Momentum

Baca artikel ini di laman web FBS

Dalam analisis teknikal, ada satu istilah iaitu "momentum" yang merujuk kepada kekuatan sesuatu trend. Momentum diukur menggunakan beberapa indikator teknikal (RSI, Osilator Stokastik, MACD). Setiap indikator menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza dan mempunyai formulanya sendiri. Di sini kita akan memperkenalkan satu lagi indikator dari kumpulan ini. Namanya adalah "Momentum".

Indikator teknikal Momentum mengukur amaun perubahan harga suatu aset bagi suatu tempoh. Formula indikator ini membandingkan antara harga penutup yang terkini dan suatu harga penutup sebelumnya.

Cara-cara memasang di carta.

Untuk menambah Momentum ke carta, klik “Insert” – “Indicators” – “Oscillators” – dan anda akan dapat melihat "Momentum".

Parameter lalai (default) untuk Momentum di MT4 adalah 14, tetapi anda boleh ubahnya kepada apa-apa nilai yang anda mahu. Indikator ini boleh digunakan dengan sukses pada mana-mana rangka masa (timeframe). Sila maklum bahawa lebih kecil rangka masa yang digunakan, prestasinya akan lebih sensitif. Dalam masa yang sama, indikator ini akan lebih cenderung menghasilkan lebih banyak signal palsu berbanding bila ia digunakan di rangka masa yang lebih besar.

Kaedah mentafsir

Momentum berayun (oscillates) di sekitar satu nilai tengah iaitu 100. Aras ini tidak ditandakan secara automatik di MetaTrader, tetapi anda boleh aktifkannya. Bila nilai indikator meningkat menjadi lebih dari 100, ia menandakan bahawa para pembeli sedang menguasai. Sebaliknya, pergerakan ke bawah dari 100 adalah petanda dominasi golongan bears.

Jika Momentum mencecah nilai tinggi atau rendah yang ekstrim (relatif kepada nilai silamnya), kebarangkaliannya tinggi untuk trend semasa terus kekal. Aras-aras ekstrim indikator ini bererti ada momentum yang cukup kuat di sebalik trend, cukup untuk meneruskan pergerakan harga searah trend tersebut.

Dalam masa yang sama, indikator Momentum juga boleh mengenal pasti bila pasaran sudah terlebih beli atau terlebih jual. Bila pasaran yang sedang merudum sudah terlebih jual, ia mungkin akan melantun. Jika Momentum sudah mencecah paras terendah dan ia berputar arah ke atas, ia adalah signal beli. Bila pasaran yang sedang menaik sudah terlebih beli, ia mungkin akan jatuh. Jika Momentum sudah sampai ke puncak dan ia mula menunduk ke bawah, itu isyarat untuk jual.Anda boleh aplikasikan purata bergerak jangka pendek ke indikator ini supaya lebih mudah cam pusingan arah indikator. Untuk melakukan ini, pilih “Moving Average” (purata bergerak) dari senarai indikator trend MT4 di panel "Navigator", dan kemudian seret dan jatuhkan ia ke indikator Momentum di carta. Di tetingkap yang akan terpapar, klik tab "Parameters". dan pilih “First Indicator’s Data” dari menu drop down “Apply to”.

Strategi kita adalah untuk membeli (buy) bila Momentum menyilang MA dari bawah ke atas, dan jual (sell) bila ia menyilang SMA dari atas ke bawah. Dengan cara ini kita menghasilkan signal dengan lebih tertib dan meyakinkan.

Adalah lebih bijak untuk memilih signal yang sepadan dengan trend yang anda cerap di rangka masa yang lebih besar atau di indikator trend yang lain.Masuk pasaran hanya setelah harga mengesahkan signal yang dihasilkan oleh indikator ini. Jika Momentum sudah sampai ke puncak, tunggu sehingga harga sudah mulai jatuh, kemudian barulah jual.Seringkali Momentum mulai turun sebelum harga. Bila Momentum mencapah (diverge) dari harga, ia boleh dianggap sebagai indikator pendahulu yang memberitahu bahawa harga mungkin sudah tidak boleh pergi lebih tinggi (bila Momentum sudah mulai menurun manakala harga masih bergerak ke atas) atau sudah tidak boleh pergi lebih rendah (bila Momentum menaik tatkala harga pula sedang menurun).

Kesimpulan

Osilator Momentum membantu para pedagang lebih awas dengan perubahan imbangan kuasa antara pembeli dan penjual. Ia boleh digunakan untuk menghasilkan isyarat berdagang, awalaupun dalam hal ini kami sangat mengesyorkan anda pastikan ia digabungkan dengan signal aksi harga. Sila maklum bahawa indikator Momentum boleh menawarkan manfaat yang lebih besar lagi jika ia digunakan untuk pengesahan yang diberikan oleh perkakas-perkakas lain.

Mula berdagang

2022-04-05 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.