Gelombang motif dan pembetulan. Darjah gelombang

Baca artikel ini di laman web FBS

Di dalam artikel pertama tentang Prinsip Gelombang Elliott (Elliott Wave Principle, EWP), kita telah pelajari bahawa ada gelombang pada pasaran. Mari kita teruskan! Kali ini kita akan fokus kepada salah satu tunjang utama EWP, seperti gelombang motif dan pembetulan.

Apakah itu gelombang motif?

Secara ringkas, gelombang motif (motive wave) adalah pergerakan harga dalam arah trend utama. Dalam perkataan lain, setiap gelombang motif adalah selangkah lebih hampir sewaktu rally. Gelombang motif sentiasa boleh dibahagikan kepada 5 gelombang yang lebih kecil berdasarkan kepada peraturan tertentu.

Apakah itu gelombang pembetulan?

Seperti yang tersurat pada namanya, gelombang pembetulan datang selepas gelombang motif. Jadi, sewaktu suatu trend, gelombang motif dan pembetulan datang berselang seli, satu selepas yang lain. Bila gelombang motif bergerak ke hadapan, gelombang pembetulan adalah satu langkah ke belakang di dalam trend yang sama.

Pola

Semua pola gelombang Elliott dikelaskan kepada gelombang motif dan pembetulan.

Gelombang-gelombang motif terdiri daripada:

- Impuls

- Leading diagonal

- Ending diagonal

Gelombang-gelombang pembetulan terdiri daripada:

- Zigzag

- Flat

- Triangle

- Double / Triple Zigzag

- Double / Triple Three

Ada beberapa peraturan dan panduan untuk setiap pola ini, dan kita akan selidiki mereka di dalam artikel-artikel berikutnya.

Bagaimana ia berfungsi

Mari kita lihat pada kiraan gelombang di bawah. Ada rally yang bullish pada USDTRY dan kita boleh cam gelombang motif dan pembetulan. Seperti yang kita dapat lihat, ada tiga gelombang motif (merah) dan dua gelombang pembetulan (biru) yang membentuk pola yang dipanggil impuls. Namun, ada suatu perkara yang harus kami nyatakan.

 

Darjah Gelombang (Wave Degrees)

Bolehkah anda lihat gelombang-gelombang kecil di dalam setiap gelombang motif atau pembetulan di carta di atas? Seperti yang kita ketahui dari artikel sebelum ini, gelombang Elliott tidak ubah seperti anak patung Rusia yang bertangkup (Matryoshka). Ini bererti setiap gelombang terbentuk dari gelombang-gelombang yang lebih kecil dan dalam masa yang sama, setiap gelombang adalah sebahagian dari gelombang yang lebih besar.

Jadi pada setiap peringkat dalam carta, anda mungkin ada gelombang motif dan pembetulan yang berbeza dari segi saiz. Jika anda mengira gelombang, anda harus kenal pasti gelombang ini menggunakan peraturan dan garis panduan yang tertentu.

Kehidupan sebenar

Untuk memahami darjah gelombang (wave degrees) dengan lebih baik, mari kita lihat carta di bawah. Ada gelombang ke atas, yang saya labelkan sebagai ((i)). Selepas gelombang ini, kita ada pembetulan ke bawah, iaitu gelombang ((ii)). Jadi kita sudah temui dua gelombang.

 

Namun, di dalam gelombang ((i)) kita boleh lihat beberapa gelombang yang lebih kecil, iaitu gelombang yang satu darjah lebih rendah. Dalam masa yang sama, terdapat juga gelombang-gelombang lebih kecil di dalam gelombang ((ii)). Jadi, sekarang kita labelkan gelombang-gelombang dari dua darjah, tapi kita pergi lebih jauh lagi.

 

Seperti yang anda dapat lihat di carta berikutnya, ada gelombang yang lebih kecil lagi. Ini bererti kita boleh cerakinkan lagi setiap gelombang kepada gelombang yang lebih kecil sehingga kita sampai ke rangka masa yang paling rendah. Adakalanya, anda boleh lihat gelombang yang cantik seperti yang ditunjukkan di dalam buku, tetapi anda juga boleh menemui gelombang-gelombang yang hodoh juga, terutamanya di rangka masa intrahari.

"Bahasa" Gelombang Elliott

Pernahkah anda perasan ada beberapa gaya label bagi setiap darjah gelombang di carta di atas? Ini dipanggil sebagai notasi pengiraan gelombang. Kita menggunakannya untuk menyatakan darjah gelombang pada carta dan juga untuk menjadikan komunikasi antara penganalisis lebih baik lagi. Jika anda tidak menggunakan notasi gelombang, menjelaskan kiraan gelombang anda kepada orang lain jadi lebih sukar.

Seperti yang anda boleh lihat pada jadual di bawah, ada urutan nombor (untuk gelombang motif) dan huruf (untuk gelombang pembetulan).

Untuk gelombang motif, kita menggunakan set tiga nombor Rumi dan Arab, yang berselang-seli antara satu dengan yang lain. Bagi darjah gelombang yang sama, kita gunakan kombinasi nombor Rumi dan huruf kecil, atau nombor Arab dan huruf besar.

Di manakah boleh kita temui gelombang?

Di mana-mana. Anda boleh buat kiraan gelombang di setiap pasaran. Namun, adalah lebih baik untuk memilih pasaran yang kecairannya baik kerana sifat EWP. Jika cuba mengira di pasaran yang tidak popular, dengan gap yang banyak dan bar-bar yang hodoh, kebarangkalian besarnya kita akan menghadapi beberapa isu berkaitan itu.

juga, adalah lebih baik untuk para pemula mengira pasaran yang sedang dalam trend berbanding yang sedang mengukuh. Mengapa? Kerana jika kita ada fasa pengukuhan yang panjang, yang telah mula membentuk sejak beberapa tahun, kita barangkali akan mengira struktur pembetulan yang agak sukar. Jika itulah yang terjadi, ada kebarangkalian yang besar kita akan tersalah kerana lebih rumit jadinya kiraan gelombang anda, risiko juga semakin besar.

 

Mula berdagang

2022-04-04 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.