Osilator

Baca artikel ini di laman web FBS

Dia bahagian terdahulu tutorial ini, kita telah melihat indikator-indikator teknikal trend yang paling popular. Isunya, di sebahagian besar waktu harga merayau-rayau tanpa arah yang jelas (ia menjajar). Walaupun pergerakan harga tanpa arah ini membuatkan sesetengah pedagang naik gila, pedagang yang lain mampu mencari nafkah dengan situasi seperti ini. Para pedagang ada segudang perkakas teknikal yang boleh diguna untuk pasaran yang menjajar. Perkakas ini dipanggil osilator. Kami akan menyajikan kepada anda beberapa yang paling popular.

Osilator membantu kita mengenal pasti titik pivot pasaran – zon dengan potensi penyongsangan. Indikator-indikator ini menampilkan jalur dengan dua nilai ekstrim yang menandakan zon di mana pasaran sudah terlebih dibeli atau terlebih dijual. Bila suatu osilator berada di dalam zon terlebih beli, itu bererti daya pergerakan bullish telah melemah dan penyongsangan ke bawah mungkin berlaku. Begitu jugalah apabila osilator berada di dalam zon terlebih jual, itu bererti aktivit menjual menjadi semakin lemah, dan trend mungkin akan menyongsang naik. 

Berdagang dengan osilator berasaskan prinsip pengulangan

Selepas satu nilai extreme dicecah, osilator akan kembali ke bacaan pertengahannya. Bagaimana pun, ada perbezaan besar antara dinamik harga dan osilator: walaupun ia bergerak secarfa berpasangan, pergerakan ini mempunyai mempunyai nisbah berbeza. Hasilnya, apabila indikator pulang semula ke nilai normal, harga biasanya tidak kembali ke titik yang sama.  

Osilator paling efektif digunakan bila harga bergerak menjajar. Oleh kerana kegunaan semua osilator adalah sama, tidak banyak gunanya kita menambah beberapa osilator ke satu carta. Gunakan osilator bersama perkakas teknikal lain.

Kami mengesyorkan anda untuk memilih tetapan asal indikator di MT4, kerana tetapan itu dicadangkan oleh pencipta perkakas tersebut sendiri.  

Mula berdagang

2023-02-16 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.