Market Facilitation Index

Baca artikel ini di laman web FBS

Mari kita lanjutkan pengajian kita tentang indikator-indikator teknikal yang dibangunkan oleh Bill Williams. Market Facilitation Index (MFI) mengukur kekuatan atau kelesuan pergerakan harga. Seperti yang anda boleh lihat dari namanya, idea di sebalik indikator ini adalah untuk menjadikan perdagangan lebih mudah bagi anda. Menggunakan MFI anda akan boleh tentukan 3 perkara penting:

  • sama ada trend semasa cukup kuat untuk diandalkan buat berdagang;
  • waktu di mana suatu trend baru mungkin sudah bermula;
  • waktu di mana sebaiknya elak dari berdagang

Untuk menambahnya ke carta di MetaTrader, klik “Insert”, pilih “Indicators”, "Bill Williams" dan seterusnya “Market Facilitation Index”.

MFI menggabungkan perubahan pada harga (range) dan volume. Formulanya seperti berikut:

MFI = (High - Low) / Volum

Indikator ini mempunyai bar yang terdiri dari 4 warna. Setiap warna membawa pengertian yang spesifik dan menunjukkan bagaimana pasaran bertindak balas terhadap perubahan pada volum.

Hijau. Bar hijau terbentuk di situasi di mana kedua-dua MFI dan volum sedang meningkat. Ini bererti semakin ramai pedagang menyertai pasaran dalam arah gerakan semasa. Dalam perkataan lain, ia menunjukkan trend yang kuat, jadi anda boleh buka dagangan yang sehaluan dengan trend ini.

Coklat. Bar coklat muncul bila kedua-dua MFI dan volum sedang merosot. Ia juga dipanggil sebagai "fade" (pudar). Ia mengisyaratkan bahawa pedagang sedang teragak-agak dan tidak mahu meneruskan trend ini lagi. Kesannya, anda disyorkan untuk tidak menyertai trend ini. Bilangan bar coklat yang banyak menandakan kemungkinan berlakunya penyongsangan pada trend.

Biru. Bar biru terbentu bila MFI meningkat, tetapi volum merosot. Rejaman (spike) pada harga mungkin hanya seketika dan perubahan pada trend mungkin akan menyusul. Bar biru muncul pada waktu-waktu di mana newbies memasuki trend, tetapi para pedagang profesional tahu bahawa ia sudah pun memasuki fasa bahaya.

Merah jambu. Bar merah jambu, juga dikenali sebagai "squat", muncul bila MFI sedang lenyap, tetapi volum semakin meningkat. Ia menandakan peningkatan pada minat untuk berdagang dan pertarungan yang aktif antara pembeli dan penjual. Selepas salah satu pihak menang, harga berkemungkinan tinggi akan membuat gerakan besar yang memecahkan aras rintangan atau sokongan. MFI bagaimana pun, tidak boleh digunakan untuk menentukan arah pergerakan penembusan (breakout).

Cara-cara berdagang dengan MFI

Warna-warna bar MFI memberikan para pedagang maklumat yang penting tentang pasaran. Hijau atau merah jambu yang berkaitan dengan peningkatan volum biasanya bermakna ada peluang untuk berdagang. Anda juga boleh bandingkan bar indikator ini dengan bar sebelumnya untuk melihat sama ada keadaan menjadi lebih baik atau lebih buruk untuk berdagang.

Seperti banyak indikator teknikal yang lain, membuka urusniaga berdasarkan kepada MFI sahaja semata-mata bukanlah idea yang baik. Bill Williams mencadangkan agar MFI digabungkan dengan Fraktal dan indikator-indikator lain, sebagai contoh, Alligator atau Purata Bergerak.  

Mula berdagang

2022-03-08 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.