leading diagonal. Selepas pembetulan ini, kita boleh menjangkakan gelombang ketiga impuls atau gelombang C zizzag, bergantung kepada kiraan gelombang keseluruhan.

Mula berdagang

2023-05-03 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.